I'm having class at 6.00pm. *sigh* rasa lama tak pergi kelas. Synergy!
akak master jangan malas!
nur, ko dah siap assignment prof?
assingment aku masih macam semalam. Yang ko tengok semalam. Aku tak touch up lagi untuk kali terakhir.
apa la ko ni, menyesal aku jadikan ko sebagai role model.
sentap! kenapa aku plak dijadikan role model? mula-mula rasa berasap je telinga. Siapa la suruh ko jadikan aku role model?
Then terfikir, Mesti dia perhatikan apa aku buat. Hari-hari tanya progress assignment aku. Selalu je muka dia je nak tengok assignment aku. Aku bagi tengok, copy tak boleh. Kalau la aku ni sememangnya dijadikan role model orang lain, aku sememangnya kena sentiasa synergy dan bermotivasi.
Adakala, aku main-main, adakala aku malas, tapi bila teringat yang ada orang yang menjadikan kita salah satu semangat untuk mereka berusaha. Aku teruskan berusaha lawan kemalasan. Ni bukan degree dah ni master.
Walaupun tak ada orang cakap dia jadikan kita role model ke apa, ingat lah adik-adik di belakang kita sentiasa menjadikan kakak atau abangnya sebagai inspirasi mereka. Sentiasa positifkan minda dan tunjukkan terbaik, bukan untuk manusia sahaja tapi untuk Allah. Baru dapat kredit pahala. =)
Tata

No comments:
Post a Comment