BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 28, 2012

Travelog Aceh

 Day 2


Dari Banda Aceh, kami menuju ke Institusi Ar-Raniry untuk program seterusnya iaitu seminar. Perjalanan tak jauh mungkin sebab jalan tak sesak. Semua dah sedia dengan kelengkapan masing-masing. Presenter pun dah tak sabar barangkali. Kali ni gambar banyak sikit, nak upload je yang kurang kerajinan. Seminar ini berkaitan dengan kelestarian maklumat dan ilmu nusantara. Mungkin lebih menjurus ke arah menjaga dan memulihara bahan-bahan maklumat untuk kegunaan akan datang.

Pagi itu terbangun sangat awal. Alarm hp menunjukkan jam 6 pagi. Sy orang terawal mandi. Rupanya sy lupa itu adalah waktu Malaysia. Jadi sy mandi pukul 5 pagi waktu Aceh. Hoho. Kami bertiga memang selalu awal. Maklumlah bertiga dan bilik air ada satu. Nak tunggu turn tu yg lama.
 
Muka riang ria waktu pagi.

Selamat pagi Aceh~


Jalan raya yg tenang. Mereka sudah mula mencari rezeki. 

Sampai di Institusi Ar- Raniry, kami mula bantu membantu untuk kelancaran majlis. Gambaran tentang institusi ini samar-samar kerana bangunanya bukan berada di satu tempat yg sama. Seminar ini adalah dengan kerjasama Fakulti ADAB, dan rasanya ramai pelajar Malaysia yg belajar di institusi ini. Tapi tak jumpa sorang pun pelajar Malaysia. Semua warga negara tempatan. Jam 9 pagi, dewan mulai penuh.

 Agihan fail kepada para peserta.

 Sesi pendaftaran


 Presenter UiTM, K.Mas. Ayu gitu dengan aura bakal pengantin. =)

9 lecturers, 3 lagi tengah ada urusan yg berkaitan dengan seminar.








sedang sibuk cari sudut yg sesuai, terpandang mereka. SMILE~



 Dr. Zu sebagai Pengarah projek memberi ucapan








 K.Mas as the first presenter.

 Dr. Azman presenter kedua dari UiTM

Photographer sedang melepak kat belakang. 
 
 Bersama ajk dari Institusi Ar- Raniry


Lepas makan tengah hari, kami pulang ke hotel. Tiada aktiviti rasmi dan mula-mula kami bajet penat. Sebab dah landing tapi kedai-kedai sudah menyeru nama kami. Hehe. Jadi kami mula start nak shopping. Naik labi-labi. Agak hot kat dalam. Terasa sangat adventure. Selalu datang dengan family, tak pernah naik labi-labi ni. Jadi excited sikit la.





Tapi hari pertama, sy dan Farah tak shopping lagi. Kami survey. Sampai je depan kedai, peniaga dah mula menggoda duit kami. Ada yg cakap melayu, tapi fashion di Aceh lagi ok berbanding Medan. Habis tawaf kedai, kami ke Masjid Raya Baiturrahman. Disebabkan kami tak shopping, jadi kami ada banyak masa nak photoshoot kat sini. Seronok!





Kami ingat kan kanak-kanak di sini belajar mengaji sahaja, rupanya ada yg sedang belajar bahasa Inggeris. Aktiviti mengimarahkan masjid ini membuatkan masjid tak sunyi malah ramai ibu bapa bawa anak-anak bersiar-siar di sini. 
 

Suasana Aceh pasca tsunami


Bila masuk dalam masjid ini, rasa sangat tenang. Mereka beruntung di dedahkan dengan aktiviti keagamaan untuk kesenangan akan datang berbanding anak-anak yg sibuk nak jadi bintang suara. Moga Allah kuatkan semangat para pendidik anak-anak ini dan semoga usaha itu tak akan sia-sia di kemudian hari untuk membangunkan Aceh yg dulunya terkenal dengan aktiviti keilmuan dan keagamaan.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Monday, February 27, 2012

Travelog Aceh

Day 1


Travelog ini mungkin gayanya macam baca buku sejarah tingakatan 1. Sy cuba untuk tidak mendodoikan orang yg membaca post ini hehe. Sebenarnya program di Aceh banyak mengajar tentang kehidupan. Kehidupan yg sementara dan juga peringatan buat kita yg masih bernyawa untuk tidak mensia-siakan usia yg berbaki. Terasa sangat beruntung kerana dapat menjadi orang yg 'terpilih' ke Aceh serta dapat membantu sedikit sebanyak sambil belajar prihal menghargai. Dulu dapat lihat mamat indo yg struggle di negara kita. Tapi di Aceh, obstacle bukan penghalang untuk tetap menghargai segala nikmat tuhan.


Bila sebut tsunami, persepsinya pasti berbeza. Ada pendapat ia adalah kejadian alam, bala tuhan dan sebagainya. 7 tahun selepas tsunami, Aceh pesat membangun. Program UiTM kali sangat bermakna dan moga ia memberi kesan positif terhadap pembangunan ilmu di Aceh dan juga kami warga UiTM.






Hari pertama di Aceh dah cukup membuatkan sy teruja. Lapangan terbang sebelah jelapang padi. Cantik. Tambahan anak muda duk melepak di jambatan berdekatan lapangan. Pergh, kalau kita dah kena halau dengan pak guard. Tiba-tiba je teringat cerita laskar pelangi. Suasana Aceh tak ubah seperti zaman era 80an. Tapi airport dia canggih sikit. Bila sampai bab check passport, barisan penduduk tempatan lagi panjang dari barisan kami. Ramai orang Aceh datang Malaysia.

Keluar saja dari pintu airport, terasa macam vvvvip. Padahal diorang driver teksi je yang mencari penumpang. Mesra betul orang Aceh. Sy teruja sangat-sangat melihat pemandangan yang banyak gunung-ganang. Jalan raya tak macet pun, tak seperti di Medan. Driver bus pun tak banyak guna hon. Ternampak papan tanda yg menjadi trademark Aceh. 'Damai itu indah'. Dulu pernah berlaku pertumpahan darah atau perang saudara di Aceh. Dan mungkin mereka lebih inginkan suasana aman seperti sekarang. Merata-rata papan tanda ini boleh dilihat di Banda Aceh.





Menjamu selera nasi padang. Tak seenak masakan nasi padang di Medan. Tapi bedal sajalah. Makanan di Aceh agak mahal. Mahal sedikit dari harga selalu spend. Tapi disebabkan kami semua jutawan. Tak terasa sangat.

Bus dosen.


Hotel kami di Banda Aceh, berdekatan masjid raya Baitul Rahman. Hotel Rasamala. Kami pulak sebut 'rasamalas'. Sy pun dah tinggalkan rasa malas sy kat situ. Hehe. Cuaca agak panas dan berdebu. Hari pertama dah start batuk-batuk. Hari pertama kami disini, kami perlu siapkan segala kelengkapan seminar termasuk fail, pen dan sebagainya.  






Bilik hotel not bad. Kami dapat bilik yg luas sebab kami bertiga. Aircond di bilik saja yg buat kami 'hot'. Program kali ini dihadiri oleh 9 orang pensyarah dan 11 orang pelajar sarjana. Dapat berkenalan dengan senior-senior yg best~



  muka bersemangat nak jalan-jalan.





Pasca tsunami Aceh bukan sahaja dapat dilihat daripada pembangunan fizikal malah turut dilihat pembangunan kearah kerohanian. Kita sering rasa bangga dengan kebersihan masjid-masjid tetapi jarang kita lihat masjid yg diguna pakai sepenuhnya untuk segala aktiviti harian. Di Aceh, mereka mengimarahkan masjid jauh lebih banyak dengan aktiviti ilmu malah dapat dilihat keluarga datang bersantai di perkarangan masjid. 


Teringat papan tanda menggalakkan belia untuk khawin di usia muda. Hihi. Kat malaysia tak ada lagi kot. Cuma yg tak berapa seronoknya, buka saja tv waktu pagi mesti ada concert. Dan cerita yg best jadi tak best sebab telah dialihkan suara. 

Bersambung..

Sunday, February 26, 2012

Sila lebih rajin

semoga semester depan kami lebih matang ehehe.



Rasa bahagia kerana mampu menghirup udara segar di tanah tercinta. Semalam perjalanan pulang merempuh awan-awan gemuk. Pening kepala mungkin tak cukup tidur. Asyik berborak prihal Aceh pada mak cik. Trevelog Aceh akan diceritakan kemudian kerana memerlukan kekuatan fizikal dan keinginan untuk menulis yg tinggi. Tapi sy sempat melihat pelangi di atas awan tinggi. Subhanallah cantik.

Tapi sekarang ini terasa sangat gembira. Kerana halangan dan rintangan dahulu berjaya ditempuhi. Orang lain berperang dengan tidak cukup kelengkapan untuk belajar. Tapi Alhamdulillah sy juga tidak terkecuali untuk merasa gembira atas usaha yg terdahulu. Semester kali ini terasa bagaikan banyak menerima pelbagai 'hadiah', banyak urusan dipermudahkan dan dijauhkan dari segala kesusahan.

Sebelum sambung sarjana, sememangnya berbeku kemalasan di hati. Tapi tetap diteruskan. Bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian. Percaya akan itu. Bila sambung master, sy agak ketinggalan berbanding yg lain dalam menyiapkan assignment malah dalam segala hal. Tapi sy tetap paksa diri sendiri siapkan semua assignment yang berlambak. Kadang-kadang sy rasa usaha sy tak setimpal apa yg sy dapat. Sy rasa sy sangat pemalas dan tak layak medapat result sedemikian.

Jujur sy katakan, sarjana memerlukan effort yg tinggi. Walaupun sy single tak ada suami dan anak-anak tapi malas sy dah macam orang berkeluarga. Nasib baik ada kawan-kawan yg rajin yg membuatkan sy rasa tercabar. Ada mulut-mulut lahar dalam rumah yg sering buat telinga terasa panas dan juga flash back wajah-wajah yg bekerja keras untuk anak-anak mereka. Sy kuatkan semangat stay up jadi manager bank buat strategic planning management untuk presentation keesokkannya walaupun sy bukan budak business school. Sy kehulur kehilir dengan laptop yg beratnya terasa macam pikul anak gajah semata-mata nak cari bahan maklumat. Redo assignment sampai tak tidur malam dan sebagainya. Dan bila result nak keluar, rasa menyampah tengok mereka duk bilang hari.

Sy bajet bila sy di Aceh tak dapat check result dan tak akan menganggu keseronokkan sy di Aceh, tapi lobby hotel ada wifi. Kawan-kawan yg lain dah check result, automatiknya sy pun nak tahu juga walaupun mulut ini bising tak nak ambil kisah tentang itu. Sekali terpana. Tak percaya. Alhamdulillah, mungkin semester baru minggu depan sy akan terus rajin. Insyaallah.


Sy nak result di dunia balance dengan result di akhirat nanti. CGPA ibadah sy harus dekan juga. Kadang-kadang tergoda juga dengan dunia, tapi harap dapat bangkit dan berusaha untuk kearah kejayaan yg kekal nanti. Insyaallah.

Friday, February 17, 2012

j u j u r




Jam hilang. Beg bunga-bunga pun hilang. Puas dah mencari . Sy tahu sy simpan tempat lain. Tapi tak dapat dikesan. Ini hadiah dari abah. Cuai. Dah berminggu-minggu tak ada jam. Tak dapat nak budget masa. Meeting pukul 11.30 sy sampai 11.36 minit. Bersiap sepantas kilat bila tengok jam dah pukul 11.23. Nak berjalan ke fakulti lagi, Sampai bilik meeting 11.36 , lewat 6 minit.



Meeting tadi punya la meriah. Meeting terakhir sebelum bertolak ke Aceh. Rezeki kami jacket telah di sponser. Jimat-jimat. Duit pun tak perlu ditukar lagi. Umi dan abah dah bagi duit balance mereka lepas balik medan. Cukuplah belanja sy seorang hehe. Jutawanrupiah. Seronok meeting dengan lecturers. Kadang-kadang rasa macam dalam pasar tengah tawar harga kain. Harap program ini berjalan lancar. Harap sy sihat sejahtera kat sana. 



Aura nak balik semakin menebal. Aura menyampah pun ada bila segelintir sedang mengira hari result nak keluar.  Dah hampir lupa perihal itu. PA sy yg selalu tolong check kan bila  tak boleh online. Bab-bab result ni, selalu akan tumpang semangat abah. Dan back pain dah kembali.





Semalam hati terpaut pada ini:



Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda :

Maksudnya : "Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah akan mengujinya".

Hadis Riwayat al-Bukhari




Kesusahan pun satu ujian dan kesenangan pun satu ujian. Dulu pernah berperang dengan satu dilema. Tapi kuatkan semangat. Mungkin ada silap  yg terlepas pandang. Tapi berjaya lupakan hal itu. Sy percaya, masing-masing masih panjang lagi perjalanan arah tujuan. Teruskan hidup baru. Banyak benda yg perlu sy perbaiki diri dan banyak benda perlu dibuat untuk mendapat hidup yg  seboleh-bolehnya Allah Redha. Dan setelah sekian lama sy enggan berpaling lagi. Sy pernah laluinya dulu. Dan inilah jalan yg patut sy buat.  Mungkin kalau tak lalui cabaran itu tempoh hari, hari ini mungkin tak dapat hidup berdikari. Dan tidak akan tahu potensi diri sendiri.

Things would be better like this. Kadang-kadang kita tak boleh jadi seperti dulu. Ada baiknya kita begini. Jangan risau. Hiduplah dengan aman damai.






Dan ini untuk ingatkan diri sendiri sebagai pedoman.

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Tanda orang munafik ada tiga; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia menyalahi janji dan apabila dipercayai ia berkhianat."

Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasa'i dari Anas



Kadang-kadang bila nak selamatkan diri sendiri  berdusta. Kadang-kadang untuk kepentingan diri sendiri kita taburkan janji tapi bila nak laksanakan, kita lari. Dan bila diberi amanah, kita khianati



*tiba-tiba teringat anak dara pak cik Bongkasa yg memaksa sy berjanji untuk belikan bb sempena hadiah perkahwinan. Literal dan konsepnya bukan asal sy yg berjanji. Hihi




Teringat peristiwa kena saman oleh pihak kolej kerana tidak membayar penggunaan barangan elektrik. Maksudnya sy tak bayar RM10 ringgit bagi setiap pengunaan peralatan elektrik termasuk laptop, iron, charger dan segala macam barang elektrik. Waktu tu kami sibuk dengan research ke hulur ke hilir. Tiba2 dapat surat saman. Lamanya ketiadaan kami di kolej sampai datang surat cinta dari pihak kolej. Bila kena saman mula la menggelabah. Satu bilik kena saman. Maka turunlah sy dan housemate ke pejabat kolej. Jumlah saman mestilah mahal. Satu bilik penghuninya 4 orang, barang elektrik untuk 4 orang dah berapa dah. Tak termasuk saman.



Sampai pejabat kolej, suasana macam kecoh . Macam nak announce kami muka yg kena saman ni je. Padahal inilah kali pertama kena saman.  Mungkin dia pernah berhadapan dengan student yg licik dan banyak ragam kot. 



Terpaksa mengadap pengetua kolej. Jadi kami cerita perkara sebenar.  Bila mereka nak check jumlah barang, rupanya jumlah barang sebenar kurang dari apa yg dicatat. Barang eletrik ada 6 tapi hanya tercatat 4. Jadi kami sejujurnya membetulkan kesilapan. Akak cantik yg macam tak nak bagi muka tadi pun tiba-tiba lembut hati. Selalunya apa yg kita suka ialah lagi banyak barang elektrik, lagi kurang jumlah kena bayar lagi bagus. 


Tapi berlaku jujur itu tidak pernah akan menjadi perbuatan sia-sia. Maka pengetua kolej bagi diskaun saman kami. RM5 saja untuk saman berbanding harga sebenar. Hihi. 

Sampai sekarang teringat lagi sesi mendiskaunkan saman kami tu. Ketawa besar pengetua kolej. ^^





Tak rugi pun kalau berlaku jujur walau sekecil-kecil perbuatan berbanding berdusta.










Wednesday, February 8, 2012

Saudara Serumpun


Masih rindu dengan keindahan Danau Toba. Masih ingin melewati Pulau Samosin. Ketagih keenakkan nasi Padang! Alhamdulillah dengan peluang yg diberi. Bila sebut negara jiran, pasti ramai akan terbayang baju-baju, kain, dan sebagainya. Tak dinafikan niat itu pun ada, tapi itu bukan keutamaan. Sebelum berangkat, sy dah memang sering sebut-sebut nak pergi Danau Toba. Bila Danau Toba di depan mata. Tak terkata. Indah. 


Di kota Medan, gambaran bandarnya ibarat Kota Bharu zaman 60an. Jalan macet, penguna kenderaan plak ada yg ikut peraturan jalan raya dan ada yg tak. Jalan sempit penuh motor. Berbeza dengan Malaysia, jalan luas tapi banyak kemalangan. Kat sana jalan sempit tapi jarang berlaku kemalangan. 1st expression masyarakat disana pada kami rakyat Malaysia, ada sebilangan antara meraka yg mesra dan ada yg tidak. Tengok cara berpakaian pun mungkin mereka dan dapat teka. Hon kereta dah jadi music. 

Kalau dah saudara serumpun, adat budaya memang tak jauh beza. Dengan adanya agama, barulah kepercayaan kuno itu ditinggalkan. Kalau tak, orang Batak masih menyembelih orang dalam upacaranya. 


Walaupun kehidupan mereka tak semewah di Malaysia, rakyat mereka masih dapat berbudi antara satu sama lain. Dr. Aspa ada klinik dirumahnya. Dia mengenakan perkhidmatan yg murah, jadi ramai orang datang ke klinik itu. 20 ribu rupiah saja yg pesakit kena bayar bila pergi ke klinik Dr.Aspa bersamaan Rm8. Imbalan lainnya mungkin diperoleh di Akhirat.


Tapi yg salute pada pemerintah Indonesia, Gabenor Medan pun dipenjara kerana Rasuah. Kita pun apa kurangnya kan. Bekas menteri besar pun dalam penjara tak gitu?? Kat sana demonstrasi jalanan bukan jenayah, sewaktu kami disana, ada satu demonstrasi jalanan diadakan, tak ada kekerasan penguasa dikenakan keatas mereka.  


“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan:200)



Kalau cerita tentang trip ni, memang panjang. Tapi masih ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Dr. Aspa sekeluarga kerana banyak membantu dan meraikan kami dengan serba serbi telah disediakan termasuk pengangkutan dan penginapan. Moga dimurahkan rezeki kalian semua dengan rahmat Ilahi. =))


Selamat pengantin baru Dr.Eko dan Dr. Wina. Semoga Allah memberkati dan memberi limpahan nikmat kepada keluarga baru ini.

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)