Hee, terjumpa skirt poker dot. Berkampung dalam bilik sarjana
Minggu yang masih berfoya-foya. Lepas cuti sem break yang mengashikkan. Kelas pun masih lagi dibatalkan. Esok, kalau tak ada aral melintang, aku dan Farah akan menyertai Conference dia UIA. Petang tu ada kelas Prof Shariff. adeh.
Aku sebenarnya dah balik sha aramu hari ahad lagi. Abah hantar ke airport. Pagi-pagi lagi makan nasi lemak T.C kat sebelah Taman Indera Petra. Best nasi lemak kat situ. Selalu memang ramai orang kat situ. Umi tak ikut, dia teman Dina kat rumah. Teringat muka umi yang sangat menenangkan jiwa. * Nak baliiiiiiik!*
Sampai di airport, selesai check in luggage, aku salam abah. Abah dah betul-betulkan beg galas aku. Kadang-kadang rasa macam budak umur 12 tahun. Abah tolong zip beg, angkat beg sekolah yang berat, mungkin di mata dia, aku masih lagi anak kecil dia. =)) *walaupun dah umur 23tahun xp
Sebelum departure, ramai betul penumpang pagi tu. Rupanya flight pagi pukul 8 delay. Pukul 11 baru depart. Flight aku dah diumumkan delay, depart pukul 11. Aku relaks lagi. Budak perempuan kat depan tu mengelabah. Membebel geram. Aku diam, sambung baca buku.
a gift from a friend =)))
Menurut Imam Ghazali, jika cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, ia muncul dari dalam ke luar, bukan dari luar ke dalam. Ia bukan dari mata turun ke hati, sebaliknya dari hati turun ke mata dan lain-lain anggota. Itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Itulah cinta yang dikhususkan buat manusia sesuai dengan martabatnya sebagai makhluk paling sempurna. Cinta ini buka diukur menurut pandangan mata hati. Cinta itu datang dari Allah dan diberi sebagai bekal untuk mendapat kecintaan Allah.
Teringat masa lalu, ramai diantara kita melihat rupa paras dahulu baru hati. Teringat seorang teman yang terguris disebabkan kata-kata orang. Dia tak tengok cermin selama setahun. Sebab terasa dirinya aib. T-T. Sedihnya, ada lagi mentaliti begini. Kalau tak suka pun simpan sajalah dalam hati, kenapa kena beritahu orang lain. Dari banyak-banyak alasan, perkara yang satu inilah yang membuatkan persepsi aku terhadap hamba Allah itu berubah. Total. You just don't deserve her! *emosi kejap*. Ingatlah, kalau Allah tarik salah satu nikmat yang kamu rasai sekarang, agak-agak kalau orang cakap macam tu kat diri sendiri, boleh terima tak? Boleh senyum tak?
Kita tak layak untuk tak suka seseorang itu kerana paras rupa, kecuali perangai buruk yang tak pernah berubah. Kadang-kadang kedegilan aku dalam menerima pandangan orang lain ni la yang tak dapat aku nak ubah. Bila aku dah agak sentap, mula lah aku kunci mulut, kunci hati, dan tak endahkan apa pun. Kadang-kadang malas nak argue. Jadi baik diam sahaja. Let it go.
Back to the story, pengumuman kedua dibuat, flight aku delay lagi. sampai pukul 1.30pm. Ada yang dah tepuk dahi dah. Dari pukul 10.50 sampai pukul 1.30pm. Eh lama la plak delay. Bersabar. Budak kat depan aku ni dah panas punggung dah. Muka benggangnya. Yang tak tahannya flight pukul 11.30 dah depart. Flight aku belum. Entah apa masalahnya. Then aku nak make sure yang I am on the right trip. Then abang kat kaunter tu cakap flight aku 5281 tu delay lagi sampai 2.30pm.
Macam pusaran. Tak tahu nak describe macam mana. huhu
Then pengumuman kali ke berapa entah dibuat. 'Kepada semua penumpang ak 5281, anda diminta ke kaunter KFC dan sila tunjukkan pas perjalanan anda' Wah! air asia belanja KFC ke? 4 jam delay. Belanja makan tengah hari hahaha. Baru niat nak pau air asia ni. Tapi dia belanja snack plate aja. Dah la aku tengah kenyang. 2.30pm, muncul la Ak 5281 tu. Sampai LCCT, cuaca macam baru lepas hujan. Alhamdulillah, aku sampai Sha aramu 7.30 pm. =.='. sorang-sorang tarik beg lalu jalan perumahan yang gelap gelita. Hish.
Abah cakap, aku nak keluar mana-mana kena ada muhrim. Sengih sorang-sorang. Hehehe. Muhrim ada makna. Pejam celik, aku dah nak habis satu semester dah. Cepatnya! Moga aku bukan tergolong dari orang yang lalai.



No comments:
Post a Comment