Alhamdulillah, dah selesai research
paper, secara literal la. Walaupun
supervisor tangguhkan dulu binding hard cover, takut ada apa2 yg nak di edit2
dikemudian hari. Tapi kadang2 rasa dah tak larat nak edit2 nih. Tapi kalau quality
research paper ni bagus, insyaallah bermanfaat pada orang lain. Dan untuk
persediaan kemudian hari.
Dah jatuh hati pada research2
nih.Terasa nak apply jadi researcher. Tapi tak nak jadi researcher dalam lab.
Social science researcher pun okey. Tapi setakat ni, nak jadi RA keinginan tu masih
lacking. Mungkin sy kena cari pengalaman lain diluar sana. Terlalu banyak sy
nak buat. Itu dan ini. Tp sy terikat dengan research paper yg tak binding2 lagi
nih… Ahaiii…
___________________________________________________________________
4 tahun yg lalu, ya mungkin terlalu
lama. Sy rindukan suasana di masjid Nabawi. Rindu untuk memberi salam kepada
Kekasih Allah. Assalamualaikum ya
Habibullah, dan juga memberi salam kepada 2 sahabat nabi. Juga
terasa sangat bersyukur diberi kesempatan solat dan berdoa di Raudhah. Waktu tu
terlalu ramai manusia. Semuanya berebut2 nak masuk taman syurga. Nak berdoa,
nak minta keampunan, dan memohon hajat masing2. Meletakkan harapan yg tinggi
untuk doa mereka dikabulkan.
Walaupun sy bukan berada disana
sekarang. Terasa nak kesana lagi. Rindu suasana dingin dan subuh di masjid
Nabawi. Juga teringat jemaah dari china yg melambai2 Kaabah dengan linangan air
mata. Satu perasaan yg tak dapat ditahan bila nak berangkat pulang. Bila lagi
sy akan dijemput kesana? Juga menyimpan impian untuk solat dua rakaat di
Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti.
Salam maulidur rasul. Ehee. Walaupun
agak lambat. Mari tunjukkan rasa sayang pada Rasulullah dengan mengamalkan
sunnah.











