BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 19, 2010

Sepi indah tapi gundah~


Setiap kali terpandang fb lecturer aku, aku rasa sedih la plak. Dalam kelas, dia sering meluahkan perasaannya. Berulang-ulang kali dia cerita benda yang sama.Aku tahu dia sepi. Rindukan sebuah keluarga, ingin merasa membesarkan anak-anak. Once i looked into her eyes, tapi dari jauh la. Kang tuduh aku les plak hehehe.Aku tahu perasaannya. Sebab tu bila dia bercerita, aku dapat sambung ayat last dia. 

Waktu dia duk ambik kedatangan student, aku tenung je dia. Macam-macam dalam kepala otak aku. Bila dia pandang aku, aku senyum, dan dia terus balas senyuman tu. Aku tahu, dia tahu apa aku rasa time tu. Kadang-kadang tindakan itu memberi jawapan. 

Sepinya seseorang itu kadangkala indah, namun ia juga pedih. Kita dicipta berpasang-pasangan. Sudah tentu kita merasa sepi. Tapi waktu kita sepi ni la kita banyak belajar. Belajar apa yang berlaku dan ambik iktibar.

Truly aku tak leh tengok lecturer aku bersedih. Dia masih lagi 'mencari' dimana sebenarnya cinta yang sepatutnya dia miliki. Cinta selepas Allah dan Rasul. Dont worry , aku mendoakan kebahagiaan dia~ amin ^^

Tak semestinya mentari itu manfaat untuk kita


Ada la seorang hamba allah ni, aku rasa dia budak puncak dan seangkatan dengan batch si akif ni. Dia sedih sebab banyak benda dia suka tapi dia tak dapat. Katanya bukan pasal budak perempuan la. Tetiba jah aku menjadi seorang kakak yang mesteri memberi pendapat. Aku tahu budak batch or geng akif ni geng-geng budak bijak ^^. Aku observe people dari jauh lah. Seronok tengok gelagat adik2 sebaya mereka.

Tentang masalah budak yang aku pun tak tahu nama dia. Kadang-kadang apa yang kita rasa baik untuk kita, mungkin tak baik di mata yang maha pencipta. Dia lebih mengetahui. Jangan buruk sangka padanya. Jikalau kita rasa kita paling malang. Ingat lah, ramai lagi yang malang. Kita dah bertuah dapat blajar, dari orang yang tak dapat masuk universiti. Peluang datang sekali.

Kalau pasal result, itu lumrah naik turun dalam exam tu. Sekurang-kurangnya kita tabah menghadapi rintangan tu. Dari dimanjakan dengan nikmat lebih baik kita belajar dan menjadi tabah bila ujian menimpa. Semua orang menerima ujian. Kita je tak tahu apa yang dia hadapi.

Kalau lah tiada kegelapan, tiada kesedihan, tiada kekejaman,tiada penindasan, sudah tentu kita semua akan bahagia. Namun sudah menjadi ketentuan bahawa dunia adalah tempat yang disediakan untuk kita bukan untuk bersenang lenang. Dunia tempat kita bersusah payah. Nak makan pun kena masak. Penat masak baru bleh makan. Nak makan kena kunyah dulu, kalau tak koma tercekik. Jadi jangan lah patah semangat.

Kita sedih sekarang, pastinya ada pelangi yang indah untuk kita. Stay strong~

Thursday, June 17, 2010

How to forget?


Dear bloggy,

Friend asked me how i forget bout people and things happen. Aku terdiam kejap. Lumrah kawan datang dan pergi. Ada yang timbul dan ada yang tenggelam. Macam kita. Dulu memang adalah kawan-kawan yang selalu keep in touch. Sekarang things change. I do change. Dulu dah tak macam sekarang. I do forget people. Melupakan bukan bererti bermusuh. Ia cuma tindakan mendiamkan diri. Tidak seperti dahulu.Dahulu mungkin dirasakan kepentingan dan keperluan mempunyai teman seperti mereka.

Namun sekarang tidak lagi.Adalah faktor penyebabnya. Aku pernah melupakan mereka dalam masa 3 hari je dan ada yang mengambil masa tak sampai pun sehari. Mungkin itu lah persoalannya. Bagaimana nak melupakan sesuatu. Sebenarnya perit jugaklah untuk meleupakan terus. Tapi bagi aku ia berkesan. Dan bila mereka muncul, ia bukan lagi satu masalah untuk aku. Ia seperti 'oh, kamu. Oh dia.' Tiada kesan sampingan.

Aku juga ada teman yang aku lupakan dan aku juga mengalami kehilangan teman. Ia seperti mengambil haluan masing-masing. Tapi aku gembira dengan apa yang aku ada sekarang. Cara melupakan mereka tak semestinya harus mengikuti apa yang seseorang itu lakukan. Ia mungkin cara untuk melupakan saat sedih, saat kecewa dan sebagainya lah.

Aku tengok satu cerita. Waktu tu satu kapal terbang telah terhempas. Ada seorang perempuan yang terselamat dalam kemalangan itu namun dia trauma yang teramat. Ada seorang doktor juga terselamat memberi tips bagaimana dia ingin menghentikan sesuatu perkara dari menghatui mereka. 

Caranya sebagai contoh, mereka kira hingga sepuluh. Setiap nombor yang dikira, dikira dengan tenang ataupun lambat-lambat. Then sewaktu dia kira nombor tu, segalam kejadian timbul di fikirannya.  kejadian crash tu,semua memori terpancar dan bila kiraan ke 10, perempuan itu berazam tidak akan memikirkan lagi tentang trauma yang melanda. Maknanya dalam kiraan hampir ke nombor 10 itu, otak perempuan itu sudah cukup bersedia untuk berada di posisi untuk melupakan apa yang berlaku.


That's what happen to me. Susah untuk melupakan, tapi harus berusaha dan jangan mengalah. Bila nak melupakan, perlu ada luahan. Tak kira la apa luahannya. Yang penting kita dapat melupakan apa yang terbuku di hati dan minda. Lepas tu konfem, aku dah tak ingat apa-apa dah pon, malah tak kisah dah.

Moga ia membantu mereka yang lain. Hidup ini harus dimanfaatkan. Konflik, hasand dengki hanya membuang masa kita. Kamu ingat Allah jadikan kamu dengan sia-sia? Ingat lah, kita akan kembali padanya, 

* suara palestin ditenggelami suasana world cup, aku dah jangkakan. Mana suara itu?*

Wednesday, June 16, 2010

C.Tiey's Big day~

 
Dear bloggy,


Sekarang, aku dah pulang. Dan menggunakan laptop yang lain. Lalala...Rezeki aku, alhamdulillah~ Majlis perkhawinan semalam meriah dan sungguh memenatkan. Aku tertidur petang tu. Bile bangun je, aduh, hang otak jap. Nasib baik balik haritu jugak. Semoga berbahagia C.tie ku sym....Malam berinai tu, kecoh je aku dan Nadiah. Mulut tak duk diam. Mak cik-mak cik aku complain aku kurus. Nampak ke aku 'eh, kurus la k.nur ni'. Diorang complain sangat la bila muka aku dah cengkung dari dulu. Yang best dengar celoteh Syasya. 

Aku siap 'gaduh' dengan syasya, tapi dia guna taktik busuk. Dia cakap aku 'wat lolok'. Mama dia ketawa je. Mama dia kata gaduh ngan syasya, aku tak akan menang. Hehehe. Kes pergaduhan, syasya kata aku marah dia.. Padahal aku cam sakat dia sebab dia bangunkan baby, untuk selamatkan diri, syasya kata aku marah dia and nanges. Lalala, bila aku kuar kan camera syasya cakap kat aku 'awak, cepatla ambik gambar saya'. Aku pun layans je lah..

::Nadirah dan Izzah Irdina ::

::Pengantin baru::
::C.tiey ku sudah berdua::

::Pengantin lapar,C.Ha tolong suapkan kek::

:: Dina jadi babysitter zikry::

::Zikry seksi hehe::


Saturday, June 12, 2010

Love heal~


Dear bloggy,

Baru sudah masak dengan umi. Hari ni kami masak dan makam bersama-sama. Dina dengan loyar buruknye, membuatkan aku terfikir. Mungkin tu cara dia hilangkan tensionnya kot. Hari ni dah kurang rasa sakit badan. Alhamdulillah. Lepas dapat result ni aku masih tak percaya. Itu kuasa Allah, bersyukur ye ^^...

Aku teringat satu cerita waktu zaman aku diploma part 5. Waktu aku demam teruk tu. Aku start demam teruk selepas balik dari Pertandingan Debat Perdana Medec. Debat Usahawan kat Shah Alam. Sampai je kampus, aku terus demam. Aku tak nak cerita waktu aku tak dapat pergi research tu, tapi lepas tu. Lepas aku tak jadi pergi research, keesokkannya cuti sekolah. Aku cuti mid sem tak silap. Parent aku nak ke Kedah. Aku dan Dina ikot.

Dalam perjalanan ke Kedah aku tidur je. Bila berhenti makan, aku tak lalu nak makan. Abah oder roti bakar kat aku, tu pun aku makan secoit je. Then sampai rumah pak long. Mak long terkejut tengok aku yang kurus. Berat badan susut mendadak.Then aku terus tidur. Mak long masuk bilik, nampak aku sorang je tidur, then dia sentuh dahi aku. Dia pergi ambik panadol and kejutkan aku. ^^

My parent and Dina pergi Penang, tapi aku duk dengan family pak lon sebab aku tak sihat. Kerja aku kat sana, tidur, tengok tv sambil tidur, makan tak habis. Mana-mana port yang aku bleh landing, aku landing. Suatu hari pak long balik bawak buahdari kebun. Dia panggil aku. Aku duk depan dia tengok dia kupas kulit buah-buah tu. Ada jambu batu, ada mangga. Then pak long kata, 'makan buah-buah segar ni, baru cepat sembuh'. Aku pun makan. Sikit je aku makan then lesap. Landing kat mana entah. Time makan tengah hari, mak long dan pak long tunggu aku makan sampai habis. Konfem la tak habis.

One day aku makan habis, mak long tepuk tangan untuk aku sebab aku berjaya habiskan nasi. Time tu aku rasa nak mati tau. Perut aku tak nak terima makanan.Sesak nafas jap. Cucu pak long tak balik, anak-anak dia pun tak cuti, so aku la bermaharaja lela. Kecuali si Haris je ada. Tu pun jarang muncul dirumah.

Lepas balik dari Kedah aku dah sembuh dah. 2 minggu demam aku melarat, tapi pulih dengan kasih sayang keluarga jugak...

Moral for the story, kadang-kadang people heal with our kindness, cares and loves. No matter who you are. The important is your heart. People can't see it but they can feel it. ^^

Monday, June 7, 2010

Cinta seorang isteri


Tadi baru sahaja selesai baca buku Persembahan Cinta Isteri Hasan Al Banna.Truly aku tak banyak perkara tentang Hasan Al Banna. Buku ini penceritaannya dari anak-anak Hasan Al Banna. Permulaan buku itu membuatkan aku tidak sabar-sabar. Kata-kata pengarang berjela-jela membuatkan aku mengeluh geram. Dah la aku tak faham apa dia cakap. Duk bagi gambaran yang samar-samar. *Tak sabar sungguh*

Isteri Hasan Al Banna bernama Lathifah Ash Shuli. Beliau ni sangat tabah, solehah dan ibu serta isteri yang patut dikagumi dan dicontohi. Tak pernah tertinggi volume suaranya, membantu suami dalam dakwah. Menguruskan hal rumah tangga walaupun suami sibuk berdakwah.

Mereka dikurniakan 6 anak. Wafa puteri sulung, Ahmad Saiful Islam, Sana, Muhammad Hisyamuddin wafat ketika bayi,Roja dan Wafa juga wafat ketika bayi dan Istisyhad. Mereka diijabkabulkan dengan Waktu yang singkat. Kenal tu terus melamar. Fuyoo.. Best tu hehehe, dan berpindah ke rumah sewa yang kecil namun ibarat istana. Dan sewaktu Hasan Al Banna giat menyebarkan dakwah, rumah merek dijadikan tempat untuk bertemu ikwan muslimin.

Kesederhanaan mereka dalam kehidupan duniawi tetapi rezeki mereka cukup. Belia tak kesah barang-barang rumah didermakan kepada markas tempat suaminya berdakwah.Beliau wanita yang kuat. Mengidap penyakit jantung sewaktu hamil anak bongsu.

Waktu Hasan Al Banna meninggal dunia di tembak, Lathifah jatuh sakit, sehari dia bakal melahirkan anak. Keadaannya yang sedih dilihat parah. Tiada siapa dapat menziarahi rumah mereka sebab dikawal polis. Dan doktor menyuruh untuk menggugurkan bayi tu tapi dengan izin Allah bayi tu lahih juga.

Lathifah hidup bersama suaminya selama 18 tahun dah selepas syahid Hasan Al Banna dia menuruskan perjuangan membesarkan anaknya selama 36 tahun sebelum wafat.

Tabahnya dia dalam memahami keperluan suaminya dalam berdakwah dan terpaksa meninggalkan rumah berminggu-minggu dah sewaktu anaknya Muhammad Hisyamuddin meninggal, Hasan Al Banna sedang berdakwah. Hasan Al Banna pulang ke rumah dan melihat anaknya sakit teruk, namun digagahinya ke temujanjinya untuk berdakwah dan ketika berdakwah, beliau diberitakan tentang wafatnya anakandanya. Lalu diuruskan jenazahnya dengan tangannya sendiri.

Kalau la kita ditempat Lathifah, kuatkah kita ? Moga diberi kekuatan oleh Allah.

Bomoh...


Berhati-hati, ada orang dengki ni. Manusia bukan bleh tengok orang senang. Be strong, dah kena cekal pagarkan diri, kalau tak, habis la masa depan.

Inilah manusia, pantang tengok orang gembira. Aku baca satu majalah tentang sihir. Kebayakan kes cerai adalah disebabkan satu pihak yang lain inginkan suami orang. Lalu digunakan cara menyihir isterinya agar bercerai, dibenci suami atau lebih teruk adalah mati. Membunuh lebih baik dari menyihir.  


Rata-rata yang terkena buatan orang adalah wanita dan rata-rata yang menyihir adalah wanita. Sihir sekarang bukan sahaja boleh dibuat melalui makanan, tapi angin, sentuhan, caling2 gune hp dan banyak lagi.


Mungkin orang yang dekat dengan kita khianat kita. Tapi jangan menuduh kerna ia fitnah. Jauhilah perbuatan syirik itu. Tak selamat dunia akhirat. Berdoalah kepada Allah untuk dijauhi dari tiupan dan hembusan tukang sihir. Insyaallah..

Friday, June 4, 2010

Insiden Astar....



Insiden ini berlaku waktu latihan debat astar 2009 bertempat di Uitm Malaysia. Tanpa disangka kami terperangkap dlam banjir kilat sewaktu dalam perjalanan ke Kolej Cempaka untuk sesi latihan...Let the pictures tell the stories...






Kami terperangkap dalam kereta, arus air menghalang dari usaha kami untuk membuka pintu

Air mula memasuki ruang kereta kak Asiah, keadaan agak panik. Risau tentang lappy dan nyawa. Tiada orang disekitar menambar rasa takut di dada.

Paras air mula meningkat begitu juga paras gemuruh...hehehe

Keadaan dari luar kenderaan


Aku di tengah antara Ain dan Betty

Keadaan sit depan kereta, dipenuhi air...


Kami berjaya keluar dari kereta...

Bergegas ke tempat perlindungan...

Keadaan kereta...sapa jurufoto? aku la....