Rasanya mood nak bercerita tentang hari bahagia sy belum sampai seteru. Sebab ia memerlukan masa yang agak lama untuk cerita dan recall tentang hari indah sy. Justeru itu, sy rasa sy akan bercerita tentang sesuatu yang 'random'. Pada awal tahun 2016, sy masih seorang suri rumah dan juga pelajar pasca siswazah. Cuti tahun baru cina yang baru sahaja berlalu diisi dengan menziarahi sanak saudara di Kelantan. Cuti sebegini telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkenalkan suami kepada keluarga besar sy dan juga berkenalan dengan keluarga suami di Jertih. Yang paling comel, suami baru try nasi kak wook. Balik kl terus mengidam nak nasi kak wook. Balik kelantan benda paling heaven makanan la. Beli kueh rm5 pon dah macam nak jamu satu rumah yang isi rumahnya 10 orang. Memandangkan kami tak teliti sangat perjalanan kami ke Kelantan, hanya beberapa rumah saudara yang sempat kami singgah. Insyaallah balik raya nanti kami sambung lagi ziarah 'berkenalan'.
Keluarga Suami. 8 beradik, 3 lelaki dan 5 perempuan. Ada 4 anak saudara lelaki. Inilah keluarga baru sy. Paling best sy ada adik ipar yg sebaya, dan cantik lagi. =))
Seronok sebenarnya melihat suami berbual mesra dengan keluarga2 sy. Suami memang peramah. Boleh berbual 2 jam non stop. Cuti kami di kelantan juga diisi dengan pengisian rohani. Sempat mengikuti kuliah tafsir Al-Quran di Kampung Huda bersama keluarga. Suami nampaknya seronok dengan suasana pengajian ilmu agama di Kelantan. Di kl, kami tidak sekerap mana menghadiri kuliah2 agama, adakala suami pasang video2 kuliah agama di tv saja. Mudah mudahan, kami diberi kesempatan dengan masa yang baik untuk menghadiri kuliah2 agama.
Dulu zaman2 muda yang masih mentah, sy selalu ingat kalau dah berkahwin, akan bahagia sampai la salah seorang dah meninggal. Kira macam lepas kahwin tu dah tak de apa2 target dah nak capai dalam hidup. Walhal, kahwin tu hanyalah permulaan hidup kt dengan 'berpangkatkan' isteri dan akan naik pangkat jadi ibu. Setiap pangkat ada tanggungjawab for a life time. Malah pangkat ini juga mempengaruhi kehidupan sy dan orang lain. Juga penentuan kehidupan samada survive jadi mukmin atau tak. Kerana kehidupan ditentukan bagaimana ia berakhir bukan bagaimana ia bermula.
Sy masih dan terus memperbaiki kehidupan sy. Cuba mengisi dengan ilmu agama, mengisi rohani dan juga mendekatkan diri dengan talian hayat seumur hidup sy. Memperbaiki akhlak sy dan juga cuba menyelamatkan diri dari arus cyber yang mengambil banyak masa sy.
Sy percaya
kejarlah akhirat, maka dunia akan mengejar kita
kerana,
kejar dunia, kt tak akan pernah puas, malah akan terus menerus dihampakan. Pilihan ada ditangan sy. Dan sy tak nak rugikan hidup sy T.T. Adakala sy consistance baca doa pagi petang, pastu hilang hanyut tambah2 bila 'bercuti'. Bila sy higly motivated sy habiskan 1 juz sehari, tapi time kurang rajin, 1 juz seminggu or berminggu2. Huhu. Bangun tahajjud pulak ada masa, bertahajjud dengan suami, tapi banyak masa sambung zzzzz. Banyak dosa sebab tu tak dipilih untuk date dengan tuhan. Huhu. Sy kena consistance dari sekarang. Untuk memudahkan perjalanan sy menjadi role model untuk anak2 sy nanti.
..................
dah beberapa minggu tinggal penulisan thesis. Sekarang ada rasa perasaan risau. Selalunya perasaan risau ini akan buat sy berusaha lebih gigih. Sedang collect data untuk pilot test. Harap nya dapat settlekan penulisan thesis tahun ini. Dengan izin Allah, Insyaallah.
Juga tak lupa pada a good friend of mine yg telah menamatkan zaman bujang. Athirah. Moga Allah berkati keluarga baru itu. Amin. Tak lupa pada sepupu kesayangan. Moga Allah hadirkan insan selayaknya dan sebaiknya untuk dia.
Tuhan, Dia insan yang sama2 membesar dengan sy. Sy ingin lihat dia bertemu dengan insan yg sudah takdirnya bersamanya. Dan moga kt dapat menjadi 'kita' yang dahulu walaupun mustahil sebab dah kahwin dan duduk jauh. Insyaallah kita tetap akan menjadi kt yg dulu.












.jpg)

