Last 2 years, on 14th November, before performing Umra, I had involve in tragic car accident. Lucky me, my sister was safe without wearing sit belt. It was raining, and both of us was going to some place somewhere in Pasir Puteh. I was driving too fast. I realize my speed but during that time i was enjoying speeding.
abah said
be carefull with speeding, you won't realize how fast the car is when driving that car.
Pukul 9 bertolak dari rumah. *maaf bahasa rojak buah. Abah berpesan,
hati-hati bawak kereta.
Terasa lama sangat tak melalui jalan pintas. Tersilap masuk jalan, buat u-turn, Brek mengejut, sebab tak lepas nak u-turn. Terasa laju sangat sampai rasa macam wheeling plak. Rasa takut hanya untuk 5 minit. Terus memandu. Laju.
Sempat baca sms dari kawan. Rasa menyampah baca sms tadi, aku campak handphone. Lalu kawasan lecah, air menghujani kawasan tepi disebabkan had laju tadi. Terkejut dengan kedatangan lori dari arah bertentangan. Rasa takut kali kedua menyelinap kalbu. Terlintas di hati.
Dina tak pakai sit belt tu.
Lecah ni macam bahaya la.
Nampak motor-motor berderat di depan. Cuba untuk memotong. Tekan minyak dan aku berjaya potong mereka semua. Disebabkan had laju tadi, aku terpaksa melalui lecah di sebelah bertentangan.
Tiba-tiba, kereta berpusing. Laju, sangat pantas, terasa tak dapat kawal keadaan. Aku lepas stering, Tarik Dina rapat kearah aku. Crv dah langgar kayu penanda jalan. Bunyi tayar bergeser atas jalan sangat kuat. Pejam mata kuat-kuat. Hanya terdengar bunyi kereta terbabas. Kuat bunyi hentaman.
Terlintas di hati matilah aku kali ni. T-T
Bunyi bising tadi diam. Aku buka mata. Kereta dalam semak. Masih terdengar suara Dj di radio. Enjin kereta masih lagi hidup. Aku pandang Dina. Mengalir air mata takut. Dina dah berada di celah antara kerusi pemandu dan sebelah pemandu. Space di situ agak besar dan kepala Dina ke bahagian belakang kereta dan kaki dia ke arah dashboard. Mengigil angkat Dina. Mengigil panggil nama Dina. Dina bukak mata. Alhamdulillah!
Motor yang aku potong tadi, datang kerumuni kereta. Aku mencari-cari handphone di celah-celah kaca. Kaca berterabur atas riba. Air mengalir dari bumbung yang kemek. Ternampak handphone dekat celah-celah serpihan kacam terus aku call abah.
Abah, accident.. Terus menangis.
Suara abah tenang.
Tak apa, semua selamat? Dina ok?
Ok. Semua selamat.
Ok, kejap lagi abah sampai, accident kat mana tu?
aku dah blurr kat mana entah aku accident, jadi pass handphone kat abang motor tadi. Dia la bagitahu kawasan mana aku accident.
Terdengar orang-orang kampung yang sedang bercerita tentang nahas tadi. Rasa tertekan. Orang ramai yang datang cuba membantu. Matikan enjin kereta, keluar dari kereta dengan berpayung. Orang kampung payungkan. Dina luka di kaki. Aku? luka secoit di jari. Terkena kaca.
Kami dibawa ke rumah penduduk kampung berhampiran. Pelbagai persoalan yang diajukan. Aku hanya membisu. Dalam rumah mereka. Aku sms mesae. Terus dia call, aku dah tak menentu. Baju masih basah. Kaca masih ada di baju. Mengigil kesejukan. Dihidangkan kopi dan biskut kering. Waktu tu dah menangis dah.
Abah sampai, muka tenang. Pak cik aku turut sampai. Masuk dalam kereta untuk ke balai polis. Abah berhenti kat kawasan accident tadi. Jauh ke dalam semak sana, nampak crv. Tersadai dan ditutupi lalang tinggi. Nampak kereta penarik bersedia untuk alihkan kereta. Dalam perjalanan, abah cuba tenangkan keadaan.
Jangan bimbang, semua selamat, pasal kereta tu, abah ambik insuran, insuran akan cover.
Di balai polis, pertama kali aku buat report. Aku masih blur-blur. Polis plak nasib baik dia faham. Apa lagi saman Rm 300 atas kesalahan mencederakan penumpang. Walaupun aku accident tanpa melibatkan kereta lain. Keluar dari balai polis. Terkejut tengok rupa CRV.
Di rumah, umi ingat accident kecik je. Bila Dina tunjuk gambar, umi diam terus masuk bilik dia. Dia terkejut, sebab tahu berita lambat. Abah panic, dan aku tahu dia cuba tenangkan diri dia dan set his mind semua ok jadi tak perlu ke hospital atau klinik. Sebab tu lepas accident, abah drive balik rumah. Hua hua.
Sakit badan mula terasa. Sakit tengkok, kaki badan. Dina dah mental. Gelak sorang-sorang. Apa entah yang lucu. Umi kata, putus wayar kat mana plak tu. Dina baru semalam sebelum kejadian menghadiri kem keselamatan jalan raya. Keesokkannya dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia kata.
macam aksi kat dalam tv lah! buat lagi. =.='
memang mental. Esok baru kami ke klinik, tu pun umi yang bawak. Doktor pun terkejut, accident bukan main teruk tapi balik rumah tidur. Hehe.
Ya Allah, aku tak tahu apakah sebenarnya maksud disebalik kemalangan itu, assumption orang bermacam-macam. Di luar dari jangkaan. 2 minggu sebelum umrah, aku diuji. Ya Allah, rasa macam mati hidup semula. Takutnya Ya Allah, jika Kau cabut nyawa aku dalam keadaan demikian. T-T.
Tapi Kau bagi aku peluang kali kedua untuk berubah menjadi yang lebih baik. Beri peluang untuk ke Tanah suci. Beri peluang untuk aku hargai setiap detik hidup aku. Pengajaran seumur hidup, apa pun jua urusan kita, bergantung sepenuhnya pada Allah. Mintalah apa sahaja pada Allah. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengasihani. Allhamdulillah, I'm alive, remain the trauma.

No comments:
Post a Comment