BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 6, 2011

Cuti Mid Sem - Day 1

aku memang suka makan =))

Hari ini, aku ikut abah umi dan Dina pergi pasar. Tak taulah kenapa aku kurang suka pergi pasar. Pertama mungkin faktor kebersihan. Lumrah la pasar kan. Tapi macam-macam mana tak suka, kena pergi jugak. Nasib baik sekejap je pergi pasar. Dina cerita, pernah suatu hari umi suruh hakim dan dina pergi pasar sebab umi sangat tak larat nak keluar. Jadi pergilah dua beradik tu. Sampai kat pasar nak beli ikan.

Hakim : macam mana entah ikan kembong.
Dina : Dina pun tak pasti macam mana ikan kembong.

=.=' Sama je kan dua beradik ni. Hehe.

Hakim tu, disebabkan dia lelaki jarang masak boleh la diconsidered tak tahu ikan kembong tu macam mana. Dina plak, nampak sangat dia jarang masuk dapur, ok lah..excuse sebab nak SPM. hehe. Selalu kalau umi dan abah pergi kerja, tugas aku ke pasar. Pagi-pagi buta lagi dah ke pasar, supaya aku dapat plan nak masak apa.

Kadang-kadang bila balik rumah baru masak. Boleh menyebabkan aku lupa macam mana nak masak. Paling teruk, aku lupa kat mana garam. Ni baru rumah sendiri. Rumah nenek aku, haram..sudu pun tak jumpa. =.=. Kadang-kadang bila masak, aku nak try pelbagai resepi sendiri. Bajet kreatif. Bila try resepi sendiri, takut presentation makanan aku ni mengerikan. Jadi aku masak time semua orang dah nak tidur. Sedap dan wangi, tapi presentation makanan tu tak berapa nak indah. Tiba-tiba je umi masuk dapur.

eh siapa masak bau sedap ni?

aku cepat-cepat tutup pinggan tu.

tak ada apa-apa. hehe

Umi sengih, then masuk tidur. Kenyang malam tu. Hehe. Kadang-kadang aku tak kisah pasal presentation tu. Sebab aku je nak makan. *padahal tak disangka jadi macam tu.

Petang tu, Hakim balik dari rumah urut. eh? hahaha. Dia pergi berurut, sebab sakit belakang yang amat. Balik rumah bawak kawan. Aku dan Dina lari macam kena kejar hantu. Dah la time tu aku makan kali kedua. Misi nak gemukkan badan sedang dijalankan. Bila Hakim kata kawan dia ada. Apa lagi, menyorok kat dapur. Mujurlah kawan dia terus masuk bilik.

Then capai tudung dan sweater. Kemas dapur jap. Tudung dah menampakkan anak rambut. Tiba-tiba abah masuk plak dapur, diiringi mamat baiki basikal excercise abah tu. Ya Allah, selamba badak je muka dia. Aku menyorok lagi. Sebelah meja makan.Betulkan tudung, terus masuk bilik. Umi lagi best, dia pakai tudung arini yang abah beli kat indon. Tudung tu labuhnya sampai tutup tangan. Umi pakai tudung tu bila nak jemur kain je. Hahaha. Tengok sekali dan macam Keluang Man.

Kadang-kadang aurat perempuan ni sangat rumit. Sepatutnya orang luar kena la bersegan-segan sikit bila nak masuk rumah orang lain. Manalah tau terpandang aurat orang lain secara tak sengaja.

Hari ini abah makan dengan bahagianya. Hehe. Pastu umi cakap, nanti abah akan membebel sebab umi masak sedap sangat dia jadi sangat kenyang. Abah sampaikan cicah roti dengan kari. Hehehe. Hakim dan kawan dia makan lagi dasyat. Habis semua kari ikan. Lelaki memang makan banyak kan.

Di samping rezeki yang ada, bersyukurlah masih lagi diberi nikmat. Bersederhanalah, sebab lebih ramai lagi orang yang tak senasib seperti kita.

Moga aku sentiasa tergolong dalam orang yang bersyukur.

---------------------------------------------------------------------------------

Umi bagi aku buku Fatimah Syarha - Sebarkan Cinta-Mu. Bulat mata. Macam best. Tapi kemana hilangnya ghairah aku pada buku. Dulu bila baca buku aku boleh fokus berjam-jam. Sekarang, tak lagi. Ruginya. Hilang satu nikmat dunia. Dari dulu lagi aku kurang suka buku berbentuk novel. Kalau cerita pun kalau boleh aku nak senipis mungkin, akan skip part-part jiwang dan konflik mengada-ngada yang tak perlu. Aku lebih beminat membaca bahan bacaan berbentuk artikel. Dah terbiasa membaca fakta dalam bentuk artikel. Moga aku dapat memanfaatkan masa dengan membaca.  Insyaallah.

No comments: