BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 29, 2011

Path



Disebabkan kesuntukkan masa. Sy beli banyak bahan-bahan untuk masak spaghetti . Supaya nanti, bila isi rumah ni lapar sangat tapi banyak kerja nak siapkan, boleh masak pasta yang senang nak buat. Walaupun pasta ni cepat kenyang dan tapi cepat pula laparnya. Hehe. Bila lihat diorang makan spaghetti tu, rasa puas hati. Habis pun. Walaupun aku dah naik muak.

Kelas tadi pun buat dalam bilik meeting dalam HEA tadi. Haha. Kata lecturer , thank you for having a challenging semester with me. Challenging? Teeeeettt. Lecturer sy ni pernah ajar waktu sy undergraduate. Jadi sy memang dah tahu, kelas dia tak akan habis until keesokkan harinya tu tarikh final exam paper subjek yang dia ajar. Memang tak hairan pun. Nasib baik postgraduate tak ada final exam. Heaven la seminit.

3 hari lagi nak masuk tahun baru. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Apa yang sy dah buat untuk memanfaatkan usia muda ni? Teringat satu peristiwa, sy dalam bus. Depan sy ada seorang mak cik cina. Dah berusia. Terpandang tangan dia. Berkedut seribu. Pandang tangan sy. Kulit muda. Sy pandang lagi mak cik tu. Dia pernah muda seperti sy  Kalau sy berada disituasi dia. Apa agaknya yang dah sy buat? apa agaknya dah sy lalui? dan kalau sy tak sempat meniti hari tua macam mana? Hish. Rasa tak mampu nak hidup kalau tak ada bimbingan dari Ilahi.

Sekarang dah bakal meniti usia ke 24 tahun. Dah besar panjang. Dah bukan remaja. Dah dewasa. Dah boleh buat keputusan sendiri. Perlu banyak bersyukur dengan nikmat hidup. Sekurang-kurangnya sy sangat bernasib baik dari yang lain. Tapi walau siapa pun kita, kita tak mampu nak uruskan hidup kita sendiri. 


Bila dateline dah dekat. Assignment berlambak. Mula la nak demam, gastric, stress. Pastu barang dah start bersepah. Sebab kita makhluk yang lemah. Tu baru hidup sendiri. Kalau kena uruskan hidup orang lain. Tanpa bantuan Allah, pasti gelap masa depan orang lain.

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini - "Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”



*kadangkala rasa gembira jika orang yang bersedih tapi digembirakan dengan semangat orang lain. Hati yang ikhlas tetap akan terkesan pada orang lain tanpa mereka sedar. Insyaallah, moga ini yang terbaik.

Wednesday, December 28, 2011

Biarkan

Sy pernah post benda ni dalam blog  yang dulu… Kadangkala, ada sebab yang kita perlu akur, thing wont get to be the same as before. People change, feeling change and everything had change. For your own good sake. Let everything go. Sometimes there are reasons why these happens.  And sometimes there are no reason to tell you why these happen. Start from this post, penggunaan sy akan menggantikan aku.. gituwww 


For them…
Friends…
And for my childhood past…

Perlawanan dan permainan ini belum tamat. 
Kad merah dari aku…
untuk kamu keluar padang.


Be happy...
Sometimes other people can make you laugh,
 make you happy,
and make you smile...
And sometimes they can even make you cry,
make you sad,
and make you feel bad...
But you should know...
It’s really hard to love the person that you really love...
No matter what, don’t regret of what had happen to you...
Sometimes the past give you a lesson to be better in the future...
Just be strong,
be yourself,
and don’t ever give up...

Then you’ll be happy...

Life is short to be upset...
Coz you don’t know how long you’ll be living...

If there will be tomorrow...
You may wait for tomorrow...

But if there are no tomorrow...
You cannot turn to the past...

Coz there will be no past...
It just memories that lies in your heart...
Love everyone around you...
I’ll be happy if you are happy...
I’ll be smiling when you’re smiling...
Coz I believe they will make you happy...
Coz I can’t be there to make you happy...

You’ll be fine without me...
Just be happy...
Promise me that...
Promise me that you’ll be happy...
Then I’ll be smile for arrest of my life...


buku lama jangan diusik. Biarkan. Biarkan ia tertutup rapat. Yang penting buku baru. Bagaimana ia akan terisi dan diisi. Tanpa buku lama, tak ada buku baru. Sy gembira begini.

Tuesday, December 27, 2011

Impian





Sedang kumpul duit. Sikit-sikit lama-lama boleh pergi umrah. Hee. Disebabkan aku dah ada gaji. Walaupun tak sebanyak teman yang bekerja, tapi sekurang-kurangnya aku ada duit simpanan. Angan-angan aku untuk gaji yang dikumpul ni bukan nak beli another dslr yang canggih manggih, atau mana-mana gadget lain atau mana-mana perhiasan lain.

Aku bercita-cita nak pergi umrah dengan duit sendiri. Huhu. Tetiba sebak. Rindunya. Walaupun aku rasa tak sempat nak pergi umrah musim sejuk ni. Teringat wajah-wajah mereka yang mengerjakan haji dan umrah. Wajah mereka yang berdoa, wajah sedih keinsafan. Aku ingin seperti baru dilahirkan. Seperti bayi yang tiada dosa.

Kalau aku sememangnya ditakdirkan menjadi tetamu Dia buat kali kedua, siapa pun tak dapat menghalang. Walaupun aku boros. Terutama bab makan hee, walaupun berat aku tak naik-naik. Hee. Nak jadi tetamu Allah jugak

Love yourself

a gift from bff. Remain with me

Dah siap assignment kedua last. Seronok berjimba dengan keluarga di Kelantan sampai lupa yang aku ada assignments yang tak siap lagi tambahan dengan test tahun baru. Sebabkan seronok sangat, aku pun dah lupa hari ni dah masuk berapa haribulan.

Dah nak masuk tahun baru kan. Rasa berdebar. Tanggungjawab makin besar. Umur makin singkat. Satu persatu orang disekeliling mendirikan rumah tangga. Dan satu persatu orang disekeliling dipanggil 'pulang'. Amalan bagaimana? cukupkah sukatan untuk dijadikan pemberat di akhirat? *Sigh*

Nak lawan nafsu, sangatlah mencabar. Hidup di dunia inilah cabarannya. Kita hanyalah berusaha bersungguh-sungguh. Yang menentukan bukan kita, serahkan pada Ilahi.

Teringat nasihat dan cerita umi.

Ada sebuah keluarga, ibu bapanya mendidik anak-anak mereka untuk membuat kebaikan dari sekecil-kecil perbuatan supaya ia dijadikan amalan. Yang penting istiqamah. Jadi anak-anak yang masih kecil ini lukislah atas kertas untuk sampaikan massage yang baik. Maklumlah kanak-kanak, apa je yang dia tahu masa umur macam ni. Jadi kanak-kanak ini buat satu edaran dengan lukisan, penuh dengan warna warni. Lalu dicetak untuk diedar ke kawasan perumahan yang berdekatan.

Kanak-kanak ini keluar rumah untuk edarkan hasil lukisan tu, lalu diketuk pintu rumah jirannya. Apabila jirannya membuka pintu, mereka nampak ada seorang anak kecil menghulurkan kertas. Lalu kanak-kanak itu mengedarkan kertas itu ke beberapa rumah. Sampai di satu rumah, apabila kanak-kanak itu mengetuk pintu, tiada jawapan. Lalu dia pergi kerumah sebelah dan akan datang semula nanti.

Dalam rumah yang diketuk tapi tiada jawapan itu, ada seorang wanita yang putus asa dengan kehidupannya. Dia nak gantung dirinya kerana dia rasa mungkin itu jalan yang terbaik. Sedang dia nak gantungkan diri, dia terdengar ada orang ketuk pintu rumahnya. Lalu dia pergi melihat siapa yang ketuk pintu rumah tu tadi, bila dia buka, tak ada sesiapa didepan rumah, lalu dia pun cuba lagi untuk bunuh diri. Tapi kali kedua dia dengar ada orang ketuk pintu, dan bila dia buka ada budak perempuan bagi kertas. Dia ambik kertas itu, kertas itu bertulis

Allah love you, so love yourself


Menitis air mata wanita tersebut walaupun dia bukan penganut agama Islam. Keesokkan harinya, wanita itu pergi kerumah budak perempuan tersebut. Kebetulan wanita itu pergi pada hari ayah kanak-kanak kecil itu mengadakan perjumpaan dengan muallaf lain. Perempuan itu berkata

where is the little angle, she save my life twice.

................

*Abaikan bahasa yang kelakar itu


Nampak tak, kadangkala perbuatan baik walaupun bagi kita kecil nilainya tapi besar pada orang lain. Sesetengah dari kita remehkan benda yang kecil-kecil begini sedangkan kesannya sangat besar. Terbaca tentang pemuda bervisikan akhirat. Yang bercerita tentang kepentingan dakwah. Kalau sebut pasal dakwah. Rasa nak cermin diri sendiri dulu. Ilmu pun tak banyak, akidah pun kena banyak review, ibadah pun kena banyak belajar. Terasa diri ini serba kekurangan, macam mana nak ingatkan dan nak berdakwah pada yang lain.

Steps by steps. Mungkin aku patut mulakan pada sekecil-kecil perbuatan. Perbuatan harian. Walaupun banyak kekangan masa, diri sendiri, persekitaran, at least kena ada usaha untuk mecari jalan pulang. At least ada usaha untuk perbaiki diri, dan at least aku inginkan yang terbaik untuk hidup yang singkat ini.  Dan aku tak boleh berdiri tanpa bantuan orang lain. Tanpa dakwah orang lain.

Kalau boleh aku pun nak beri gambaran pada teman di sekeliling tentang apa yang aku rasa. Aku juga ingin kalian tahu, dengan mencari jalan menuju Ilahi sangat indah. Aku tahu nak mecari jalan itu payah. Susah kerana nafsu kita berpaut pada keduniaan. Tetapi bila kita dalam dilema. Rasa nak berubah tapi masih ada keinginan kearah keduniaan yang akhirnya tiada manfaat. Kita tahu apa yang sepatutnya kita buat, tapi kita tak tahu kenapa kita tak buat lagi. Kita nak berubah, 5 minit kemudian kita balik asal. Tapi once bila kita dah decide nak berubah, segerakan. Jangan lengahkan. Masa terus berdetik tak tunggu kita.

Aku berubah. Harap lebih baik dari dulu. Bukan paksaan, bukan arahan. Atas kerelaan hati. Atas kesedaran diri. To be truth, lepas balik umrah, aku agak terasa bila ada orang bercerita.

Nur dah balik umrah

Macam mana dia pakai, dah berjubah ke?

emm tak lah, macam biasa la.

Tapi aku tak berjubah, masih seperti asal. Rasa down. Waktu itu, aku sedang mencari identiti diri sendiri. Aku hamba Allah, tapi tak ikut landasannya. Sekejap ikut, sekejap lalai. Tapi dalam hati aku, aku bertekad. Aku mesti berubah menjadi lebih baik dari segala sudut. Susah!! aku tahu, tapi janganlah give up.

Setiap kali aku shopping, aku terdetik dalam hati, moga pakaian ini tak bawa aku ke neraka. Aku start sedekah baju kat orang. Nak buang macam membazir, jadi aku bagi pada budak-budak, anak yatim. Aku niat dalam hati, moga Allah gantikan pakaian yang lebih baik untuk aku. Percaya atau tidak, semua baju yang fancy pernah aku miliki, semuanya dah selamat disedekahkan. Cuma ada 3 helai lagi yang aku sayang sangat. Tak plan nak pakai, nak simpan biar jadi emas. Hish.

Mungkin tekad dan azam itu penting untuk seseorang itu berubah. Kalau nak berubah, berubah. Betulkan niat. Nak berubah kerana Allah. Pastinya ada jalan untuk kita. Ingat, kita yang kawal diri sendiri. Kita boleh berubah jadi lebih baik. Sebab akal kita yang mengawal perbuatan kita. Tapi semua ni dikawal sistem yang satu iaitu Allah.

Lepas balik umrah, aku tak berubah terus, tapi masih kekal di takuk lama or mungkin even worse. Tapi aku sering rasa sedih. Sedih sebab diri sendiri yang terus tenggelam. Tapi umi kata, perubahan mungkin tak akan berlaku sepantas kilat. Ada sesetengah keadaan mengambil masa untuk berubah. Mungkin doa orang disekeliling aku menyebabkan aku rasa terpanggil untuk ubah diri sendiri. Tapi setakat berubah pakaian mungkin tak mencukupi, banyak lagi benda yang harus aku ubah. Dan hanya diri kita sahaja yang tahu apa yang patut diubah. Moga kita akan terus diberi petunjuk.




Jom. Jangan sia-siakan masa muda kita! Kita mulakan dengan baik pulih diri sendiri. Moga kita tergolong dalam golongan orang beriman.

Tuesday, December 20, 2011

Lumba


Dalam keadaan sekarang, pasti semua orang tengah berperang dengan assignment masing-masing. Bil elektrik rumah sewa ni pun dah melambung. Rm120. uuuuu~ Tak pernah plak bil melambung setinggi tu. Ini mesti disebabkan penggunaan elektrik yang tinggi. Isi rumah ni, pukul 6 tak tidur lagi. Laptop, 8 buah on dari pagi mungkin dah masuk 2,3 hari tak off. Hee *assumption je xp*

Semua orang dah tension, kelam kabut. Dalam suasana ini, akhirnya aku kalah juga bila air mata tumpah dengan lajunya. Teringat kata kak Jiehah.


"selalu tariknafas....ingat tujuan..jgn give up..nangis sekali sekala ok..tapi jgn lemah semangat...buat secara sistematik...masa yg ada jgn di sia2kan..apa sahaja bahan bacaan yg di baca..cari point yg relate dan cuba apply dalam asmgt tue..kalau tak sempat baca buku..selalu google..insyaallah akak percayalah awak boleh."



Walaupun tengah sibuk siapkan assignment Prof. Datang lagi dugaan lain. Esok tu ada test. Lepas test ada kelas ganti sampai pukul 8malam, dan semua ni pada hari Sabtu. Malam tu, rasa risau menggunung. Teringat nak balik rumah. Then landing atas tilam. Untuk study test esok.  Then Alin tegur.


K.nur sakit mata ke?

Haah *kaver*



Tak perasan mata dah bengkak. Hehe. Then tidur dengan lena dengan study ala kadar. Esok, test pukul 2.30 petang. Dina sampai dari Melaka around 12tengah hari. Pukul 12 tak sampai lagi. 12.40 baru sampai. Terpaksa ambik teksi sebab kawan aku ada hal lain. Naik je teksi.




Pak cik, saya ada test pukul 2.30. Boleh sampai on time atau awal tak?



Pak cik tu angguk je. Dalam teksi aku tenung je Dina. Lega dapat ambik dia on time. Kesian plak kalau dia kena tunggu lepas aku habis test. Mula rasa siptom nak demam. Badan rasa panas, sakit kepala, berpeluh macam orang demam, tapi badan aktif, tak lemah gemalai. Teksi tu plak teksi lama, aku rasa macam nak tercabut je pintu tu. Tapi memang laju . Hehehe.

Aku sampai rumah sejam awal. Tinggal Dina kat rumah dan pergi ambik test. Buat revision 15 minit sebelum masuk dewan. Bila tengok soalan, mak ai. Sebab tu aku tak suka test, ada je aku tak ready nak jawab test. Test tu aku jawab saja. Pasrah.


Lepas test, solat, attend another class. Memang berangan je la. Otak penat. Huee. Prof tambah lagi 2 assignment. Wah terbaik. Tinggal satu je lagi group assignemnt yang tak siap. Hari ahad pulak, aku and the geng buat assignment kat rumah Ryna dan bermalam di sana. Dina pun ikut. Tak kan nak tinggal. Kami bersengkang mata. Pukul 12.40 tidur. Hehe.Tak ada la bersengkang mata sangat sebab dari siang kami sibuk siapkan group assignment tu. Dan petang tadi dah tunjuk dah draft tu. Alhamdulillah, kami berada dijalan yang benar. Kena buat huraian sikit je lagi.



Inilah tugas berat mahasiswa. Kalau tugas ini kita tak dapat harungi, bagaimana keadaan alam pekerjaan nanti. Ramai orang bekerja rindukan zaman belajar. Boleh main game, boleh photoshoot dengan kawan-kawan. Tak ada balik malam, tersangkut dalam jam lepas kerja ke. Still bahagian lagi kan? Alhamdulillah. Waktu ni, aku tak boleh berlagak macam budak  baru lepas SPM. Time kami buat kerja, dia lena atas katil tak bangun. Malamnya berdengkur. Hish. Selesa betul dia tidur rumah Ryna hehe.Lagipun Dr.Aliza sealu ingatkan kami


awak bukan UNDERGRADUATE lagi tau. Act like postgraduate student.


Pastinya effort, tugasan kami postgraduate jauh berbeza dengan zaman undergraduate tu. Tapi jangan lupa, aku juga pernah berada dalam alam undergraduate. Tapi aku lepas je halangan tu. Pastinya yang lain mampu. Barangkali lebih dari mampu . Aku cabar diri sendiri, berlumba-lumba dengan c4. c4 pernah kata

C4 nak berlumba dan lintas K.mil.

Cubalah.

C4 naik kereta dan langgar k.mil



........


Heh, tapi kali ni kami berlumba dengan cara lain. Siapa yang tahan diuji assignment yang bertimbun-timbun, tapi dia masih ada masih dan mungkin menambahkan effort untuk mendekati tuhan, dia menang. Ini perlumbaan jangka masa pendek. Jangka masa panjangnya, aku kena tunggu dia langgar aku.


“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh, benar-benar Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah al-Ankabut, ayat 69)


Esok last presentation grouping. 2 malam je sempat untuk kami siapkan assignment yang luar biasa ni. Rasa macam student business school dah. Lepas tu kami separa bebas. Sebab ada dua individual assignment yang baru ditambah + 1 test penanda berakhirnya kelas prof.Shariff. Lepas tu baru kita create the next agenda.





Don't ever give up.

Stay strong.

Monday, December 12, 2011

Sardine



Sardine weekend. Pergh. Just got home from Kepong. What a tiring day. But I've enjoy it. Setiap kali weekend, aku memang memanfaatkan cuti. Tapi dua minggu ni, agak banyak assignment yang perlu diselesaikan. Jadi aku terpaksa curi masa. Visit abah. =). Lega dapat tengok abah sihat walaupun rasa gerun denga jahitan tu. Seronoknya hospital tu, tak ramai orang, tak ada budak berlari sana sini, tak bising, tenang je. Insyaallah esok abah discharge! Alhamdulillah. Syukur semua berjalan lancar.



 Tak ada orang lalu lalang macam hospital yang lain hehe



Peneman abah yang tak sabar nak balik. Bosan sangat. Aku pernah rasa keadaan tu hehe .


Petang tu aku bergerak balik Sha aramu, malam tu ada research. Mesti ada orang pelik, buat research malam-malam. Manager maybank merangkap saudara Ryna ajak buat research kat rumah dia memandangkan dia pun tak sempat nak melayan kami di hari weekday. Meriah betul rumah en. manager malam tu. Kanak-kanak penuh rumah hehe. Yang kreatif, en.manager memang detail dan cakap laju. Dah macam lecturer dah kot. Memang sharing is caring betul lah. Tabik spring. Mana nak jumpa en.manager macam tu. =))

Yang drama, mak cik aku nak datang ambik aku sebab esok aku kena jadi baby sitter. Aku janji pukul 10 mlm la, Bajet siap dalam sejam je research tu. Tapi disebabkan detailnya en.manager. Dah terlajak pukul 12. Aku dah sepak2 cuit2 kaki Ryna and Anny . Bagi signal. Kesian mak cik aku. 2 jam tunggu. Arra dah meragam dah. Arra memang susah sikit nak tidur. Sampai rumah je, terus aku naik kereta c.mira. Huuuee.. Rasa bersalah sangat. Cik gegeh dah tak sebut dah 'gegeh' dia. Selalu dia sebut gegeh sambil jerit-jerit. Dia bangun awal pagi tadi. Dan mula lah sesi sepahkan rumah. Dia dah boleh jalan dah.


Selamba dia panggil aku ayah. Kunfius identiti mek arra ni hehe. 'Ayah..' sambil pegang kaki aku mintak dukung. Hakim pun dia panggil ayah. Hehe. Aku masak, hakim sibuk buli arra. Arra plak patuh je. Selalu time aku masak, ammar akan susuh semua sudu, senduk atas lantai. Memang bersepah, tapi dia dah besar kot. Duk main basikal dia je.


Cik gegeh dan tak sebut dah gegeh tu. Dia nak sesuatu, dia cakap shuuuuuuhhhhh sambil jari tunding apa yang dia nak. =.=! Bayi memang luar biasa bahasa isyaratnya.


 Main atas katil. Waktu ni dia tengah makan kek atas katil. Habis debu kek jatuh atas katil. Pagi-pagi lagi dia dah suruh aku sapu rumah. =p


 Dah pandai bukak tv. Macam tau-tau je upin ipin tengah bersiaran.


Best jaga arra. 3 kali tidur. Petang tadi paling lama dia tidur. Sampai kan aku pun terlena sekali.


Sayang cik arra ni. Moga jadi anak solehah ibu dan ayah ye. Esok lusa aku datang dia boleh berlari, bercakap dan segalanya. Hehe

Thursday, December 8, 2011

Bercelaru



Kelas Dr. Aliza tadi, kami belajar mostly tentang information dan knowledge.Memang tu pun subjeknya. Bila difikirkan betul-betul, kami sebenarnya mendalami the value of information, management of information dan knowledge. Kesedaran Malaysia dalam aspek itu berbanding kesedaran negara maju yang lain sangat berbeza. Macam langit dan bumi. Persoalan timbul di kepala. Jepun adalah 10 tahun negara maju dari negara kita. Jepun memang terkenal dengan kecanggihan teknologi. Tetapi jepun tak ambik peduli sangat kepentingan pengurusan maklumat. Mungkin baru diambil peduli recently.  Namun Jepun punya cara tersendiri dalam memajukan negara dia. Tapi compare dengan Malaysia yang dikatakan ambik peduli 50% maklumat, kenapa kita 10 tahun jauh kebelakang?

Jepun banyak melaksanakan RnD. Bila RnD giat dilaksanakan, secara tak langsung information itu sentiasa bertambah, disebarkan dan diuruskan. Malaysia jauh kebelakang dalam RnD. Sejarah sendiri pun berdasarkan research orang lain. *sebut pasal Malaysia tanah tumpahnya darahku, aku tak boleh terima Malaysia nak muflis. Say no to coruption! and nuklear!*

Jepun lepas tsunami, giat membangun. Selepas peristiwa Hiroshima dan Nagasaki pun Jepun tak ambik masa lama untuk bangunkan negara mereka.  Munkin ini yang Dr. M sibuk buat dasar pandang ke Timur. Semua berpunca dari diri kita sendiri. Sebab semua ini bergantung pada diri sendiri. Kita yang patut mulakan perubahan, baru lah perubahan itu berkesan dan menular kepada orang lain.

Bila cerita pasal jepun, kita tahu budaya kerja mereka kan? Kuat bekerja. Tapi rakyat Malaysia pun kuat bekerja lagi kan. Tapi kenapa kita tak seperti Jepun? Munkin its all about ethics, behaviors, perception and ect. Walhal majoriti rakyat negara kita  beragama Islam. Tapi prinsip-prinsip agama yang diamalkan sehalus benang.



Kalau dilihat anak muda yang masih berjuang habiskan degree, diploma. Aku tahu, itu bukan sesuatu yang senang. Sangat mencabar, tapi tak mustahil untuk diharungi. Buktinya ramai dah berjaya kan. Ramai anak muda berjaya ilmu dunia, tapi bekalan akhirat tercicir. Rugikan. Aku percaya, semua orang akan ada rasa ingin berubah ke arah kebaikan. Untuk menyeru orang lain menjadi baik. Kita patut ubah diri sendiri dahulu. Sering kita dengar, nak menilai siapa diri kita, lihat kawan-kawan kita. Tapi kita tak boleh sewenang-wenangnya menilai orang membabi buta. Jahat itu subjektif. Dia tak minum arak, tak berjudi, tapi dia mungkin kekurangan dari segi amalan lain atau kewajipan yang lain, jahat kah? Kita sebagai kawan harus beri contoh yang baik pada yang lain. Berdoa agar dibukakan pintu hati mereka jika tak mampu untuk menegur. Kita nilai diri sendiri. Ubah diri sendiri, barulah nasihat itu terkesan pada orang lain. 


Minggu ini, minggu yang teruk untuk aku. Aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan. Assignments pun entah ke mana. Nasib baik ada group mate yang penyabar dan memahami. Hehe. Aku rasa teruk gile. Rasa kualiti kerja sangat teruk. Tak memberi sumbangan langsung. Nak buat part sendiri pun tak siap lagi walhal orang lain dah siap. Otak kosong. Blurr walaupun tak fikir apa-apa. Tak nak fikir apa-apa pun. Kadang-kadang teremosi, Andi kena tempias. Rasa bersalah. Adui.


Memang tak dinafikan, bila emosi  terganggu, akan affect benda di persekitaran. Macam mana kita nak handle? Aku pun tak sure. Sebab setiap orang lain caranya. Teringat pesan umi.

Dunia ini penjara bagi orang beriman. Semua perlu ada kawalan, itu tak boleh, ini tak boleh. Sebab dunia ini sementara. Mengapa kita sering leka dengan peringatan ini, sebab kita tak nampak macam mana alam akhirat tu ke? Kalau kita nampak, pasti kita dah terlambat. Bila dunia ini penjara bagi orang beriman, maka kita adalah banduan dunia. Mana ada banduan dilayan 1st class hospitality di dunia. Semua benda nampak susah, tapi ganjarannya besar, cuma kita tak nampak sahaja. Setiap perkara kita buat boleh dijadikan pahala dan juga dosa. Itu pilihan masing-masing. Kalau kita nak selamat, tinggalkan dunia. Aku tahu, susah, berat. Tapi jangan mengalah. Kalau kita boleh siapkan assignment dengan pelbagai ranjau. Boleh lepas obstacle itu, pasti kita boleh tempuh benda lain. Kita manusia dikurniakan akal yang luar biasa. Kita mampu, cuma kita tak nak je jadi tak berkesan.

Minggu ni, weekend je aku ada research, kena jadi baby sitter selama dua hari, nak jenguk abah, nak siapkan assignment yang tak siap-siap lagi. Dina yang datang KL 15hb sedangkan on that day aku present dari pagi sampai petang. Ini baru sikit sahaja. Allah sahaja yang dapat memabantu permudahkan urusan aku. Nasib baik group assignment ni kami berada di jalan benar. Kalau tak, sakit la. Setiap saat rasa mengantuk. Tapi aku suka keadaan ini. Ini adalah cabaran. Hehehe. Apa yang penting. Mind set kita yang perlu diubah. Kita je tahu nak handle diri sendiri. Jadi make a strategy plan. *mentang-mentang research weekend ni pasal strategy planning xp*


Setiap perkara bermula dari kita. Apa yang terdetik di hati yang lebih kearah kebaikan itu adalah petunjuk dari Allah atau hidayah. Jadi jangan biarkan hidayah itu berlalu pergi. Sebab sekiranya ia pergi, takut nanti hati mati. Renungkanlah.

Tuesday, December 6, 2011

^^b

Alhamdulillah. Everything will be just fine. Rasa nak kemas barang pergi KL malam ni jugak. Huee. 6 jam tunggu umi call. syukur. Risaunya sampai rasa malas nak bercakap. Insyaallah abah kuat. Gembira tengok hakeem dan abah dah macam dulu. Macam kecik-kecik dulu. Allah saja yang dapat jaga abah.


He show me thumbs up when i'm leaving the ward.

Monday, December 5, 2011

My soul

Ya Allah, selagi aku hidup, aku ingin terus berbakti kepada ibu bapa tak kira kecil atau besar bakti itu pada mereka. Jadikan aku anak yang solehah, penyelamat mereka di alam barzakh dan juga di akhirat.











Bulan ni sebenarnya adalah bulan yang menakutkan bagi aku. Banyak final projek yang besar jumlahnya akan dibentangkan dalam bulan ni. Sebelum kami tamat semester satu. Insyaallah, kalau tak ada aral melintang, aku akan ke Aceh. Nak lihat bagaimana sebuah daerah yang mungkin majoritinya muslim memulakan hidup baru dan bagaimana mereka redha dan taat pada perintah Allah.Insyaallah.. Semua berjalan lancar. Dan moga abah turut selamat. Amin