BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 31, 2011

Bertahanlah



Dapat hadiah cupcake sempena hari graduasi. Terima kasih housemate. ^.<

Cupcake sekarang macam-macam design. Yang penting presentation kek tu sendiri. Mampukah menarik minat pembeli atau orang yang tengah lapar kek. Hehe.

Ada kek yang presentationnya biasa-biasa aja, ada yang tak cantik tapi keknya sedap. Ada yang heavy presentation keknya tapi rasa kek itu, ya ampun. Tak boleh diterima tekak.

Macam tu jugak manusia. Presentation diri kita terhadapap manusia lain dan juga yang Maha pencipta. Tapi bila disebutkan tentang cantik dalaman, sungguh susah nak maintain. Judgement memang perkara yang sering berlaku di sekeliling kita. Tapi itu juga sangat berkait rapat dengan cara kita tunjukkan diri kita, akhlak kita pada umum. Fake memang senang nak dikesan. Tapi kadang kala dikaburi dengan lakonan.

“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu” Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.

Bertahanlah~

Bola ?

Semalam lepas hantar umi,abah dan hakim ke KTM, housemate ajak pergi stadium. Dengan muka tak ceria, sebab umi dan abah dah balik, aku ikot la diorang. Dah lama sangat tak jejak kaki ke stadium. Tambah-tambah stadium shah alam ni ha.. Dapat tengok Apek dari jauh hehe. Laos bertemu Malaysia. Result sebenar perlawanan ni aku tak tahu, sebabnya kami sampai 30 minit lagi perlawanan nak habis. Yang pasti 30 minit terakhir, Malaysia jaringkan 3 gol!

Pemain jersi no 1, Apek kontrobasi!

Penyokong yang memberi semangat!



Tetiba cuaca berubah. Mendung. Petang-petang mesti hujan. Nasib baik la tak de petir sambung menyambung. Alhamdulillah







Kata Ma, posing macam gambar khawin. haha

Walaupun hujan, permainan tetap diteruskan. 



 Awan mendung berarak pergi.

 Gol!!

 Barisan pemain Malaysia.


 Bakal pemain Malaysia kot =)

Cuma attitude penonton ni kadang-kadang macam haram la. Hish. Mungkin ni last pergi stadium. Baik aku pergi teater musikal =))

Hadiah yang tidak dapat dilihat

Dalam dewan di sidang 14 hari konvokesyen, tergerak hati aku nak check hp. Manalah tau, ada siapa-siapa mencari. Dapat 2 sms dari bff aku. Baca sms tu, bergenang air mata. Ya Allah rindunya.




Kadang-kadang kita selalu sibuk memikirkan hadiah apa yang nak diberikan pada teman istimewa, teman sehidup dan semati ni. Aku rasa, hadiah yang sangat istimewa ialah, apabila Allah memakbulkan doa seorang teman. Apabila teman kita mendoakan kebaikan pada kita tanpa kita ketahui, dan apabila Allah memberi kita sesuatu yang buat kita gembira, hasil dari doa seorang teman, mesti kita akan terharu atas doa tersebut.

Tetapi doa ini, pasti tidak akan nampak pada mata kasar kan. Hanya hati yang diberi Allah dapat menghargai erti persahabatan tu.

Aku sangat suka nak dengar c4 berbicara. Rasa macam itu adalah dari hati dia yang ikhlas.


Salam.
Bertapa hari ini menjadi detik paling istimewa dalam hidupmu **. Moga majlis konvokesyen khas untuk meraikan segala penat lelah + gagahnya hatimu ini, bakal menjadi bintang terindah dalam hidupmu. (= Teruskan langkah2 indahmu, ur such an inspiration. Nurul shifa sangat hepi hepi hepi + syukur gembira di hari bahagia mu ini! Sayang kamu kerana Allah. Selamanyaaa.

K.mil, she is just too hard for me to forget. Too hard to lose. Too hard to hate. Too hard to leave. As she's sticking around somewhere inside part of me pinkgot (; ur 'beautipul' in every steps u are <3.


Bila kita sayang seseorang itu, kadang kala tak dapat nak diucapkan bagaimana kita sayang sangat kat mereka. Air mata adalah tindakan yang obvious menunjukkan bahawa sayang sangat hingga tak dapat nak dijelaskan. Moga Allah merahmati jalinan yang kita bina.


Perjalanan masih jauh.



Bila berada di dalam dewan baru. Rasa kagum dengan suasana yang serba canggih dan moden. Tak macam Dewan Sri Budiman yang agak kecil dari Dewan Agong Tuanku Canselor. Pentasnya yang sungguh luas. Tapi aku bukan sahaja terpana dengan dewan baru ni, tapi terlintas di fikiran, konvokesyen ini ibarat kita nak ambik buku amalan kita di akhirat. Kita terima buku amalan kita tangan kiri ke kanan. Kalau tangan kiri, nauzubillah...mintak jauh. Kalau tangan kanan. Alhamdulillah. Ibarat hamba Allah kelaaaaaaasssss pertama. *tiru gaya mc tu announced nama kelas pertama.

Tapi ni hari berhimpun di dunia sahaja, dispesifikkan di UiTM. Graduan yang ramai namun dipecahkan mengikut fakulti dan sidang masing-masing. Di masyar? tak tergambar keadaannya. Sebelum nak naik pentas. Berdebar-debar. Bagaimana di Mahsyar? kita dikejutkan dengan hari kiamat yang dasyat. Pasti debaran ketakutan itu tak tergambar di hati.

Nikmat ilmu, bukan semua orang betul-betul dapat hayati. Bukan semua orang dapat menghargai. Apa yang kita sering dengar, hanyalah perbandingan program itu dan ini. Di mata majoriti, hanya nampak pada program yang akhirnya mendapat gelaran seperti Ir., Dr., peguam, dan sebagainya.  

Dah lali dan tak kesah pada pandangan yang kadangkala mampu merosakkan motivasi untuk cintakan ilmu. Mentaliti sebegini yang perlu kita awasi dan tangani dengan baik. Seharusnya lagi banyak ilmu di dada, lagi tinggi rasa perasaan rendah diri. Sebab kita tahu. ada dua perkara yang kita tak dapat penuhi sampai bila-bila.

1. nafsu - Kita kejar fasyen macam mana pun, up to date macam mana pun, bajet cantik pun, kita masih lagi tak mampu memenuhi nafsu kita.

2. Ilmu - Setinggi mana ilmu kita ada, ia hanyalah sedikit sahaja ilmu yang kita tahu, tapi ilmu Allah tak terkira banyaknya dan tak akan pernah dapat kita pelajari semuanya. Tapi dengan cara ini, kita akan ada sikap berusaha untuk menambah ilmu.

Aku baru selesai satu perenggan dari kisah hidup. Peristiwa ini bermakna kerana aku dapat rasakan bahawa aku dah dewasa pada saat ini, bukan lagi pelajar sekolah, bukan lagi orang yang tak dapat buat keputusan sendiri dan apa yang aku buat sekarang akan memberi kesan pada masa depan aku nanti.

Semalam pun ada graduan yang dah ada anak, ada uban kat kepala, masih lagi teruskan pengajian. Dapat degree, diploma. Ada yang mengalirkan air mata terharu. Usaha, pengorbanan, susah payah mereka, akhirnya dicatat pada hari bersejarah mereka. Anak-anak dapat saksikan kejayaan mereka. Rasa macam terharu, pengorbanan orang yang dah ada tanggungjawab ni bagi aku cukup besar bila mereka nak sambung belajar. Terpaksa tinggal kan anak-anak dengan berat hati. Aku mampu tersenyum. Bangganya Naib Canselor Uitm melihat pertambahan graduan menunjukkan minat kepada ilmu itu meningkat. =)

kata umi, 2 tahun lagi kalau dia datang shah alam lagi selesa la, dah ada driver, tak perlu duk hotel, ada orang bawak jalan-jalan. hehe. Insyaallah. Aku sangat gembira dapat melihat kegembiraan umi dan abah yang terpancar pada mata mereka. Insyaallah, 2013 aku akan buktikan sekali lagi, aku juga mampu berjaya.

Reach another check point

Pagi sabtu, aku bersiap-siap nak ambik umi dan abah kat KTM. Diorang sampai awal pagi, tapi disebabkan ada pesta buku kat KL Sentral, diorang leka dan terlepas train. Aku tak tau jalan ke LCCT, so aku pick them up at KTM Shah Alam. Tersampai awal, dan nasib baik KTM bergerak lancar. Kalau tak, demam plak umi. Hakim pun ada, then terus check in. Time ni dah lapar benar.

sha aramu


Sangat gembira dapat jumpa mereka =))

Nak pergi makan + jalan-jalan





Kami sampai agak lambat sebab jalan nak masuk pintu belakang UiTM jam. Umi tambahkah cuak aku. Hehe. Then sampai dewan, memang aku lambat, then kenala duk sebaris mereka yang terlepas barisan. Ainisa pun lambat haha. Sangkut jam tadi.

Aku dah agak, my family masuk dewan kejap je. Tapi sayang booth kat luar tu tak menarik. So mungkin mereka agak bosan time ni.
 Kami antara mereka yang terawal konvo di dewan baru UiTM =))








 love them 




 check out =((. Aku monyok sebab umi dan abah nak balik. Tak pe! 4hb nanti aku balik jugak =))

Segalanya sudah selesai. Alhamdulillah. Allah mudahkan kita dalam pelajaran kita. Moga check point kali ini mematangkan kita untuk hadapi perjalanan berikutnya


Friday, October 28, 2011

Hari Istimewa


Aku nak konvo dah. Hari ahad ni konvo. Tapi tak jemput sapa-sapa pun untuk sertai konvo ni. Maksud aku teman-teman. Sebab aku tak nak mereka rasa penat, panas dan segala kesusahan lain. Walaupun ini adalah hari yang sangat istimewa, tapi aku tak nak orang datang dengan perasaan menyesal ikot.

Konvo UiTM pulak tu. Kata orang, konvo memanglah ramai orang. Tapi pernah tak korang rasa, bila keluar dewan selepas konvo, nak jalan pun tak boleh, sesaknya lagi teruk dari pasar malam Jalan TAR tu? Nak ambik gambar pun tak de ruang. Waktu ni konvo dekat Dewan Sri Budiman lagi. Sekarang ada dewan baru. Lagi besar dewan, lagi ramai manusia dapat diisi untuk hari konvo itu.



Nak ambik jubah haritu pun berbaris sampai hujung dewan sana. Aku ingat kan aku sorang saja yang merasa kesesakan semalam. Rupanya ramai lagi mengeluh panjangnya barisan nak ambil jubah, walaupun dewan besar berhadapan padang yang luas.



Konvo terdahulu, tak ada la teruk macam ni. Dapat pun tak sampai 30 minit. Tapi  kali ni 3 jam. Lepas ambik jubah, kami ke McD, sebab kat sana boleh refill air. Anny, Doe, Shai refill sampai 3 kali tau. Dah la lepas pukul 2 tu hujan lebat sangat. Kuat kesabaran kami menunggu, berbaris sampai 3 jam.

Maaf tak dapat ajak mereka selain umi dan abah untuk konvo ni. Insyaallah konvo master nanti aku ajak ramai-ramai. Maklumlah, Yang Dipertuan Agong bagi scroll, hari pertama konvo plak tu. Tak ramai orang. Hehe. Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. =))

Siapa tahu aku mampu ke tahap ini.

Salam..

Lama tak update blog ni. Harus lakukan transformasi =).




Tunggu gambar konvo kali ketiga. Insyaallah.

Hari ahad ni, aku dan rakan-rakan akan berkonvo kali kedua di kampus induk. Gembira! Alhamdulillah dengan nikmat pelajaran Allah berikan. Walaupun aku start dengan diploma, tapi siapa sangka aku sekarang dah sambung master. Alhamdulillah.

Bila dah sambung master ni, dapat rasa banyak perubahan dalam diri. Terutamanya rasa sikap bertanggungjawab pada diri sendiri. Dulu, degree, banyak task yang memerlukan team work. Jadi ada unsur rely on others. Tapi bila sambung master, jarang-jarang assignment untuk grouping. Banyak individual. Baru sekarang aku rasa bertanggungjawab pada apa yang aku buat. Sentiasa mencari peluang untuk perform the best to get A. And always feel jealous pada orang lain kalau dia dapat A+ dalam assingments.

Mungkin ramai tak tau suasana pembelajaran master. Ok, mari aku share sedikit sebanyak supaya nanti ada yang berminat sambung study.

Aku sambung master full time study, supaya aku dapat concentrate, lagi pun tak apply mana-mana kerja lagi. Bila jadi full time student ni, barulah dapat mintak pelbagai biasiswa. Dan aku tak mintak mana-mana biasiswa pun huhe..  

Selalunya kelas master aku ni malam, tapi ada je kelas siangnya. Sebab aku kan full time student. Jadi tak kisah kelas bila-bila pun. Mesti ramai orang sangka, bila kelas malam, best la dapat bangun lambat semua kan. Tapi aku tak suka kelas malam. Penat. Aku suka kelas pagi sebab aku rasa cergas pagi-pagi berbanding malam.


Apa yang aku buat pagi-pagi? Selalunya bila sambung master, we have loads of assignments. Lecturer bagi this week, submit next week. Kalau ada 4 lecturers yang bagi 3 assingments dalam satu masa dan nak minggu depan. Time tu la rasa indahnya dunia, dan 'lapangnya' pagi anda.

Selalunya, kami terkejar-kejar buat assignments. Waktu ni la, aku sangat menghargai masa. Kadang-kadang bila datang angin kus-kus malas tu, memang tak boleh nak buat apa. Assignments bertimbun, tapi malas bertandang di hati. Memang tak jalan kerja. Pernah jugak beberapa kali aku hilang motivasi dalam diri. Bila tengok kawan-kawan dah nak siap assignments, baru lah aku pun gigih la nak buat jugak. Memang competitors ini membantu.

Sekarang dah masuk bulan kedua. Apa yang aku dapat simpulkan masa aku adaptasi keadaan ni, aku tak boleh buat kerja last minit, walaupun hasil kerja last minit aku membanggakan. Sebabnya, kalau that week aku ada 8 assingments nak anta. Tak mampu nak siapkan dalam satu malam sahaja. Jadi aku ubah stratergi. Buat draft assignments, then jumpa dan tunjuk pada lecturer. Waktu ni, there are no other person yang rely on me, jadi aku bebas untuk buat apa sahaja untuk dapatkan A+

Kadang-kadang aku leka. Lupa menghargai yang Maha Mengetahui. Aku muhasabah diri, then tenggelam dalam arus kehidupan balik, then rehab balik. Semoga Allah tak pernah berhenti untuk terus ingatkan aku. Dalam kelas master, keadaannya tak macam kelas degree. Dengar dan khayal oops. Tapi kelas master, banyak perbincangan dibuat. Kena bercakap based on reading kita. Tapi kalau lack of reading, macam mana nak bagi idea. General knowledge pun tak de, tak mampu bhai.


Yang aku lemah sekarang bila ada kelas yang macam business school tu. Term dia totally tentang business environment. Aku plak tak de pengalaman dalam company, itu la kadang kala buat aku lopong je bila lecturer cite bab2 strategy planning sesebuah company. Jadi apa aku buat, aku dengar betul-betul dan concentrate dalam kelas dia. Hinggakan dalam kelas lain aku still lagi boleh guna pakai idea lecturer aku tu. *malas nak baca buku huhu

So sesiapa yang sedang belajar dan ingin sambung belajar, teruskan niat murni ini. Aku pun dah pasang cita-cita nak sambung PhD plak. Bila kita enjoy study kita, semua benda kita nak try. =) 

Aku bukan golongan orang yang pandai. Tapi aku akan berusaha untuk kearah lebih dari sekadar pandai. Aku pun tak sabar nak kerja sebenarnya, tapi kena study dulu. Ehem2, insyaallah sambung master pun, ilmu lain kena seiring. Semoga dapat jadi isteri solehah *tetiba =))