BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 9, 2014

ILY abah



To my dearest and only abah,

Happy birthday. May Allah bestow you happiness, healthiness, wealthiest and barakah, in dunya and akhirah. Being an eldest daughter, I experiences most of everything with abah. Sy belajar mengira dengan abah. I do still remember abah ajar mengira while he was typing in front of the computer. Abah stop kejap, then ajar sy. Pastu repeat the lesson until I can count by myself. Haha. I learned to read the Quran with him and he'd never lost his tempered. Selalu orang mengajar mengaji ni garang. He used to send and watch us practicing Teak kwan do, and supported us during the sparring. Masa sparring tu jatuh, tp boleh dengar suara abah stand up stand up, its okay.  Walaupun sebagai penonton.

Even my first day of school, abah who was with me, sending me and find a friend for me. That moment, I was grabbing his hand firmly and don’t want to let him go but abah manage to convinced me that school was fun. Moreover, he did teach me how to use the pocket money… for the beginner. Haha   Owh I hate my lunch bibik cooked for me. It was plain and plain. That’s why I request to have Rm1 for my pocket money. Too much for beginner. Hihi. When I was bullied in school, cepat2 report kat abah, and abah give a warning signal to that boy.  The boy gets scared. Padan muka kau. Lepas tu jadi taiko kat skolah. Tak takut sapa2.  Masa sekolah rendah, abah yg gosokkan baju sekolah sy, nilakan baju, basuhkan kasut sekolah dan juga ajar nak ikat tali kasut. Nak cari kat mana abah macam ni? Masa sekolah menengah, abah suka sy iron baju. Kemas gile. eh terpuji diri sendiri. Time kat sekolah,  kitrg dalam kelas tak suke baju berkedut. Semua orang takut baju kedut. So kalau bab iron memang khusuk la, iron baju abah untuk seminggu pun releks lagi. Sekarang iron jubah2 abah nak pergi masjid je. Tu pun pancit dah. Huhe

Masa kecil, bila umi outstation ke, abah yg akan masak. Waktu tu abah goreng ayam. Then somebody call, hakeem and I tengah tengok kartun. Beberapa minit kemudian, nampak asap dari dapur. Abahh, ada asap kat dapurr. Terus abah berlari masuk dapur. Ayam abah bertukar warna hitam. Abah sorang je makan ayam tu. Bibik masak plain pun tak makan, ape tah lagi ayam warna hitam. Lagi laaa. 

Abah keatif dlm merancang aktiviti anak2. Sy ingat lagi kami kena baca buku cerita. Weekend pg library. Then bila balik rumah, rehat dalam bilik. Umi and abah baring sisi katil sambil baca newspaper. Sy dan Hakeem duk tengah2 sambil bercerita (rumusan) buku yg dibaca kt library kt radio yg abah abah record tu. When it was my turn. Cerita tu pasal abu dan 7 biji kacang ajaib if im not mistaken. Dalam cite tu mak abu suruh pg jual lembu yg diorg ternak. Sampai pasar abu exchange dgn lelaki misteri dgn 7 kacang ajaib. Bila balik, mak abu tanya la. Mana lembu. Tapi cerita tu jd kelakar bila sy dgn spontannya 'lembu2 mana ali?' umi and abah laughed. Blur lagi, kenapa gelak. Then umi cakap, mak ali tanya lembu ke? Then I realized the mistake. Time play record tape tu, sy akan play tempat tersalah tu untuk dengar umi dan abah gelak. anyonyo


Zaman sekolah, sy selalu demam. Waktu darjah 5, sy ambik exam lambat kat bilik guru. Time tu sy masuk sekolah tu lambat, jadi kebanyakkan kelas penuh. Exam akhir tahun tu akan tentukan sy boleh naik kelas ke tak. Pastu ada cikgu PJ tu memberi semangat negative. Kenapa ambik exam? sama je, bukan boleh naik kelas 1st pon. Kau bukan pandai pon. Tengok2 turun kelas. Sy diam je. Nak nanges pon ada. Tapi sabar je. Then bila abah sampai, naik kete je nanges. Report kat abah cikgu tu cakap macam tu. Abah sangat marah. Siap nak pg jumpa cikgu tu. Tapi sy settlekan sendiri. Lepas result keluar, sy pergi bilik guru ambik barang. Kebetulan cikgu PJ tu ada. Dia tanya sy macam mana result exam. Sy diam je, tapi cikgu kelas sy yg jawab dia dapat no 1 sokmo. Buleh naik kelas no 1 la tahun depe. Sy diam je. Terima kasih dengan kata2 indah. =))


Waktu muda remaja dulu, abah was the one who prepared my barang2 asrama  for my boarding school. Semua benda. Baldi, cadar, bantal. Waktu tu tengah demam, untuk 1st day form 1. Umi datang petang tu bawak barang2 yg selebihnya. Seminggu lepas tu tak nak duk asrama dahh. For my first public speaking, abah send me a blazer. Dalam poket blazer tu ada note tulis, good luck. =)) . Pernah suatu hari kat sekolah, I was stress, then call abah sambil nanges2. Time tu abah outstation. Kawan yg jd penaman sy call time tu ckp sy manja. hihi. A week later, umi datang sekolah untuk membantu cikgu2 yang tak ada pengalaman dalam mengajar.  Minggu2 selepas tu, sy pindah sekolah. Abah most of the time remember and appreciate every moments during ours childhood and teenagers. Plus 100% supports and ideas for every single things we tried to do. Dan juga pihak yg membuat keputusan untuk anak2. Masa sekolah rendah, abah decide rumah sukan apa nak masuk. Haha! Even ko-kurikulum kt uitm pon. Masuk PBSM. Sekali, Ya Allah. Azabnyer la pbsm. Dengan Nawal2 sekali merana.  

Zaman plkn, abah jugak yg prepared barang2 sebelum masuk Kem. Abah stail well prepared. A to Z. Kadang2 sy nak packing pon, terbiasa dengan cara abah. I used to observed how he helping me doing my packing stuff. I do still remember abah give me a box that have everything inside including the sewing items, panadol, semua lengkap. Even prepared  mangga kecik untuk locker. Bile I lost that key, pak cik plkn had so much difficulties nak gergaji mangga kecik tu. Then pak cik tu cakap mangga ni berkualiti tinggi then ambik buat sample. Abah kalau datang kem, he used to smile at me while watching me walking with the cheloreng clothe. Abah selalu cakap, dah la lahir kat machang, dapat plkn kat Pasir Puteh, masuk uitm machang. Semua kat Kelantan. Sekarang, degree, master, phd semua luar Kelantan. Even my driving test pon, abah datang tengok sy test. Nasib lulus dengan jayanya.

Abah ni senses dia kuatt. Kalau sy keluar dgn kawan2 dan balik lambat, konfem waktu balik lambat tu abah call. Aaaaa.. kene ngepek laaa. Waktu kamera kena kidnap pon, I refused to tell the whole story kat abah. Sebab abah ngepek kalah umi. Setiap kali umi risau berat badan sy, Abah cakap, tak apalah, dia belajar. Students kan memang mcm tu. Literally sy bukan anak abah. Anak abah adalah adik perempuan bongsu. Dia anak abah.  Anak umi kasim selamat. Sy neutral. 

Abah selalu peduli tentang kesihatan even gigi. Braces tu semua abah yg suruh kami pakai. Bukan umi dan bukan ktrg yg mintak.  Abah tegas, kalau dia marah, memang kena marah. Lepas tu abah datang gurau2 nak berbaik balik. When we were little, setiap kali abah balik masjid, kami akan pergi dekat abah n implement ilmu2 teak kwan do kat  abah. Sekali nak side kick tu, abah pegang kaki. Kadang2 punch2 perut abah. Kalau setakat tangan tak berisi tu, memang tak ada effect kat abah pon. Kalau abah cube defend, kitrg akan jerit 'aaaa sakitt'. Pastu punch2 lagi. Abah suke main teka2, cite kelakar, buat magic dan cite zaman kitrg kecik2 dulu. Abah ingat ayat 1st sy boleh bercakap dulu. Aishh. 

When I was little, time tu umi belajar lagi kalau tak silap sebab umi was not around. Waktu tu fasyen tudung ikat kat belakang n nampak  leher. Fashen tu jugak sy dan spupu2 pakai, tapi balance lepas simpul tu simpul2 letak atas kepala. Abah la yg selalu simpul2 dan ikat kat atas kepala sy time tu. Abah menurut jee. Tudung tu still abah simpan. Umi nak letak dalam frame tp abah ambik simpan tempat lain. Kadang2 ada benda yg abah tak boleh buat. Abah pernah cakap kalau ada apa2 call abah dulu. Jangan call umi lagi nanti umi risau. Waktu sy deman, call la abah. Sebab abah dah pesan macam tu. Then abah cakap ‘abah call balik’. Bila abah call, umi yg cakap. Abah sensitif, karang dia dengar suara2 orang demam, tak sampai hati. Buat la simpati2 sikit, kalau nak kena marah time tu, konfem tak kena marah. Even luka ke, jatuh ke, gigi dah nak tercabut sangat2 dah. Abah akan panggil umi. Hihi.

In every my 1st moments, abah will be there. Convocation apa tah lagi. Untuk phd ni, abah memang nak sangat sy sambung. Even he talked to me personally about his wishes. Abah kalau boleh nak sorang doctor phd dalam family. Touching tau.  Siap bagi hadiah sebab sambung study.  Pengorbanan seorang ayah, tak akan dapat terbalas walau macam mana pon nanti. I’m not his little girl anymore. Yet he still treat me I’m more important in his life. This is my true definition of happiness, not my dslr, or anything I desired so much. Sooner, I’m dedicating my phd to my true happiness, umi n abah. =)). My truly hero. Rasa touching la plak. Nak balikkk. I’m hoping that my future husband ada la ciri2 abah. Sikit pon jadilah. Hehe. Lebiu Abah!! Alhamdulillah. Thank you Allah for a lovely father you give to me 



--------------------

Bila abah tengok gambar ni, abah ngepek 4 bakul. Sebab umi ambik gambar tp nampak pak cik tu. 

Pastu umi zoom, lagi nampak perut pak cik tu. Ahahaha. Benda yg sama sy buat kalau housemate sy ambik gambar buruk. Konfem diorg kena bebel. Haha! Kalau kacau sy tengah shooting, konfem kena marah. Hihi