BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 8, 2011

Sejarah

Salam...

Pergh..Selesai jadi cikgu sejarah kat budak spm. Sejarah?? Hehehe. Aku sangat suka sejarah. Walaupun aku ajar Dina tadi pun aku dah mengantuk mata hehe.

Teringat dulu, dalam kelas form 5 kat sekolah Tg.Amalin , aku jatuh sakit. Nak exam la time tu. Time tu tumpang asrama lagi. Orang study, aku membuta. Esok exam, aku tawakkal sajalah. Kata abah belasah je semua. Bila cikgu bagi balik kertas soalan. Akulah satu-satu pelajar yang flying kaler. Hairan. Macam mana aku boleh lepas. Waktu jawab haritu, dengan tangan kebas-kebas. Landing kepala ke kanan kejap ke kiri. Tapi not bad result.

Sebabnya, aku memang suka sejarah. Aku tak ambik port pun apa yang aku jawab waktu aku demam dulu. Masa aku sihat, akula antara orang yang fokus waktu cikgu sejarah mengajar. Pelajar tak ramai, jadi bila cikgu cerita tu, aku memang menggunakan nikmat telinga sebaik-baiknya. Aku suka sejarah sebab aku ada perasaan ingin explore sesuatu yang telah berlaku di masa lampau. Dan kenapa ia berlaku?

Aku suka sifat yang berbentuk timeline kehidupan. Jadi aku susun penceritaan dalam buku sejarah menjadi timeline. Bila buat revision sejarah tingkatan 4, bab 1 ada yang aku rasakan - perlu ke kita belajar penipuan fakta tamadun awal ni? Tak patut masukkan dalam silibus tentang rekaan sejarah ini. Tak perlu memperbodohkan generasi akan datang tentang sejarah palsu ni.

Bila bercerita tentang sejarah. Luas pengertiannya. Sejarah tentang masa lalu. Ada positif dan negatif. Ada yang boleh diceritakan dan ada yang tak perlu diceritakan seperti perkara yang mengaibkan kita. Sejarah kehidupan adakalanya mematangkan individu itu kerana ia memberi pengajaran dalam hidup mereka. Kadang kala memberi inspirasi.

sejarah konvokasyen =D

Bila bercerita tentang sejarah. Tulis satu buku pun pasti ada banyak siri. Hehe. Tanda kemenangan, kebebasan, kejayaan, kejatuhan. Semua ini adalah sejarah.

Sejarah yang betul-betul membuatkan kita ingat pada detik itu pastinya adalah detik yang sangat berharga. Sejarah jatunya kita mungkin sifar nilainya, tapi kebangkitan kita dari kegagalan tidak terhingga nilainya. Itu aturan Allah, gagal bukan selamanya. Bila Allah postpone kejayaan, bersabarlah, mungkin ada dosa yang menghalang untuk doa itu termakbul, atau Allah nak bagi kejayaan akan datang yang kita tak tahu.

Bila kita pernah rebah. Kita mula bina kekuatan lebih dari orang lain. Kita terpaksa berusaha lebih dari orang lain. Apabila ditambah dengan niat kerana Allah, automatik, Allah mengira segala usaha dan pengorbanan kita.

---------------------------------------0000------------------------------------

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Surah : AT-TAUBAH :111)

Tadi aku buka surah random, iaitu At-Taubah. Terus teringat kata-kata shifa'. Jika kita ingin membuat pelaburan mesti ada modal. Kita nak buat pelaburan kita built trust on the investors. Kita kena bina keyakinan untuk investors itu percaya pada kita supaya dia ingin membuat pelaburan. Same goes to Allah. Konseptualnya, bila kita nak melabur pada Allah. Kita kena letak 200% kepercayaan kepada Allah. Hati kita, usaha kita, perasaan berbaik sangka, amalan kita. Bila kita redha, Allah akan membantu kita dalam segala hal. Sebabnya kita dah betul-betul berserah pada Allah faith kita padaNya.

Soal berbaik sangka. Kadang-kadang perasaan kita terumbang-ambik. Tak menentu, stress je mental. Tak stress pun mental. Tidur pun mental, mengigau macam-macam hehe. Soal faith semuanya terletak pada tangan Allah.

Kadang-kala bila terdengar pandangan orang lain tentang jodoh, kejayaan membuatkan aku kadang-kadang goyah. Bimbang. Tapi teringat, apabila kita berbaik sangka dengan Allah akan membuat keputusan yang baik bagi kita.  Jika hamba itu berburuk sangka, maka berarti ia telah menghendaki keputusan yang buruk dari Allah untuknya. Allah tidak akan mensia-siakan harapan hambanya yang berbaik sangka kepada-Nya.

Kerana itu manusia harus yakin bahwa Allah pasti akan memakbulkan doanya ketika berdoa, ia harus yakin bahawa taubatnya akan diterima ketika memohon ampun  dan yakin bahawa akan diterima amalnya dan mendapat balasan ketika ia beramal baik. Rasulullah saw. bersabda:


Berdoalah kepada Allah disertai keyakinan bahwa doa itu akan diterima-Nya (hadits riwayat Tirmidzi).


Jadi mulai detik ini, buanglah sifat berburuk sangka pada Allah. Binalah sejarah untuk masa hadapan. Usaha dan berdoa.Teringat abah cakap,

 Kita kena sentiasa bergantungan pada Allah, terus berdoa dan meminta pertolongan dari Dia. Bila ada rasa kebergantungan, barulah sentiasa kita ingat pada Dia. Sejarah yang aku nak bina akan datang.



Jika ada rezeki, Insyaallah, aku sambung lagi. Nikmatnya belajar dan menuntut ilmu. Moga ilmu agama turut seiring. Dan aku ingin jadi multitasking person supaya aku dapat imbang segala tanggungjawab nanti. Kadang-kadang rasa tak cukup masa untuk tambah skill kemahiran hidup. Tak apa, moga masa berbaki dapat dimanfaatkan untuk masa depan. =))









*teringat pulak assignment Dr.Aliza yang tak siap lagi. Adeh.



No comments: