Alhamdulillah selesai test online. Mungkin jarang didengar. Aku pun pertama kali merasainya. Walaupun masa menjawab 24 jam, tapi soalannya fuh, berpeluh jugak nak menjawabnya.
“Information is the most valuable commodity in the development of today’s economy”. Discuss
Discuss tu yang lemah skit. Kena cari gali fakta, kena cari gali key point, kena create contoh, kena buat research. Maklumat boleh diibaratkan sebagai sebatang pokok epal yang sedang berbuah. Our task is, to choose the good apple to make a pie. Tapi sekarang kita nampak tak apple kat pokok tu? Ke nampak daun je. Tak kan nak pilih daun? Dah nampak apelnya, tapi tak pasti sesuai untuk dibuat pie.
Pukul 9 pagi ini, aku dah selamat hantar jawapan test. Aku dah berusaha, Insyaallah tak akan sia-sia. Minggu yang banyak tekanan sebenarnya, tapi Alhamdulillah dapat diurus dengan baik InsyaAllah.
Malam tadi, meronda di facebook. Walaupun masih banyak assignment yang dah dekat date line untuk present, tapi aku masih dalam mood tenang. Heroin tok gaduh. xp Hihi. Terjumpa ayat ini.
Everyone has his burden. What counts is how you carry it
Allah menguji hambanya yang berIman. Di sebalik ujian, kita kena selalu bersyukur, Kerana kita masih lebih baik keadaannya dari orang lain. Mungkin ujian itu adalah dalam bentuk menegur, memberi teladan atau ingin menundukkan ego dan nafsu dalam diri.
Satu-satunya perkara yang hinggap dalam perasaan adalah minggu-minggu yang akan aku tempuhi akan datang. Mungkin akan menjadi minggu kesedihan, perit, atau penuh bersyukur.
Satu-satunya perkara yang hinggap dalam perasaan adalah minggu-minggu yang akan aku tempuhi akan datang. Mungkin akan menjadi minggu kesedihan, perit, atau penuh bersyukur.
Tapi ingat, berbaik sangkalah pada Allah. Seperti yang kita inginkan, Insyaallah, everything will be alright. Namun kadang kala hadir kebimbangan. Aku redha jika ini adalah yang terbaik.
Teringat peristiwa 12 tahun yang lalu. Jika aku berada di usia itu, mungkin aku sedang rasa kecewa sebab tak dapat capai target upsr. Orang kiri kanan sibuk buat perbandingan. Sibuk buat keputusan nak masuk sekolah mana. Jika dilihat dari kaca mata 12 tahun sekarang, aku akan rasa bersyukur, Alhamdulillah. Disebabkan peristiwa itu aku terus bangun dan berusaha untuk pencapaian kejayaan 12 tahun akan datang.

Mungkin dulu aku rasakan ini adalah perkara yang teruk buat aku. Tapi hakikatnya ia adalah terbaik buat aku. Siapa yang tahu melainkan Dia. Semoga apapun yang menimpa aku kini, aku yakin, ia adalah terbaik untuk aku. Walau bukan didunia, tapi mungkin di akhirat. Semoga aku tetap terus bergantung hanya pada Dia.
Somoga minggu ini dan minggu seterusnya adalah yang terbaik. Tapi Allah tak akan mengubah nasih kita melainkan kita sendiri mengubahnya. Doakan semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar. Doakan semoga perjalanan kita sampai ke destinasi. Dunia hanyalah penjara bagi orang yang beriman. Disini bukan tempat untuk orang berIman untuk bersenang lenang. Moga peringatan ini kukuh dihati.