BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 27, 2012

Knowledge Sharing



Ini adalah antara assignment kami. Dah boring ashik buat case study, lecturer kami nak kelainan. Juga rasa jemu nak blakon (bercakap) dlm video sebab time degree dah selalu buat video untuk 3rd language, jd kami decide buat video yg tak memerlukan tenaga peti suara. 

Ini yg ketiga proses buat video, lokasi di dalam bilik meeting dan bilik master. Alihkan semua meja untuk dapatkan dinding yg kosong.Video ni kami baru settle final presentation Dr.Z. Tengah rasa pening2 dan sakit kepala. Video ni kena present dlm minggu yg sama. Siap lupa step apa yg perlu buat. 

Print guna kertas fakulti dan juga printer fakulti. =.=.. Itu je yg kami jumpa waktu tu.

Bila nak present, kami refuse untuk jd yg pertama. Jd yg last. Lepas present je, fuhhh hilang sakit kepala! Alhamdulillah, kami professional dlm bab2 assignment. =))

*Sapa kata bdk fulltime ni tahu teori je? at least kami tak membosankan lalala. Abah pun nak bg assignment mcm ni kat student dia.. =p

Tuesday, September 25, 2012

1.45

Weekend yg best, dpt jumpa family dan dapat buat cuti sendiri lebih lama. Heee. Dah lama sangat abah tak drive ke KL. Tp memandangkan rumah maksu hanya 15 minit saja dari Jln TAR, abah decide nak drive. Kami adik beradik kat belakang duk gelak2 kan umi yg bagi direction salah dan abah yg dah lama tak drive kat KL, keliru dgn jalan. Dah bertambah 'port' untuk sepupu datang lepak setiap weekend. Dah tak ingat housemates baru yg sy belum kenal lagi kat rumah tu. Pulang hanya untuk on wifi dan terus balik Cheras. 

Terasa agak segan sebab housemates ramai yg tak kenal. Dah boleh adapt suasana baru. Insyaallah. Masak untuk mereka sbg ice breakingnya. Heee. Walaupun kadang2 rasa sy ni pendiam sgt kat rumah tu, tp dah ada perkembangan dah terutamanya dalam bab komunikasi. Tak percaya rasanya. Sy pemalu rupanya. Hihi. Sempat ke open house Tyrah, dengan makanan yg sedap2. Terkejut juga sepupu sy pun makan dengan berseleranya. Wah2.. 



Disebabkan weekend yg best, terlupa kawan travel, classmate, shopping mate,  sy dah nak balik Sabah dah. Dia dah dapat kerja, jadi dia dh tukar mode pengajian kepada mode FLP. Datang kelas sebulan sekali saja. Alaaa.. terasa sunyinya bilik master tu. Tak ada dah org yg jalan laju, kehulur-kehilir settle kan urusan dia. Tak ada org dah nak alertkan sy pasal travelling lagi.. Juga tak dapat hantar ke airport, sbb sy tak suka perjalanan malam. 

Terima kasih dapat bertahan dengan kerenah sy. Walaupun kita suka gaduh, itu tandanya syg kan2?. Hehe. Walaupun berbeza pendapat. Kt still dpt shopping sama2, siap sampai Koh Samui lagi. Dan terima kasih atas nasihat dulu. Ada keserasian la, walaupun pendapat kita bercanggah. Moga segala urusan AFB dipermudahkan sentiasa. Tak sempat nak konvo sekali!! Too bad.  



Memandangkan akan sibuk dgn urusan 'tutor', krusus pun dah nak weekend ni, dan juga stress dgn supervisor yg main tarik tali. Koordinator pun tgh cari sy =.=.., sy juga kena handle bab2 bil ni.  Bestnya, dulu tak payah pikir bab2 bil ni. Aigoo. Tak pe, satu hari nanti, sy akan uruskan hal2 ini juga. Harap dapat fokus! 

Bajet tak berkhidmat dah dgn fakulti. Hmm, at least ada pengalaman. Owh terima kasih streamix sbb buatkan jiwa sy kental tanpa internet. Walapun housemates bising, diorang banyak assignments, sy pun tak perasan sy ada assignment, tp technician streamix dan operator TM pun dah cam kan no hp ni kan. Siap kena kelentong kabel repair ape lah. Terima kasih banyak2 cuba sedapkan hati ye. 


Thursday, September 13, 2012

Clouds of dreams




Berharap agar permulaan ini diberi kekuatan untuk tabah dan penamatnya juga adalah kegembiraan atas segala usaha. Everything will be just fine, Insyaallah. Kura-kura sedang cuba adapt suasana baru. =.=. 

Jangan jadi kura2 time wat thesis. Tak settle thesis on time, owh sakitlah jawabnya. Momentum yg memerlukan sedikit semangat..

Semangat.. ku seru namamu... tihehe 

“There's always another storm. It's the way the world works. Snowstorms, rainstorms, windstorms, sandstorms, and firestorms. Some are fierce and others are small. You have to deal with each one separately, but you need to keep an eye on whats brewing for tomorrow.” ― Maria V. Snyder, Fire Study



*so close, reaching target, with Allah wills 


Tuesday, September 4, 2012

Work hard, Pray Harder




Nice to meet you September. 

Alhamdulillah, September telah datang. Juga menandakan cuti semester sy akan tamat.  Akan meneruskan baki semester yg ada, Insyaallah. The last wedding yg sempat dan terdekat, dapat door gift biskut yg ada topping kat atas. I'm not sure what its name. Tapi sy  pasti, ramai suka makan topping of this cookies masa kecik2 dulu kan? Rasanya manis dan ada banyak warna buat kita teruja nak pilih warna. Yang pasti, tak ramai kanak-kanak sekarang dapat makan makanan yg kt pernah makan dulu. Junk food kat luar sana lebih menarik perhatian mereka. 

Things change. Masa silih berganti. Tak sangka akan bersama-sama lagi dengan framework semester yg lepas. Paksa rela untuk suka apa yg sy buat. To be truth, perlukan kekuatan untuk siapkan thesis tu. Teringat kelas Dr.N. Masuk je kelas, akan menguap. Kadang2 terfikir juga, Dr.N ni dictionary ke. Tak faham sepatah pun apa dia cakap.  Ramai budak part 1 drop that subject. Bukan part 1 je, kawan2 sekelas pun ramai yg drop. Terminology yg digunakan pun memang akan membuatkan diri sendiri rasa, belajar dalam kelas philosophy . Bila nak tunjuk framework, ya Allah, sejuk tangan dan kaki. Takut macam nak dapat injection kat nurse yg garang. 

Sebenarnya takut kena tukar framework. Sy jumpa 2 kali je untuk consultation subject. Seram u ols.. 1 tunjuk tak banyak kena ubah, tp agak down dengan motivasi yg diberi. Lahar jugak Dr. ni.. Sebab sy jarang jumpa, jarang kena lahar, sekali kena, terasa jugakk huhe. Kali kedua jumpa, tunjuk questionnaire. Dah betulkan framework semua, dia approve questionnaire. Alahmdulillah. Bila sumbit, alamak nama naik lagi, terlupa hantar draft framework. Hantar sorok2 takut kena marah. Yang ngeri skit, nak developed framework. Tak banyak framework yg tak ikut model Tam tu. Bila umi datang KL. Selalunya kami buat aktiviti santai. Tapi sy tak tidur malam developed framework tu. Umi tegur, baru tidur. Scarynya framework. 

Sebelum result keluar, tak rasa pun sy bekerja keras untuk subjek Research Methodology tu. I should worked on it harder. Kadang2 bila terdengar framework rasa nak jatuh sakit. Memang rasa nak demam lepas submit je RM tu. Tapi apa2 pun, sy dah berusaha. Bersengkang mata, dan paling penting tak putus asa. Bila tengok geng yg lain cukup tabah, dan cukup bekerja keras, secara tak langsung unsur2 keterpaksaan itu menjadi rela. Learn the lesson from the last semester.  I only have 5 month left to finish up my thesis. 





I should work hard and pray harder. Only Allah can ease the way. I should always think positive about myself.  Adapt faster. Lucky me, I'm not going to work for the faculty, next semester. The scheme had been ended. They have a new scheme, and I don't think faculty need more students this time. They have limited budget anyway. In this final year of my master, lets make it sparkle for our memory storage hehe!