Tak sempat nak bercerita tentang majlis konvo sy yg ke-3. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Majlis yg dibuat gilang gemilang meraikan 600++ graduan pascasiswazah UiTM sememangnya dinanti-nantikan. Waktu sebelum konvo, baju tak cari lagi, jubah tak ambik lagi, yuran konvo pun tak bayar lagi. Sy sampai KL je lepak2 dengan sepupu yg tak berapa sihat. Jadi peneman la ni. Then I realize tarikh ambik jubah dah berlalu. Dan sy masih tak ambik jubah lagi. Terasa Shah Alam itu sangat jauh walaupun tak perlu naik public transport pun. Bila check balik tarikh ambik jubah, memang sah sy lambat dari jadual. Sy pandang sepupu sy, sepupu sy buat muka cuak. Habislah kali ni. Family sy akan sampai esok.
Then teringat housemates. Cepat2 call feez. Dia pernah bayar yuran konvo lambat. Kata Feez 'rileks k.nur, k.nur cakap kat dia, ni Nurdin tau, Nurdin'. Nurdin nama yg wujud waktu main bowling dengan housemates. Si FA letak nur dinancy tapi apa yg dipaparkan hanya Nurdin. Tak jadi nak gelabah. Cerita kat sepupu apa yg feez cakap, we giggled about how she try to calm me down. Yes it works babeh.
Esok tu, terus drive ke Shah Alam. Dewan DATC tu sunyi. Haish cuak dah. Then ikut anak panah yg ada kat lantai sebagai penunjuk jalan ke bilik jubah. Rupanya kaunter jubah tu masih beroperasi. Lega betul. Rasa 5 minit je daftar kehadiran terus dapat jubah. Hee, terus excited. Then call sepupu. Dia pun lega. =)). Sy lupa baju konvo tak beli lagi. Tak sempat nak cari dengan umi. Umi agak murung bila dapat tahu risiko penyakit bahaya tu dah bertambah dalam keluarga. Jadi untuk mengurangkan bebanan, sy decided nak cari sendiri. Memang lepas ambik jubah tu terus balik Cheras. Terbaik punya. Tak ingat langsung.
Bila family sy sampai, kami direct ke Shah Alam. Then mcm biasa penyakit lupa datang balik. Sy ada tertinggal barang kat Ampang. Terus ajak Dina balik Ampang. Sampai Ampang singgah beberapa kedai cari baju konvo. To be truth sy tak suka kain chiffon. Jarang la kena alas bagai. Leceh. Tapi disebabkan memang itu je yg ada, sy cari yg paling simple. Karang tertukar dengan pengantin pulak. Nak konvo je. Heee. Tu pun adinda yg pilih. Malam tu sy pakaikan jubah untuk Dina. Pakai jubah pun dah rasa semangat.
Hari Konvo
Sy bersiap awal. Hee. tak nak terlepas lagi perarakkan masuk dewan. Konvo degree tu sy terlepas perarakkan masuk sebab tersangkut jam kat pagar UiTM. Jadi untuk tidak mengulangi kesilapan sama, kami gerak awal. Dah lama tak jumpa geng tu yg tak sabar. Tak sangggka jumpa K.Idiana dengan perut boroi.. Heee. Waktu tengah blajar, buat assigments, K.Idiana selalu sakit, sampaikan sy terpaksa buat kerja dengan adik dia. Hahaha. Akhirnya kami rakan sebaya ni decide buang yang keruh dan ambil yg jernih. Dapat jumpa Anny, Andi, Amy dan ramai lagi. Suasana tu agak meriah. Tapi tak sepadat konvo degree dulu.
Bersedia untuk Perarakkan masuk. Lokasi: di bawah dewan DATC. First time sampai sini hee
Dalam dewan semua orang dah lapar, letih dan mengantuk. Tiba2 je Bruno Mars versi Melayu nyanyikan lagu semerah padi yg diubah jadi rancak. Semua orang hilang mengantuk. We sang + claps. Tahniah BM kerana berjaya buat kami rasa muda balik. Eh memang muda lagi. Waktu dalam dewan tu camera fokus pada tetamu kat tingkat satu. Sekali nampak umi, abah and Dina. I was.. 'aaaaaa, family aku'. Then semua orang pun cari family jugak time tu.
Macam biasa, bila turn nak ambik scroll, kami berbaris tunggu masuk dewan. Then sy tak segan silu pakai flat shoes warna merah lagi. Ah ada sy kesah. Nak perarakkan tu pun dah azab. Heee. Amy sebelah sy pun dah tukar flat shoes. Selamba je ambik scroll. Marah pun tak guna hehehe. Agak segan nak ambik gambar sebab ramai pakcik2 makcik2 yg ambik scroll. Diorang FLP kot. Tak pernah nampak pon. Memang jovial sih konvo hari tu. Amy bawak bekal. Kami dari pukul 11 masuk dewan tak makan apa sampai pukul 5. Sy sempat keluar solat. Nasib baik surau dalam dewan selesa. Solat tetap kena solat.
Habis je majlis, sesi jejak kasih pulak. Fateha Azwa n feez message suruh sy tunggu. Family sy rush nak ke airport. Okeh lengahkan dengan ambik gambar. Then terserempak dengan diorg. Tapi diorg patah balik. Diorang nak buat suprise nak prepare bunga, konon nak survey tp terjumpa sy. Tu yg diorg patah balik. Sentap ah time tu. Tapi sangat terharu. Tak sempat nak ambik bunga dengan Ryena. Dah tak leh tunggu, karang kena tinggal flight. I was so tired. Mula2 bagi Dina Drive. Tapi dia laju bila kereta lain laju. Tak jadi lelap sebab rasa tak selamat je. Terus take over. Memang nak tertidur nak sampai Ampang. Time tu tak kena pulak Aes. Sampai rumah tukar baju + mandi= lelap. Dina pulak yg simpan bunga dan barang2 lain. Heee.
Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Semoga sy terus kuat dan gembira meniti hari2 seterusnya. Gambatene! Walaupun tak ada en.canon, canon abah pun jadi. En. canon di kidnap sehari sebelum konvo. Tsk2. Tak apalah. Kamera boleh beli, nyawa? Nasib baik tak melawan, kalau tak dah tak konvo. I know abah was proud at me at that time. Heeee..
Semuanya pinjaman, bila Allah takdirkan ia tak kekal, pasti akan ada gantinya yg jauuuh lebih baik. Pasti. =))
Semuanya pinjaman, bila Allah takdirkan ia tak kekal, pasti akan ada gantinya yg jauuuh lebih baik. Pasti. =))









