BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 31, 2013

16.04

Randomness lagi



Dah nak new year. Yayy. Padahal sama je. Bila masuk tahun baru, memang tak akan kenang benda lepas. Sebelum masuk tahun baru ni, sy ada buat sesuatu yg diluar jangkaan. Merapatkan kembali hubungan yg renggang satu ketika dahulu. Dan bersatu semula dengan totoro *bukan nama sebenar*. Agak terharu bila dia cerita bertapa gembiranya dia bila sy dah mcm dulu2. 'Disebabkan perkara lalu, aku terpaksa bayar dengan harga yg mahal untuk dapatkan ko yg dulu' . Bukan pg cagar ape2. Cume lesson yg perit untuk seseorang hadapi disebabkan sesuatu yg berlaku dahulu. Dah lama maafkan dia. Cume tak terbuka hati nak huha mcm dulu. Tot selalu ckp dia rindu waktu kami muda mudi dulu. Tak kisah pon pasal dunia luar. Tak ada kekasih pon tak pe. Ada geng lahar susah terasa pon jadilah. Tu dulu, zaman kegemilangan remaja berumur 23 tahun kebawah. Dia pun tak sangka sy belajar straight non stop. Kata kak jiha, ni bdk phd fast lane. Tot: ko mmg emmm. Me: Gila? I know. Mmg agak gile la. 

Fateha ckp, bila tengah belajar, memang kami tak terdedah dgn dunia luar kampus. Dengan geng2 ni je. Dan kebanyakkan kawan2 dah kerja dekat 2,3 tahun dah time kami belajar. Indeed yes. Jadi sy ni lg la. Nk dekat 10 tahun belajar. Orang lain dah kerja sedekad dah. Ahaa. Tapi itulah rezeki masing2. Ada orang dipermudahkan kerja awal, dan ada orang dipermudahkan sambung belajar awal. Manusia yg sama dengan sy, umi. Tambah2 kami baby yg lahir march. Ahaa, tak sangka. Cume umi awal bulan, sy nak akhir bulan. Ramai juga orang yg disekeliling sy lahir bulan march. Nadiah, totoro, kasim selamat, umi, Ani *sepupu sebaya*. Ani dan sy pun jarak 3 hari. Sama macam tot. Masih ada lg gambar waktu baby2 dulu sy dan ani. Jarak 3 hari je u ols. Tapi kechubbyian sy lg terserlah time baby2 dulu. Ahaa. Muka kami nak2 iras cuma kening ani lg tebal la. Cuma ani ni tuff. Muda2 dulu main hoki, hiking dan suke buat aktiviti lasak. Sy? haram jadah lari pon semput.Mesti la kena kontra kan. Tak seronok kalo ashik sama je. Kalo sy dulu mcm ani, mesti umi tak suke. Tihehe. Mak long tak pe, dia redha ani lasak2. 

Sebelum nadiah balik bangi, dia cerita pasal sepupu2 kami yg nakal. Sy suka part sepupu2 sy ada target dan cita2 masing2. Sebab bilangan kami ramai. Jadi seronok tgk ada variety karjaya. Rugi la, kalau ramai2 tp tak jadi org yg berguna. Majoriti suke bab business. Dina dan nawal lebih kurang. Buat business, barang2 yg tinggal, paksa ibu bapa yg beli. Umi pon beli la payung kartun2. Tak ke obvious paksa mak sendiri beli tu. Sy pon kena jugak ahaa. Pastu simpan duit bawah karpet. Perghh. Ini telent dari abah ni. Pro sorok2 barang kat tempat yg tak disangka2. Nak vacum tu, wahhh jumpa harta karun kau. Kalo jumpa cincin dalam bekas beras tu, bukan pro sorok barang. Tu tercicir. Tuan dia tak jumpa cari lagi. 

-------------

Proposal sy nak siap dah. Umi kawan sy selalu tanya progress. Stress jgk la. Sob sob. Research sy tak ada org buat lg kt Malaysia ni. Susah nak cari references.  Bila Dyan tanya tentang research sy, dia akui research sy menarik. Ye kee.. tapi bila dyan cite research dia, sy tak faham. Sebab dia relate dengan Islamic finance. Term2 dia gune tu buat sy mcm buat2 paham. Ada pro and con la buat research yg belum lg dibuat org. Satu time viva, kurang la dipersoalkan sbb tak de lg org buat. Kedua, letih la skit sbb benda baru nak di develop. Setakat ni sv sy sangat sporting. Siap tolong lukis graf kat sy waktu dan hari ape yg sy boleh consult dgn dia. Dah macam abah2 dah. Abah kauu. Dia banyak consider dgn sy. Aha. 

Tak zabar nak balikk. Ni la sandwich yg bdk2 arab tu buat. Zedap u olss. Hari2 makan sandwich dengan keju tapi tetap tak gemok2 jugakk. Baguslahh. Akan makan dengan bahagianyaa. Lagipun makanan kat cafe malam2 bukanya mcm kat rumah. Balik nanti nak buat kat abah la. Biar abah tak ada dagu plak kekeke. Rasa nak masak dan makan macam2. Qada balik keinginan nafsu makan. Salu kalau tak ada geng, sy balik makan kt bilik jee. Kalau ada dyan dan umi, lama la sy kat cafe tu.



Romantik tak uia malam2. Ni kat mahallah Aminah. Tengah tunggu princess turun tangga sbb nak makan kat cafe mahallah sy. Nak tunggu umi jalan, memang tak laa. Mahallah dyan seberang tu je. Kadang2 sy pg ambik kt kuliyyah diorg. Semata2 nak makan bersama. 

Bezanya, umi tingkat 4 dan sy tingkat 1. Umi biology: nasib baik tingkat 1, kalau tak kurus pulakk


Waktu master, kalau sy dah nak start buat kerja, sy akan ada air (ice lemon tea, 100plus, revive etc) dan something to chew untuk sy stay lama2 depan laptop. Air la selalu ada. Sy tak leh makanan banyak2 kt sebelah, tak siap kerja. Scoox ni sour skit, segar biji mata jap. Pastu makan byk2 pedih bibir. Hihi. Suke part chewing tu je


Sy memang spesis memilih makanan. Terutamanya sayur. Nawal pon tak makan sayur. Nak jugak cari geng. Bukan setakat memilih, mmg susah makan. Kalau boleh nak tupperware candy tu sama tinggi dgn piala. Tak sempat nak beli cokelat kat kedai kegemaran. Lepas balik cuti nanti lah. Satu bekas tu sy akan bawa kemana2 even nak keluar cuci mata. Nadiah ckp sy cerewet. Sy mmg tak suka org kacau barang sy. Even umi ubah suai bilik sy, ada la brg2 sy tak ada. Sy tak masuk bilik tu lama mana. Sy tak sukeeee gileeeee org kacau barang2 sy.  Biar sy yg kemas, sepahkan. Cume jgn sentuh brg2 sy. 




En. passport pon akan expired bulan march. Tarikh expired sebenar bulan september. Tapi bulan march dah tak leh keluar dah. Syukur dah gembira dgn peluang2 melihat negara2 luar. 5 tahun hayat passport, bermula dengan Jeddah dan diakhiri dengan Singapura. Haritu sy wish lepas balik Koh samui, sy nak pergi satu tempat je lagi. Rupanya 3 tempat sy sampai sebelum passport kena renew. Harap next passport bawa sy pergi jauh2 lg. Untuk pegawai kastam. Came on la. Cop la kat page lain2. Tak yah la nak berebut cop muka2 surat kat depan tu. Banyak lg page kat belakang. 


Fateha teman sy 'cuci mata'. Konon cuci mata sgttt. Sy tak shopping dah baju2. Percaya la. Fateha  selalu ckp, kalau jalan dgn sy, org tak buat pape lg, sy dah ada plastic bag kat tangan. Sekarang ni suke ngada2 dgn benda2 comel. Nak beli purfume untuk bilik laa. Untuk kereta la. Purfume pah ceroh. Masuk je kedai, fateha plak pegang raga. Nak bayar tu, fateha : eh sikit lg barang k.nur. Cepat cari lagi. See, layan fateha ni mmg merana la org nak angkat barang2 sy nanti. Haha. X leh borosss.. Ciss

Sekarang ni banyak benda berlaku. Tak dapat nak cerna dah. Dah terover kot. Huee, mintak maaf banyak2. Nak cakap sy fikir sgt, tak jugak. Tapi selalu buat mistake. Nak kunci bilik tp bawak kunci kete. Nak drive tukar gear reverse, drive tu tak yah cite, kadang2 tak waras. Nadiah gelak sy laju je nak masuk gate uia. Pak guard tak sempat tengok sticker. Tak tekan minyak pon, sbb jalan dia menurun. Sy memang suka part nak masuk uia je. Sampai jugakk. Padahal time nak g service keta, beria tak nak pergi pusat service kt jalan pahang tu. Bukan jauh pon. Sanggup pg selayang. Ciss. Ingat selayang tu sebelah giant ke. Eeee. Boring giler service kete. Boring jugak kerja2 lelaki ni. Sebab abah yg salu service kete. Hihi. 

Tak zabar nak balikkk. Asal baliknya salah timing. Orang keje baru la nak balik. Home alone la. Tak pe. Kasim selamat adaaa. Appointment c.da plak time sy nak balik kl dah. Tak apaa. Dah ada otai baru tolong teman c.da. Kito pakat raso sikit sore la deh. Sy nak manfaatkan cuti kat rumahhh. Umi ckp ada rule baru kat rumah. Tab, ipad sume diharamkan. Bahana gadget sekarang kan. Dah la rakyat jelata tak ramai. Semat phone haram jugak tak? 

Adios 2013. Tata. So long. Terima kasih untuk peluang yg lebih baik untuk masa hadapan. 














Wednesday, December 25, 2013

23.44




Nak dekat tahun baru dah. Untuk tahun baru yg tak lama lg, emm I don't hope much. Hanya mengharap tahun 2014 adalah yg lebih baik dari tahun2 lepas. Semoga diri sendiri jg dapat jadi jauh lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Technically azam tahun baru ni memang tak specific kan. Untuk kePhDian sy, harap sem depan sy sempat defend proposal dgn jayanya. Juga akak kerani tak terlupa nak daftarkan sy lg. Kalo tak siapp. Aha. Marilah kt berjemaah mental disoder dgn hal masing2. Tak lupa juga bekalan dihari kemudian. Tahun ni, dah kehilangan PM Dr. Syariff dan juga junior debat. Al-fatihah. Such a wonderful person that i've met once. 

2013 bukan lah tahun yg best sgt, tapi tahun ni jugak sy graduate master seperti yg dirancang dan tahun ni juga sy daftar masuk uia. Satu perkara yg tak pernah terlintas. Alhamdulillah. Bila junior tanya best tak masuk uia? sy tak ada jawapan yg menarik. Sebab, sy ni postgraduate bukan undergraduate yg bersemangat nak explore itu dan ini. Hidup sebagai postgraduate lebih kepada matlamat dan tujuan dia yg specific. Disebabkan fact atau kt sini diorg panggil kuliyyah sy agak jauh dari main building, sy tak explore sgt lah. Sem depan sy mungkin dah start keluar untuk explore 3 institutions yg dipilih tu. Bajet busy la. Ahaa. Sv dah nak mintak grant untuk research. Huee, takut lah. Sy attitude masih teruk. Kejap rajin, kejap malass. Tsk3

2014 yg masih misteri. Nantikan. Jeng jeng jeng. 

Tiga hari lepas, berborak lama dengan Nawal. Pkul 2 pagi tak tido lg. Bila buat video call, sy sentuh screen tu, konon2 dpt sentuh muka dia la. Ahaa. Rindu. Selalu kalo kami jumpa, memang akan tido lambat. Buat kelab bual atas katil. Suprisingly, kami share situasi yg sama lagi. See. Kt memang sama. Sejak kecik lagi sama. Sebab tu borak lama. Sy juga harap dia selalu gembira dah tuff untuk hari2 yg tak dijangka kan kt sana. Bukan nak minta keburukan. Cuma kt tak akan selalu ketawa, ada waktu rasa sedih dan putus asa. Tapi bersangka baik pada takdir itu penting. Part soalan bila nak datang dublin tu yg payah nak jawab. Sob sob. 



-----------------


Nadiah datang lagi. Dah sihat dah. Awal bulan hari tu, dia tak sihat. So bila dia cerita part dia kena masuk wad tu, make me laugh out loud dlm kereta waktu pick her up. Dia membebel bila ayah Di cucuk jarum tak kena urat dan kena cucuk banyak kali. Then part kena tahan dalam wad tu lg hilarious. Dah la kena tahan dalam wad bersalin. Bila waktu melawat, ada pelawat tanya, 'mana baby?' Hihi. Tak kawen, tak mengandung lg tp dah ada pengalaman duk dalam wad tu. Nadiah bengang gile bila I can't control my self from laughing. 

Dia datang je, terus ajak dia pergi Giant nak beli rak. Serabut rasanya bila meja sy ni dh nak penuh dgn buku dan fail. Sy memang nak somebody tlg angkat kotak rak tu. Dia suggest tak yah ambik troli. Brilliant. Dengan beratnya, dengan jauhnya kitrg kehulur kehilir usung kotak tu. Sampai pintu giant, sy terlupa sy parking kt pintu depan Giant bukan pintu belakang. Nadiah membebel kt belakang. Dia dah lemah skit compare time sebelum sakit dulu. Sebab berat turun mendadak. Sebab tu dia bebel. Kalau tak dia releks je setakat kotak rak. Ahaa. 



Sy tak suka meja yg serabut. Sebab ni la port sy lepak2. Kalau masuk lab, benci betul. Nk kemaskan barang org. Bukan nak kemas sebenarnya, nak campak2 je kertas2 bersepah tu. Eeee geram. Kalau la sy kena pindah bilik, sy tak risau. Sy ramai kuncu2 nak tolong pindah barang. Dina, along, anis dan rakan2 mereka. Hihi. Tak pernah risau. Sy suka bilik yg tak banyak barang. Sy juga suka rumah yg less barang perhiasan. Tapi mcm barang2 dlm bilik ni dah banyak. Lepas ni lagi bertambah kertas, buku, fail dan seangkatan denganya. 3 tahun lg di mahallah ruqayyah. Rumah kedua. 




Juga rindu bam bam ni. Bam2 dah besar. Rindu bam2 yg kecik2 dulu. 

Saturday, December 21, 2013

21.29


Sama tak?. Disebelah kanan itu adalah mak sy. Bukan kakak ye adik2. Ramai org ingat mak sy adalah kakak sy. Selalu kalau org ckp mcm tu dan kalau abah ada kt sebelah, abah akan buat muka jeles. Ahaha. Even time pergi matta fair tu pon, akak turki yg cun giler tu terkejut umi ada anak sulung besar sy. Yes. Orang cakap kalau nak tgk perempuan tu bila dia tua mcm mana, tengok mak dia. Ah, tu la sy time tua nanti. Hihihi. Kt belakang tu yg tinggi semacam tu, kasim the selamat. Time tu first trip dia ke indon. Selalu berlagak, tak nak pg indon. Bile pergi Jakarta dan Bandung, dia baru tahu shoknya shopping di bandung. Barulah tak jual mahal sgt. Sebelum pergi pon, dia duk buat drama ada assignment nak kena hantar lah, itulah inilah. Hishh, sabau je lah labuu.

Mak sy salu bebel. Dulu lagi teruk sbb sy kurus. Bila tengok tangan sy, ada la urat2 yg timbul. Dia akan cakap dulu pon dia mcm tu. Sebenarnya dia tak suka tengok kurus2 ni. Sebab tu dia pot pet2 skit. Tp skrg, tak bebel dah. Sebab dah naik berat skit. Ahaa. Jadilah. Nak naik gedebuk terus, memang harapan palsu. 2 hari kemudian, hilangla berat yg digembirakan tu.

Tak sabar nak balik. Cuti sem start 12hb jan. 1 Jan dah balik Kb. Oyehh. Tapi cuti semester i ols hanyalah 5 hari saje. 5 hari 4 malam. Sobsss. Surat nak stay Mahallah dah di sign oleh sv. Dah cakap siang2 kt umi, gym bukak time cuti sem. Dia rasa nak dtg buat kerja silalah ke uia. Buat kerja?? ahaa. 

Umi biology: Umi umur 21 dah kawen, umur 23 dah ada anak
me: K.nur 25 tengah buat phd tau
Umi biology: umi rasaa
me: lapar laa.. terasa nak makan bla bla bla

hihi

Dulu kan tak de geng. Sekarang, bilik sy tak pernah sunyi. Seyesli. Alhamdulillah. Lately, sy ada satu penyakit mudah terkejut. Terutama bila nampak org lari2. Bukan terkejut, siap rasa takut. Anak mata terasa membesar time tu hihi. Dan juga org yg berjalan ke arah sy dgn tiba2. Padahal dia tak pandang pon. Ni semua terjadi lepas peristiwa kehilangan en.canon. Sokey2. Ada rezeki, kt beli baruu.. Yeah. Bila tu, hmmm. Tunggu ada duit la. Sedih plak. 

random.

byee

Monday, December 16, 2013

19.53

Hari ni yg agak sia-sia. Macam biasa, akan berjalan ke kuliyyah. Sampai kuliyyah dah rasa macam semput2 + letih. Exercise pagi dengan berjalan gituuw. Terserempak dengan sv, Dr.Basri. Tengah cungap2 td hiking tangga sy tak mampu nk cakap banyak dgn sv. Malu gak sbb tak datang jumpa minggu lepas. Sy bercuti minggu lepas. hihi

Sampai research lab. Tak jumpa kad matrik. Owh no. Letih jalan sampai2 tak de card matric. Tak leh nak access pintu research lab tu. Sedih. Duduk kt tangga. Geledah2 beg, purse tp tak de. Mood dah kacau dah. Nak balik cari card matric tu. Singgah library jap baca paper. Padahal nak aircond. Tapi dalam kepala sibuk fikir mana la card matric. Terpaksa la balik jgk. Double letih. Sampai je bilik geledah semua tempat. Last2 jumpa dalam beg yg sy bawa pg swimming. Sedihnyaaa. Ahaa. Penat saje. Bencik la mcm ni. 2 hari lepas tertinggal anak kunci kereta kt cafe. Dah start dah sindrom pelupa. Terus moody hari ni. Dyan dan gelak2 dah. Stress ke nur? Baru pg terapi ‘shopping’.   Tengah kecewa lg dengan diri sendiri. Hari ni tak productive langsung. Humph!

Minggu lepas, family sy datang KL. Abah nak bercuti. Kata abah dia kerja letih2 nak berehat kejap. Kassim selamat nak exam jd tak dapat ikot. Pagi tu rush pg KLIA. Abah cakap kalau boleh pkul 9 dah ada kt KLIA. Jauh kot Gombak-KLIA. Sy selalu back pain, jadi nak duduk bongkok je. Fateha cakap, mcm ni la org tinggi, malas nak duduk tegak. Ahaa. Bkn malas la. Dah terbiasa huhe. Tengah drive dapat call. Ayah Zam call. Assalamualaikum, laju tehh, nak g mana tuh? Tak perasan pon kete dia. Sy rasa tak memotong mana2 kereta pon. Sekali tgk side mirror, ayah zam ada kt belakang. Sy ikot had laju papan tanda je ahaa. Sampai2 je, parent sy pn baru lps ambik luggage. Sy awal 20minit. Hee. Then kami terus heading ke Johor. Dah lama tak pg johor. Last time sekolah2 dulu la. Time parent outstation, ktrg adik beradik follow. Waze betul2 behave. Bagus2. Abah nak install waze jgk, tp apple tak gune waze. Yang bestnya, masing2 buat ayat bahasa kelate, tiru waze. Tak jalan2 pusing JB pon. Sbb abah plan nak masuk singapura keesokkan tu. Seharian abah duk usha pasal Singapore. Macam mana nak pergi, patut tak bawak kereta, bla bla bla.

Keesokkan harinya, ktrg masuk Singapore. Tak masuk universal studio sbb tak booking. Saje jenjalan. Singapore mmg bersih la. Matawang tinggi, Tp org Singapore polite je. Tp cost living kat sana mmg tinggi. Pak cik taksi yg ke 3 kami naik tu umur 80 tahun kot. Kena drive teksi nak hidup. Buat interview pasal harga kereta Singapore yg giler mahal. Tapi akan dilupuskan selepas 10 tahun. Setiap kali tgk keta mahal, ala, kete kau kena lupus jfk nanti. Mmg rasional la kerajaan Singapore buat mcm tu, sbb diorgkan pulau, karang banyak sgt kereta dah padat mcm Jakarta. Tapi rakyat Singapore tak de kereta pon ok, diorg ada public transport yg bagus. Negara kt, dua2 kurang mantap. Harga kereta mahal, public transport pon kecewa. Sepanjang berada di Singapore, sy selseme sepanjang hari. Balik hotel, sarung kaki yg terdedah kat kasut tu dah kelabu. Udara Singapore kotor. Sneezing non stop. Sampai rasa nak luka hidung.












Sy memang suka Singapore, mean bandar dia yg agak teratur, rakyat yg ikot peraturan. Undang2 diorg ketat giler. Sekali buat perangai, akan diblack list dari masuk Singapore. Cume nak hidup kat sana mmg tak la. Kalo nak hidup kt sana ibarat kerja untuk survive dgn living cost yg agak tinggi. Jalan2 sekitar bandar, pergi orchard, Geylang, last2 makan tengah hari dekat Geylang. Makanan dia not bad la. Nak balik tu hujan, abah grab my hand dan ktrg lari ke pondok bus sebelah. Umi dan dina pon redah hujan. Abah ckp dah lama tak tengok umi lari. Hihi. Basah lencun kena hujan. Menambahkan lg selsema. What a day.







Hari last kat Johor, abah nak jugak singgah Melaka tgk anak teruna. Nak jugak. Tapi teringat cuaca Melaka yg hot. Umi lg la tak nak pergi. Nk g Jonker Walk je. Last balik KL pg lowyat beli printer, Kaspersky, pendrive bla3.  Ahaa. Org lain excited beli kereta, sy excited beli printer. 

Org cakap printer brother lg bagus kan. Salah ke sy eja. Ah biarlah. Tapi kawan abah ckp yg ni not bad. Cartridge dia pon kt luar dan siap ada bekas khas lg. Printer ni 3 in 1. Tak rumit la nak pasang untuk org yg baru nak ada printer. Hee 

Balik dr lowyat, sy terus balik uia. Balik terus pancit. Dyan masih setia jd surrogate rumate. Weekend lepas, kami pergi 'terapi' sama2 sbb suami dyan tak dapat keluar. Jadi terpaksalah dia dating dengan sy je. Sy mmg dah lama nak pg daiso. Tengok benda2 cute. Bukan tengok lahh. Tengok konon. Skrg tgh YES. Tahun depan konfem harga barang naik. So untuk yg tak mampu dalam masa 3 tahun lg ni. Ktrg cube memanfaatkan keadaan skrg. Haha. Poyo


Sengih lebar balik dari cuci mata dgn dyan. Kasut jelly bunny design sama cuma warna je lain. Ktrg jalan laju, ada satu design je yg akan ensure kasut tak tertinggal kt belakang. Hihi. Sempat usha seluar sbb tgh YES u ols.



Comel kan benda2 cute ni. Dina ckp pakai la benda yg vouge skit. Sy dah PhD. Alaaa. Tak seronok langsung. Tak de kaitan dgn PhD okeyy. 


opss. Meoww

















Monday, December 9, 2013

The road not taken


This week  tak pg research lab jgk hihi. Lepas jumpa sv, hari2 berikutnya sibuk berdamping dgn umi. Tak de mood nak pg sana. Gloomy, silent, cold je reseach lab tu. Buat cite hantu pon bolehh. Lagi best berpoya2 dengan umi. Kami selalu mengeluh. Ape la bdk phd dua org ni. Tak seronok g library. Nak cari buku research method pon tak de. Sober. D

Minggu ni kami agak komited exercises. Pergi gym ondaspot bila umi tak jadi balik. Sampai je gym, ktrg tanya trainer tu, apa yg patut first2 kena buat sblm start workout. Trainer tu ckp kena start dgn lari. So kitrg lari dlm court squash tu je. 3 round then baru start workout. Pastu timbang berat. Berat kat scala tu tunjuk 50kg. Tp trainer tu ckp tolak 3. Ahhhh.. kenapa kena tolak 3? why2? stresss. Benda 1st ktrg start dgn cycling. After 30m, org dh start ramai. Jadi bagi chance kat org lain cycling plak. Sy tunggu je umi gune tools yg guna kekuatan tangan. Sekali dgn umi pon tak larat. Haaa. Maknanya bkn org kurus je yg bermasalah nk gune peralatan tu. Tp at least ktrg dpt gune jgk la dgn bebanan 1kg kot. Well at least. Balik tu tok sah cite la. Sakit2 badan2 tu pasti.




Hari tu hantar dyan greenwood. Dia naik bus mlm. Pkul 9 sy dh tunggu diorg kt bus stop kuliyyah diorg. Sampai greenwood, sy malas nk turun jd sy duduk dlm kereta jaga beg laptop dyan. Umi dan dyan pg beli makanan. Kebetulan ada eksiden depan tu. So sy duk tgk situasi kt depan tu je la. Then tiba2 nampak umi dan dyan datang ke kereta dari arah depan. Padahal diorg beli makanan kt arah belakang kereta. Masuk je kereta umi dgn muka cuak, tutup tingkap sit sy. Sy baru nak ckp alaaaa.. nape tutup. Tingkap sit sy tu, kalau hulur tgn lepas la. . Umi cakap ada org duduk blkg kereta sy. Haa sama2 cuak. Cube intai belakang, tapi tak nampak apa2. Patut la sy perasan ada org kt kereta sebelah. Bukan dlm kereta, tp kat luar kereta. Dia pandang sy. I tot dia pandang je la. Muka dia scary gak. Tp sebab ada polis peronda tu kot dia duk perhatikan je.

Disebabkan dh malam, umi yg drive. Jadi alihkan kereta dkt dgn org ramai2 tgh tgk eksiden tu. Dyan plak, nampak je bus dia, terus dia blah. Tak sempat nak muah2. Skali bkn bus dia. Tp dia suruh kitg blk. Disebabkan ktrg pon takot, so balik je lah. Hati2 ye walaupon dimana anda berada. Dan awasi gadget2 ditangan anda. Mungkin org tgh perhatikan benda tu je. 

----

Tak bestkan dgr cerita hidup seorang phd. Eh. Tak bersosial sgt. Tak menarik kan. Haha. Harap ada umi dan dyan je. Ni baru 1st sem. Boring skit kan. 2nd sem pun lebih kurang je sbenarnya. Ahaha. Mungkin time tu ada kawan2 baya2 lecturer2 sy, baya2 mak sy. Dah ada kelas next sem u ols. Nak jumpa bdk2 muda mudi ni, harapan palsu la. Ada la seketul dua. Tu pon lain2 department. Time introduction kict tu, lg la. Sy dan liyana je dapat dikesan sebaya dan seangkatan. Yang lain masterji. Tu pon department lain2. Tp x pe. Sy tak kan down kn korg nk sambung belajar.



Nampak tak lonely? Ngantok sebenarnya. Ada satu hari tu. Sy pergi lab dan tidur. Tidur kat meje. Mengantokk baca articles. Hari ni duk meja ni, esok duk meja lain plak. Sv dan k.leya ckp duduk je mana2 awak suka. Sbb tu bkan harta persendirian. Cume tak de printer, scanner, peti ais dan sofa mcm bilik masterji uitm je. Tp overall okey je. Ni bukan nak mcm rumah sendiri plak. 


Owh ya, ada satu kedai makan dkt sri gombak kot. Tomyam dia sedap. Tapi agak mahal. Menu diatas sorang makan ye. Dh rm50++. Tu pon tak larat nak habiskan salted egg tu. Kedai tu nama de tampler if im not mistaken. Craving tomyammm lg.. T.T


Ahaa. Last but not least. Klcc dan mcm tesco. Tp datang sini ada tujuan la. Tujuan yg rasional. Hihi. Nampak tak kepoya-poyaan tu. Tak baik untuk tauladan sepupu sepapat. Ahaa. Bila umi busy, sy sukaa.. Dia akan balik lambat. Busy dia pon, ktrg text selalu. Tak busy sgt la. Lebih kurang sy je. Hoho. Umi nak balik je sy sad2. Kdg2 ktrg text sekecil2 perkara sampai lah sebesar2 benda. Dyan sbb dia mak sara. Alah, tunggu dia gune samseng, tak pon ipong. Sekepalanya nantii. 

Owh Allah, thank u. For the little thing You give me. Alhamdulillah. ^^






 PhD: The road not taken. 

Tuesday, December 3, 2013

18.05

Zumba hari ni tak seronok. Laju dan complex. Dan tarian dia tak de lah lentik sgt. haha. Umi dan sy agak frust. Tp ktrg sempat exercise atas mat siap bukak utube. Umi gigih nak slimkan perut dia. Tapi lepas exercise dia bantai sandwish dan falafel. Hihik. Comel. Pandai dia plan masa makan. Tengah malam nanti kan lapar. Hari ni jumpa sv. Kalau boleh nak jumpa every week. Nanti sy malas. Sy janji dgn sv hari ni pkul 10. Dia siap jot down kat papan putih bilik dia lg. Tp pkul 10 dia pg meeting mahallah. Sedih. Dah la sejuk gigil. Hasil perjumpaan td, akhir bulan ni sy kena present model depan 3 sv sy yg lain. Tgk la kalau model thesis sy siap bile. 

Kata sv, dia nak dapat direction thesis time dia buat phd dulu makan masa setahun. Aha. Tp apa yg sy dh terbiasa, semua ni kena buat cepat. Macam dapat assignment. Lepas satu task, task lain. Ke stail phd ni kena betapa cari idea? emmmm. Entah. Bertapa sy mmg tak siap la phd. Sem depan ada kelas. Acane nak defend. Habuk pon tak de. Duk tgh review journals dan articles. Blurrr.


Terkial2 baru tahu kena ada buku log. Aha. Sv br balik haji. ada dua je attendance sem ni. Tadi terserempak  dgn adik cleaner tu. Dia tanya kenapa minggu lepas tak nampak sy kt research lab tu. Ahaa. rindu la tu. Sy kurang rajin. Lagipun Nadiah ada. Jadi sy stay dlm bilik je. Memang tak jalan la kerja. Hari jumaat jmpa sv tu barulah terhegeh2 nak buat kerja. Nampak tak kurang rajin tu. Sem ni tak de pointer wehuu.. Padahal tak tahu ada pointer ke tak. Nak pointer hape benda exam pon tak. Dyan plak sejak tido dlm bilik ni, dia terlebih lena. Dia kunci jam tp tak bangun. Lena sgt katanya. Dia dah tak buat kerja kalau dtg bilik ni. Dia dtg untuk sleep2 sje. Bestkan ada peneman. 

Sv baru ckp, this is ur own journey, You are on ur own. Mean lonely la kan? alah, dari awal sem lg lonely. Tunggu department decide sv dh sebulan, Dah decide, sv pg haji. Tadaaa. Awal sem hr tu mental kot. Patut balik duk rumah. Sem ni tak balik lansung. Tak de org paham yg sy nk kena defend sem depan. T.T. Tak defend br tahu. Sv laki ni releks sgt ke? Dr. Asiah dulu garang siot, tp kerja jalan. Sokey2, everything will be just fine and on time!

Abah nak dtg Yay. Aha. Padahal abah dtg sbb roadtax kete nk expired + beli printer. Yeah, tak pernah beli hardware sendiri. Ahaa. Tambah2 miskin. Harap tak tukar bilik dh. Malas nak angkut brg. Owh by the way, good luck everybodeh. Junior2 sy salu sakat mcm ni. Alaa bdk uitm yg msk uia tu. ahaa skrg dh jd community uia lah. Community yg wat hal sendiri. Hik3