BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 22, 2012

Home alone


Sangat tak suka duduk rumah seorang diri. Kalau di rumah sendiri tak apa. TV hiburkan suasana rumah. Kat sini ada tv tapi tak ada siapa nak tengok tv tu. Hihi. Dah biasa duduk kolej tak tengok tv, jadi bila tv ada pun tak ada siapa kesah. 

Housemates sume dah balik, kawan2 master FLP pun balik malam ni. Malam ni rumah sy terang benderang. Macam ada 8 orang dah. Kanak-kanak ribena sampai esok. Terpaksalah sy rush kesana kemari. Nak tinggal kat mak cik, terasa macam pentingkan diri sendiri.Tapi sy dah ada peneman dah esok. Alhamdulillah. 

Nak buat assignments pun malas sob sob. Dulu time degree, muka sy lah yg selalu balik lewat. Sebab last paper habis lambat dan nak tunggu flight balik pulak satu hal. Kadang-kadang mak cik sy balik kampung, sebab tu tak ada arah tujuan. Duduklah sorang-sorang dalam block bangunan tu. Nak keluar lagi la malas. Cepatlah Isnin.

Thursday, April 19, 2012

Cuti mid term

Nak kata sangat sibuk, ya sibuk, tak kadang-kadang. Sedang pening kepala susun jadual. Terlalu ramai orang yg sy kena entertain. Minggu depan ada 5 benda sy kena uruskan secara serentak dalam minggu yg sama. 

Assignments, interview, survey, entertain orang nak datang rumah, short holiday, semua datang secara serentak pada cuti mid term ni. Sob sob. Dan semua benda sy dah plan, kecuali survey yg datang tiba-tiba. Tak tahulah dapat join ke tak survey kali ni.

Tapi tak apa, sy akan pastikan semuanya berjalan lancar, dengan izin Allah. Rasanya sy perlu lagi mahir bahagi masa cuti kali ni. Dah banyak tempat sy merewang minggu ni. Mengalahkan orang habis SPM. Yang sy rancang, sekali, tapi benda tak dirancang datang 5 kali. Sebab tu minggu ni banyak tempat dah sy sampai. 

Tapi sy hanya merancang, Allah yg menentukan. Dan sy percaya jodoh, ajal, rezeki sudah tercatat. Cuma masa yg yg akan menentukan. Masih bukan no giliran sy lagi. Jeles sangat pada sepupu yg dah di offer kerja. Dan terjumpa satu offer yg best. Tapi umi kata, tunggu habis master dulu. Sob sob. 

Sokey3.. banyak lagi peluang lain. Insyaallah. *pujuk diri sendiri*





Saturday, April 7, 2012

Bekwoh

 We are team+bestfriend

Survey kali ni, not bad la. Ryna ada ramai geng yg boleh tolong kami. At least cukup 200 responden pun dah okey! Mudah mudahan semua okey saja esok. Ada pak cik Cina dah tegur kami supaya lebih berhati-hati. Ada responden kami jawab questionnaire sbb takut kalau tak jawab nanti, ketua kampung marah. Hihi. Padahal ketua kampung tak terlibat pun. Hujan lebat membantutkan pergerakkan. 

Do punya skill mantap ooo.. Habis semua orang dia jumpa dia tanya. Akak 7e pun antara responden dia. Sy nak macam Do. Haish tak la. Tapi Do ni, abg astro and abg broadband pun jadi responden dia. Mampu?? Orang shopping dalam Giant pun jadi responden dia. Do hebat! Clap clap clap. Turn sy plak, jumpa ramai budak tak cukup umur nak vote. *bajet*

Tapi kami kerap makan. Penat jalan la kot. Esok nak berkampung di Meru rumah Ryna. Nak merewang. Ingat ke merewang ni merayap. Rupanya tak. Hihi. Ahad ni ada kenduri saudara Ryna. Nak ambik gambar, kalau kulit muka ni cukup tebal. Kat sini, 'bekwoh' masih dibuat.Setengah tempat dah tak ada dah team bekwoh ni. Dah guna catering aje. Esok nak pulun semua 86 responden yg masih berbaki. Fighting!

Thursday, April 5, 2012

Moderator


Cuba fikir positif untuk esok. Esok survey untuk 200 responden. 75 responden minggu lepas pun dah pancit. Tapi tak nak mengalah. 4 moderator akan berkeliaran sekitar Meru. Dah macam bancian penduduk pulak. Teringat responden di PKNS, berbangsa Cina. 'i vote for you la if you the wakil rakyat'. Haish, mana boleh maa, student kena jadi katak di bawah tempurung. Grad dulu baru boleh keluar dari tempurung tu. Suka interview orang Cina dan India. Direct to the point. Setakat ni, survey ok la. Parent sy gelak je dengan apa yg sy buat. Dah tak ada korje la tu.

Sebenarnya collect information ni agak susah. Kena tebalkan muka bila nak approach orang. Walaupun ada pengalaman bercakap di khalayak ramai, tapi i still do have fear nak approach orang. Bukan fear la, malu, segan. Jadi Anny yg approach, so bila dia dah buka jalan, sy grab peluang tu. Ada orang ingat akan dapat token lepas interview. Padahal kami tak ada apa-apa pun. Gula-gula ada la hehe. Balik rumah, sakit seluruh badan. Driver lagi teruk. Ryna paling tuff. Kali ni tengok skill Do plak. Anggap je la tengah asah skill PR. 

Setakat ni dalam interview, tak ada la plak kami cuba buat lawak ke, semua direct to the point. Sbb jumlah responden minggu lepas terasa banyak. Mungkin sebab 1st time. Housemates pun nak join. Assignments pun dah beranak pinak. Adeh. Mungkin ni last buat survey. Bila buat survey ni, kadang-kadang terfikir, apa je skill yg sy ada? Tak ada apa-apa. 

Tengah cermin diri sendiri di depan masyarakat. Apa je sy tahu tentang isu semasa, orang kata mahasiswa sekarang tak tahu isu semasa. Nama PM pun ada yang tulis TAN SRI. Aduila..Kadang-kadang rasa kesal, maklumat yg diorang pegang tu zaman bila lagi? Dah la tak sahih. Tapi itu la mentaliti yg dicerminkan.  Dengan survey ni la baru kita tahu, maklumat yg dihadam tu betul ke tak. Tapi sy tengah gigih berlakon bahawa sy tak berpihak pada mana-mana bahagian. Moga drama kami terus berkesan. Dan moga assignment tak terabai. Dan tak tamak haloba dah pasni. Harap kami selamat dari bahaya yg tak terduga. Maklumlah semua perempuan. 

Wednesday, April 4, 2012

Tiada motif


Lately rasa moody skit. Sebab banyak tengok gambar kamalangan maut. Takutnya. Terus rasa nak lying down on bed. Kerja banyak lagi tak settle. Hujung minggu kami kena buat survey. Walaupun upahnya lumayan, bukan senang nak approach orang. 

Tapi inilah cabarannya. Post yg tak ada motif. Sedang cuba untuk memanfaatkan masa yg ada. Juga rindu menikmati tenangnya alam flora.

Monday, April 2, 2012

Rindu

Rindu best friend! sob sob. Rindu nak cuit-cuit bahu dia, rindu nak lambung-lambung dia. Rindu main bisik-bisik dengan dia.Rindu main suap-suap. Main dengan dia, mesti hilang semua stress. =)).


Dulu kala


Semoga berjaya kepada yg bertanding!