BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 26, 2012

8.11



Terkesan dihati. Bila doa dimakbulkan. Dapat tahu apa sebenarnya yg tak kena. Tapi hati ini dah tak peduli. Sudah lali. Dulupun dapat hidup gembira, kenapa sekarang tidak. Terpulanglah. Tujuan hidup bukan untuk itu sahaja. Berserah. Ini jalan yg dipilih, pastinya tidak mudah tetapi perlu kuat. Untuk kuat bukan semudah seperti yg diucapkan. Selagi mampu bertahan, itulah kuat, selagi mampu bersabar, sabarlah. Setiap perbuatan pasti dinilai. Elak dari berperasangka. Berperasangka pasti binasa. Tetapi adakala hati didatangi persoalan demi persoalan. Owh ini mesti dari hati yg perlu dirawat. Atau memerlukan hati yg baru. Ku butuh itu.

Berbaik sangka. Satu perkataan yg sangat dekat dihati bila dibincangkan oleh mereka2 yg berilmu. Kadang kala bila sesuatu berlaku, terus saja melatah. Paling worst melahar. Kalau malahar kena tempat dan kena caranya, tak apa. Kalau tersasar macam mana? Dah lama dididik dengan suasana 'perli pedas berasap' ni. Tapi salah diri sendiri yg tak pandai mengawal. Orang disekeliling bukan lagi dari kelompok yg sama seperti dahulu. Perlu banyak bersabar dan bersangka baik. Sy belajar sesuatu yg penting dari hujung minggu yg lalu. Perihal bersangka baik. Untuk membina ummah yg kuat, kita perlu didik hati untuk bersangka baik pada semua orang. Prasangka buruk akan menjatuhkan dan melemahkan ukwah yg kukuh. Paling dekat dengan kawan sendiri, adik beradik, saudara mara dan orang yg terdekat. 

Teringat satu situasi, barang sy hilang. Dalam fikiran dah fikir bukan-bukan. Cari punya cari masih tak jumpa. Mula rasa geram dan sebagainya. Terus berperasangka bukan2. Terus melakar andaian begitu dan begini. Bila jumpa barang tu tersimpan ditempat lain, mulalah rasa kesal. Terasa hati ini perlu segera dirawat. Merawat hati bukanlah sesuatu yg senang. Makhluk antagonis yg tidak ternampak jasadnya tak akan pernah mengalah untuk menghasut. Tapi macam mana nak rawat hati kalau tak berusaha. Kalau diri sendiri belum siap dibaiki dan diperbaharui, bagaimana ingin membina dan mendidik jati diri insan yg lain. Tak akan terbina dengan sendirinya akhlak yg baik, akidah yg mantap dan takwa seseorang yg lain kalau sang pendidik masih terbelenggu dengan masalah rohaninya sendiri.



Kehidupan yg selamat adalah atas asas iman serta hubungan baik dengan Allah dan sesama Islam. 


Bila ditegur akan perbuatan sy suatu ketika dahulu. Sy berlapang dada. Terasa dibawa satu cermin untuk sy lihat diri sy sendiri. Sy yakin, didikkan itu satu teguran dari Dia melalui orang lain. Masih belum terlambat untuk bercermin. Mengubah untuk kebaikan diri sendiri.


1.Bila terjadi sesuatu perkara, ada tembok kukuh dihadapan sy dan mereka. Sikap membatu dengan cara berdiam diri sebenarnya tidak pernah berjaya untuk menyelesaikan masalah. Jarang sekali bertemu mata untuk memperjelaskan keadaan. Sedangkan tanpa disedari ada jurang terbina akibat kegagalan untuk berkomunikasi. Berkomunikasi itu dilihat sesuatu yg mustahil. Walhal kesannya dapat dilihat sekarang. Matangkah begini? Ya kita sering dengar orang dewasa berperwatakkan seperti kanak-kanak. Itu yg sering dialami. Sy perlu memecahkan tembok yg menghalang komunikasi. Dan sedia memaafkan dan meminta maaf. Untuk mempunya satu keadaan iaitu 'ummatan wahidah'. Perkara sebegini sebenarnya yg melemahkan sesuatu yg dibina utuh.

2. Segalanya bermula dengan hati. Perlu betulkan niat. Kalau Allah nak menguji pasti ada caranya untuk melaluinya. 


Sungguh terasa nikmat bila hati tidak diusik dengan prasangka bukan2. Adakala terasa nk ketawa melihat apa yg terjadi. Sempana tahun baru tak lama lagi, sy tahu di masa akan datang sy perlu lebih kuat. Banyak benda baru akan ditempuhi. Sy masih mengejar cita2. Masih

  

Thursday, December 20, 2012

3.31


2 weeks left for my final semester,  before the class end for study weeks. Lucky me, I've got no final exam, except final test. At the end of this semester, now I realize furthering master is not easy. Even I'm quite jovial for this 3 semesters. However, observing other situation with huge responsibilities to their family, parent and them self make me realize that I'm lucky enough to have this opportunity  Alhamdulillah.  I learn more that I'm expecting. I face several situation that I never imagine before. But I shouldn't give up. I had choose this path. It is not easy but it worth it. At least, I'm able to discover who really I am.

Changing the thing you are comfortable with is not easy. Letting people in and out is not easy. Knowing and accepting people around you is not easy too. Nevertheless, I learn to stay strong, stay positive and be happy. At the end of my journey here, knowing people here and there, it is really fun. I'm able to know their true colours, so do mine. Anyway, I would like to appreciate them for making me alive, with those competitors, bosses, drama queen, plastic surgery, sleeping partners and so on. Without you, I'm not going out from my comfort zone.  Hee


Tuesday, December 4, 2012

Gaza



Jangan lupakan saudara kita di sana.
Jangan lupakan penderitaan mereka
Jangan lupakan pengorbanan mereka
Jangan lupakan air mata mereka
Jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka
Jangan lupa mendoakan syurga buat mereka yg syahid
Jangan lupa mendoakan kemenangan buat umat Islam

Janji Allah pasti kelak akan tiba. 
Sentiasa bersamamu GAZA 

Homesick



=)) Stay strong dear heart...

Tak pernah lupa bila tengok abah dan umi gembira. Jelas terpancar pada raut wajah. Senyum tak pernah lekang. Selagi kita percaya, bersangka baik dan sentiasa bergantung pada Allah, Allah tak akan mensia-siakan harapan hambanya. 

Teringat pada mimpi2 ngeri yg lalu. Dua hari lepas sy mimpi ular lagi. Ular yg cuba mencederakan sy. Tapi sy lagi takut tentang ular di alam barzakh nanti. 

Umi kata, kalau Allah tak izin bahaya menimpa kita, tak akan pernah kita disakiti. Bersangka baik pada Allah. Jadi sy tak pernah risau akan mimpi2 hitam itu. Sy yakin, Allah yg akan melindungi dan menjaga. Andai ia terjadi, satu ujian untuk mengumpul pahala2 di akhirat nanti. 

Bila baca tentang azab dan seksa Allah kepada manusia yg ingkar, rasa takut. Takut itu sekejap datang sekejap pergi. Hanya Quran saja sy akan terus mengingatkan kita tentang kebahagiaan orang yg beriman dan kecelakaan orang yg ingkar. 

Cuba panjangkan doa harian, dah terbiasa tergesa2 bila meminta. Kali ini ingin menghargai waktu berdoa selepas solat. Walaupun doa boleh dibuat bila2 masa, tp lepas solat jarang untuk betul2 meminta. Kali ini perlu lebih baik. 

Ujian bukan untuk menghukum, tetapi untuk mendidik. Sy tahu kalau bukan kerana mereka, mana mungkin kita akan segembira ini, kan umi. Dan kagum pada ketabahan abah. Sangat kagum. =)

Sudah tersedia teladan yg patut sy ambil dan contohi. Sedia untuk memaafkan mereka. Mungkin rasa gusar, takut dan gundah yg mereka rasa lagi menyakitkan akibat dari perbuatan mereka. Sekarang adalah untuk sy melihat kehadapan bukan mengenang. Alhamdulillah. Moga Allah tunjuk jalan yg benar. Tak mahu menjadi orang yg 'berpaling' setelah merasa nikmatNya.

*Homesick

Monday, December 3, 2012

6.46

Tinggal sebulan lebih untuk selesaikan masa dan kerja berbaki. Gementar. Kadang2 rasa 'lemas', tapi ini yg mahukan suatu ketika dahulu kan. Jadi, tak wajar untuk pancit di penghujung jalan. Walaupun kadang kala nak settlekan research sy ni payah betul. Kena betulkan banyak perkara, tetapi sy percaya, ini mungkin mendatangkan kebaikan pada sy nanti. Sekurang-kurangnya, tak susah nak sambung lagi. Sy dah diberi pendedahan tentang selok belok research ni. 

Memandang kan semester ini akan berakhir, sy cuba memanfaatkan masa yg berbaki dengan GBS. Kami sememangnya tak dapat dipisahkan! Kalau boleh nak kerja sama2 tau. Semester ni ada la liku2 yg kena lalui untuk siapkan assignments. Dah lama tak ada masalah dengan groupmate, tapi kali ini ada perbezaan sikit bila terpaksa untuk bekerja satu kumpulan dengan hakak2 part time. Maklumlah mereka adalah golongan yg bekerja, tak banyak masa untuk assignments dan sebagainya.

Nak dekat hujung2 semester ni, weekend sy pun banyak mengadap lappy. Susah macam mana pun belajar, alam belajar lah paling indah. Masa berlalu dengan begitu pantas.


Teringin nak buat flower tea. Hee, tapi tak ada flower, ada ais je. 


Bila letih mengadap lappy, rasa mengantuk dan sebagainya, bear ni la peneman baring2. Zzzz



Salah satu fakulti di kampus PP telah menangajurkan satu bentuk sokongan terhadap warga dan rakyat Palestin. Walaupun tak dibuat secara besar- besaran, tapi ramai yg menyertai dan menyatakan sokongan terhadap saudara2 di Palestin. We will pray for you and never left you alone! 


 ______________________________________________

Hari minggu, apa yg ada dalam fikiran. Kalau boleh sy nak buat aktiviti bersama kawan2  dan GBS sy. Hee. Kebetulan GBS nak hantar jubah, jadi kami hantar jubah dulu, then baru makan2 bersama. Haritu tak sempat datang konvo diorang, dapat teman anta jubah pun jadilah. Hee

Sejak pakai braces ni, dah tak reti nak senyum macam mana. =.= 








Kami singgah makan di restoran murni. Hurmm, tak berapa best sangat, air yg sangat manis, dan kueh teow yg sangat masin. 1 bintang untuk kedai murni ni. 

Air FA ni lagi disaster =.=. Masammm. Hee rasa gembira dapat hangout sama2 walaupun sekejap je. Alhamdulillah. Minggu depan parent datang KL lagi. Heeeee.. Suka! 

Untuk 4 subjek kritikal semester ini, sy akan cuba buat yg terbaik! Sama2 doakan yg terbaik untuk kebaikkan ummah akan datang. Hee


Tuesday, November 27, 2012

8:18

Sekarang ni musim konvo UiTM. Jd dikesempatan roomate sy nak konvo rabu ni, kira ni ambik aura2 konvo untuk kali ke3. Model sy kali ni sangat sporting. Bangun pagi2 bersiap cantik2 untuk photoshoot. Sy pula kena jaga exam hakak2 dan abang2 PJJ. Disebabkan 3 minggu sy tak kerja disebabkan Dr.Z outstation, meeting dan cuti minggu lepas, terpaksalah jaga exam weekend. Nasib baik sekejap je. Dah hantar dina+jumpa umi dan abah yg baru sampai dr "istambul aku datang", rasa lega dan gembira dapat jumpa berkumpul. Tinggal anak teruna yg suka terperap kat rumah tu. Asal cuti je balik, bila balik rumah tak nak balik kampus dia pulak. ish2

Model sy ni sgt gembira dan excited nak photoshoot. Tengok lah riak wajah dia. Heee. Sampai dalam library pun nak photoshoot. Curi2 ambik gambar. Sy dah lama nak meniarap dalam library sambil baca buku. Tapi tak dapatlah. Orang lalu lalang. Tapi disebabkan weekend, tak ramai orang dekat library, itu yg seronok landing2 bagai.





Cantikkan?  Roomate cakap nak wedding photoshoot kat sini juga hahaha. Wah2, nampaknya PP memang bermakna untuk roomate la nampak gayanya. Teringat waktu konvo  diploma, sy enggan konvo, tp umi dan abah nak tengok dan hadir majlis konvokasyen tu. Orang pertama dalam keluarga berkonvo time tu.Hee

Puncak ni tak ada lah cantik mana. Tapi kami berjaya 'mencantik'kan gambar tu. Kalau tengok dengan mata kasar, lebih cantik kampus Machang. Hehehe



renang dan kolam! ehehe. Dina mula2 excited tentang kolam ni, lama2 dia tak excited dah. Kolam renang ni agak terbuka. Kalau nak berenang kena bangun pagi2, bajet orang tidur lagi.


Insyaallah, harapan menggunung untuk diri sendiri tamat pengajian tepat masanya. Walaupun kadang2 rasa mustahil. Kadang2 rasa tak percaya dah nak habis master dah. Betul la kata k.Jieha, bila sampai part yg sukar, rasa lemah longlai, blur, frust, kalau nak menangis pun, menangis lah. Itu fitrah untuk rasa selemah itu. Bila berhadapan dengan situasi macam ni, segera sedut2 aura2 positif supaya tak dicop sebagai 'orang yg bermasalah'.

Walaupun tak ada pengalaman berkerja macam yg lain, yg penting kena sentiasa jaga attitude. Bila berada dalam alam postgraduate, tak jaga attitude dan disiplin, memang tak boleh survive walau semudah mana pun master tu. Buktinya... tengok sekeliling. Nak sambung ni, perlu persediaan luar biasa. Pengorbanan yg tinggi mungkin akan membuatkan kita berhenti di tengah jalan. 


Sabtu lepas, sy tak de geng nak jaga exam. Kalau student degree rasanya sy agak berani nak control suasana ni, tp students yg ambik exam tu sama level dengan sy cuma mereka 'junior'   yg bekerja. Boring sih jaga exam. Hari sabtu, sy ada geng teman jaga exam. Nasib baik ada model, sy tinggal dewan kejap dan mengular sekitar fakulti hahaha. 

Sy sangat tak suka suasana nak exam. Suasana stress, suasana suram, suasana yg resah gelisah. Bila dah sambung masterji ni, lebih releks, tak payah hafal2 term teori satu buku tu. Yang penting tak ada final exam! tp test dia mak ai, banyaknya markah. Really hate memorizing. Sebab ia memenatkan dan membosankan! What a boring life.. ceh..




I really need organizer, untuk sy buat kerja2 sy ontime. Buku ni lama sangat dah sy simpan. Sbb syg, sy simpan buku ni sampai kertasnya dah bewarna kurning. Sy ada habit simpan buku2 yg comel kertasnya. Sanggup beli tapi tak guna. Sy nak guna pun pada perkara2 yg sangat bermakna. Dairi, oh tidak, mungkin menjurus pada trevelog sy. Walaupun tak berjalan jauh mana dan sekerap mana pun, tapi ini adalah permulaan! 



Abah bagi cekak rambut yg dia beli di Turki. Wow, cekak rambut. Pernah abah bagi rantai emas. Balik2 je bagi rantai. Kadang2 balik2 je bagi kain untuk dijahit. Abah ni suka 'shopping'. Gadget yg ada pada sy semua abah yg belikan termasuk hp. Alhamdulillah. Dulu zaman friendster, abah yg buatkan akaun kami adik beradik. Hehehe. Abah la orang yg suka susun segala perancangannya. Ada plan A, B, and even contingency. You have to listen to him, sebab dia orang yg banyak makan garam. Abah yg lembut hati. Treat him nicely. He's my abah! my hero!


Selalu buat liputan ketika mereka di sana. Hehehe. Tengok gambar lagi rasa jeles. Heee. Seronok melihat mereka gembira. Jalan2 berdua, macam muda2 dulu je. Harap dapat teladani mereka dan menjadi lebih baik untuk masa hadapan. 


Bakal menantu? owh tak, mereka terlalu muda hahaha. Sy tanya abah, diorang pandai berbahasa Inggeris, abah kata, diorang tak berbahasa inggeris, cuma abah buat body languages je dengan diorang. Hehehe. Dalam gambar ni diorang mcm paham2 je kan. Nak honeymoon kat sini lah hihihi.


Ya Allah, permudahkanlah urusan di dunia dan diakhirat ku nanti. 

Thursday, November 22, 2012

Reunion


Masih lagi tentang penceritaan cuti seminggu yg tidaklah seberapa indah. Nak bersenang2 kemudian, hendaklah melalui kesukaran terlebih dahulu. Dalam masa seminggu, inilah masanya nak settlekan semua assignments individu. FA and the geng pun nak tumpang stay kat rumah sy, untuk ambil jubah konvo. Tak lama lagi mereka rasmi bergelar graduan UiTM. Hee. Sebelum FA and the geng sampai, sy tekad, apa2 pun assingment sy kena siap 95%. Sebabnya bila dah tinggal kerja, susah nak back on track. Dalam masa seminggu tu jugak, I'm drowning in information. Tak sempat nak melayan Dina, or plan nak jenjalan. Nasib baik Dina bawa laptop, at least dia tak bosan. Settle je 95% assingments sy, kami keluar jalan2. Disebabkan letih stay up dan Dina juga tidur lambat, letih itu dipikul berlipat kali ganda. Mula la simptom sakit kaki menyerang. Dina dah tak tahan, terus beli selipar. Hehehe. 

Rancangan kami adalah untuk jumpa Inshirah. Inshirah dah balik rumah, jadi inilah masanya kami beli sedikit barang2 baby. Seronok tengok baju baby. Tambah2 baju gegurl. Dengan rabennya, dengan bunganya. Ape yg sy cari adalah headband baby. Baru la nampak gegurl Insyirah tu. Hee. Arra pun tak lama lagi akan dapat adik. Adik perempuan pleaseeee.. boleh mintak2 pulak kan.




Sy tetap setia dengan kasut, walaupun sakit kaki. Tu pun dah pakai flat shoe. Dina suka crocs dia je, tp crocs dia hilang, nak beli, warna tak de la, saiz tak de la. Last2 pakai selipar je. 


Inshirah baru nak masuk sebulan. Dah bam2 dah. Cepat besar ye saiyang!  



Cuba bangunkan si bam2 ni. Dia stretching je, tak celik pun.. =.= 


Bila tetamu sy datang, apa lagi, riuh rendah suasana rumah. Seronok!. Terasa macam kita nak duduk serumah je lagi. Terasa macam kita ke tourney je. Kebetulan, dalam rumah ni ada satu lagi bilik yg tidak berpenghuni, bila kami ramai2 lepak2, borak2 kat situ memang terasa macam pergi tournament sbb, bila pergi tournament kami akan diberi tempat penginapan bilik2 di kolej. Bilik2 yg ada kelengkapan seperti katil double decker  meja, almari tetapi telah dikosongkan sempena cuti semester. Sebab tu bila masuk reramai dalam bilik tu, terasa macam kami ini adalah peserta pertandingan. Hee

Malam tu, kami makan2 berjemaah, dan juga berbowling berjemaah2. Diorang bagi semangat kat Dina sampai strike sih. Hebat2 hehehe. Memang kecoh gelakkan orang je la time ni. I was so sleepy time ni. Sangat2 mengantuk, ada 5% lagi assignment sy tak siap. Harus siapkan juga malam tu. Kalau tidak. Padah la jawabnya. 



Geng2 Machang + Segamat.



Dah lama tak jumpa Alin. Makin cantik. Alhamdulillah, housemates sy semuanya dah bekerja. Tunggu turn sy pulak nanti. I miss u guys. Kadang2 bila dah pindah, sy dapat kurangkan simptom rindu pada mereka. Adakalah moving for good itu ada kewajarannya. 
=))

Sangat berharap suatu hari nanti kita akan dapat jumpa, isi masa lapang sama2 dan lebih bermanfaat. Walaupun kita jumpa sekejap saja, tak apa, itu dah cukup buat sy rasa sangat gembira.  



 Kembali dengan rutin harian.Moga dipermudahkan sehingga tamat pengajian! 


Alhamdulillah, settle semua individual assignments sy. Ahad ni kena jaga exams plak. Dan umi dan abah akan sampai esok! Heee, tak sabar~~

Tuesday, November 20, 2012

A day out with family

Cuti mid term dah berlalu, tp cuti kali ni memang cuti dengan assignments. Terpaksa bertungkus lumus bagai nak rak siapkan assignments. Sebab adik ada, nak luangkan sedikit masa keluar jalan2, tengah ada teman kan. Hee. Umi dan abah sedang me'reward'kan diri mereka jalan2 tempat orang. Rindu umi dan abah. Huee. Walaupun abah hari2 sms, update aktiviti mereka yg menambahkan lagi rasa cemburu hehe, tp terasa keberadaan mereka yg sangat jauh. Insyallah selamat sampai Jumaat ni. Nasib baik la Dina ni tak kebosanan sangat, dia pun dah belajar kat area sini2 jugak, jd dia dah pergi kesemua tempat2 yg biasa pergi. Tak pergi pun dia tak kesah. 

Tapi teruk juga kena pulun semua assingment, sebab nak siapkan cepat. Tak sempat pun nak photoshoot dengan geng2 berjubah hitam! Sempena tahun baru, hee usaha untuk perbaiki diri tidak akan pernah berhenti. Fighting!!. 




Letih teman orang cari baju sejuk, kami lepak tempat lain dan balik lebih awal hehehe. Disebabkan desired nak siapkan assignments tu berkobar2, sampai tak dapat tidur. Rasa nak peluk Dina pulak, risau bukan main.



Tahun ni ramai kawan-kawan kahwin. Terasa mereka kawin muda. Walhal umur sekarang bukan pre- dewasa dah. Haila2. Still terasa muda, macam mana ni? Teringat waktu diploma, sy dan 3 roomate lain pernah 'deal', siapa kahwin awal, dia akan dapat hadiah paling besar. Peti ais barangkali, dan siapa paling lambat, dia kena basuh kawah. Deal sambil gelak2. Akhirnya, giliran random yg kami pernah sebut, nampak gayanya mungkin menjadi realiti. Tahniah!! Semoga semuanya berjalan lancar hendaknya. Peti ais u olsss. Disebabkan  ketiga2 mereka sudah bekerja KECUALI sy, maka potensi menjadi ke4 tu potensinya sangat tinggi. Owh how I miss those days. 

Sejak dari dulu lagi, memang sy tak aim kahwin di usia muda. 



Pesan kat umi, nanti beli accessories, jgn beli yg macam mak cik2, nk funky2 punya hihihi. Nak pakai sampai penuh tangan. X)




Abah beli kek coklat dan aiskrim. Sedap sih makan macam tu. Sejak dua menjak ni, memang nak makan kek je. 


Kolej Jasmin. Sy betul2 ingin perubahan suasana suatu hari nanti andai ditakdirkan untuk sambung belajar itu adalah perancangan paling hampir. Terasa nak sambung terus, tp kadang2 rasa betul2 pancit nak habiskan master ni. Tapi ini masanya waktu suasana belajar ni tengah hot! 

Maaf, random update.  

Thursday, November 8, 2012

8.55


Alhamdulillah, rumah baru sy setakat ini baik2 saja. Roomate sy juga Insyaallah baik2 saja. Walaupun rumah ni kecik berbanding dulu, tp sy ada ruang sendiri untuk uruskan aktitivi2 harian. Minggu ni supervisor sy outstation, ohoi tak yah pergi kerja. Disebabkan dapur kami lengkap dengan barang2, seronok la nak masak. Lagipun barang tak crowded kat dapur tu.  Hee. Juga sangat bersyukur dengan saat2 gembira bersama keluarga. Abah yg sgt gembira  dan nak trevel dengan umi minggu depan, umi yg tak pernah putus2 membekalkan kami ilmu untuk dunia dan akhirat. Juga sangat gembira dengan kehadiran 2 sepupu kami, Nur Insyirah dan Nur Maryam. Alhamdulillah mereka sihat dan sangat comel. 


Nur Insyirah si sepet, cepat besar ye, nanti boleh buka mata luas2. Bila maksu letak Insyirah di ruang tamu, semua sepupu datang kerumun. Nak dukung Insyirah kecik lagi, hanya mampu tengok. Tapi Insyirah ni good girl, tak merengek pun, ashik tido, tak sedar dia dah berpindah dari satu tangan ke satu tangan lain. Hee. Nur Maryam lahir lambat skit. Tak tengok lagi baby. Mesti jumpa nanti Nur Maryam dah boleh merangkak dah. Macam Irsyad dulu, jumpa masa baru lahir, kali kedua jumpa dah boleh merangkak. Cepat betul masa berlalu. 

Sekarang ni fenomena gajet. Semua sepupu sibuk main gajet. Diorang tak de kerja lain main gajet je. Tp ok la, sebab sepupu sy ramai kalau tak diorang main lari2 dalam rumah, lagi la serabut. Riuh rendah rumah tok ma. Bila Amy nak datang beraya di rumah sy, dia rajin. Jadi umi pun suka. Sy plak kalau balik rumah, sy malas nak keluar. Tapi sebab Amy datang, sy bawa dia cari apa dia nak. Hehe. Pernah satu hari, kereta mati depan traffic light. Jam teruk. Kami diam je dalam kereta. Crv marah lagi kot. Hahaha. Asal je sy drive, terus je dia buat perangai. Rupanya masalah bateri. Nasib baik abah sampai cepat. Then bagi chance Dina drive. Mak ai, nak terkeluar jantung. Mungkin sebab sisi kereta tu agak besar, dia susah nak bajet space. Dah la corner tak berapa lepas, kita yg kat sebelah kena tolong pusing stereng tu. Mungkin ni la perasaan abah bila sy mula2 drive dulu hee.

Sejak dari sekolah dulu, sy hanya bawa kawan pulang kerumah sekali sahaja. Lepas tu tak pernah bawa dah. Sebab sy tak berapa suka bawak kawan balik. Sy jeles umi layan istimewa kawan sy tu. Bagi sy, hanya kami je patut dilayan sebegitu hahaha. Tapi bila dah besar, dah tak jeles dah. Parent sy lagi mengalu2kan kawan2 sy. Nak kenal kawan2 sy. Kadang sy malas ajak orang datang rumah sebab sy suka terperap dalam rumah. Sy hanya ke pasar dan ke tempat2 yg sy nak cari barang2 sy saja. Sy malas nak drive. 



______________________________________________________________




"If you desire Allah to be persistent in granting you the thing you love, be persistent in doing the things He loves."- KhadimulQuran





Rasa bersyukur sebab umi tak pernah putus2 mengingatkan kami tentang dunia akhir zaman yg banyak tipu daya. Kadang2 rasa tak cukup dengan apa yg dibuat, tp perlu istiqamah. Juga rasa bersyukur dengan kudrat umi yg Allah beri untuk sentiasa mengingatkan kami yg sering alpha. Bila terfikir, selamatkah diri ini dengan fitnah dajjal nanti? Ya Allah takutnya. Bila rasa tak mampu nak buat amalan2 untuk akhirat secara berterusan, umi kata berdoa. Allah yg mampu menggerakkan hati, dan gerakkan fizikal untuk buat semua tu. Juga rasa berterima kasih sebab senantiasa ada teman yg sering mendoakan untuk jadi lebih baik. Doa dikirim tanda pesanan ikhlas untuk diri sendiri. Mendoakan yg terbaik untuk orang lain sememangnya terasa kelapangan dihati. 

Teringat conversation Dina, Orang yg lebih baik akan dapat orang yg lebih baik. Sy nak jadi orang yg lebih baik juga! sebab orang disekeliling sy jauh lebih baik dari sy. 






Tuesday, October 30, 2012

‘With Allah wills remember?’





Sebenarnya dah banyak perkara berlaku+ berubah. Alhamdulillah, moga segala perkara yg berlaku lebih baik dari keadaan sebelum ini. Pertengahan bulan lepas, tuan rumah dah inform untuk kosongkan rumah tu. Suami dia posting Sha aramu balik. Sebelum pindah, memang sering teringat housemates lama. Terbayang2 mereka dalam rumah tu. Adakala terfikir juga, lebih baik duduk di suasana baru, rumah baru. Sebab memang rasa sunyi walaupun ada housemates baru. Bila terpaksa pindah. Baru sedar, barang sy agak banyak. Pergi kesana kemari, tak pernah bawa balik Kota Bharu barang2 shopping tu semua.

Lemah lutut naik tangga. Rumah baru kali ni dekat dengan faculty. Jadi sy tak perlu balik sorang2 lagi. Dr.z call emergency pun cepat je sy sampai nanti.

Pindah je dapat roommate baru. Memandangkan dia baru je dalam alam post graduate, terasa sekepala la sekejap. Disebabkan kami masuk awal dua hari. Tuan rumah tak sempat settle kan urusan bil air. Jadi ia sedikit sebanyak memang member kesukaran. Nasib baik ada amy sebagai jiran tetangga. Tapi roommate sy dah tak tahan. Tiba2 dia cakap nak pindah rumah. Alahh, tiba2 rasa sedih. Allah baru pinjamkan sy roommate. Tapi dia dah nak ambik balik. Untuk elak dari pikir pasal roommate, sy study untuk test. Last minute punya study. Baik punya. Masuk test blur.

Rasa kecewa, sedih? Ya. Sy ingat dia bleh bear with this situation. Lagipun bukannya kami tengah mengalami masalah air ke ape. Cuma pejabat pengurusan apartment kami tu yg membuatkan kami agak stresss. Datang kerja pukul 11??? Memang haram J la. Last2 disebabkan slow sangat pihak pengurusan ni, sy sendiri kena turun settle kan. Memang dah rasa agak kurang sabar. Dah la test sy awal dari yg lain. Petang tu nak balik Kota Bharu. Study pun tak habis lagi. Siap saiko baik punya akak office tu. Settle urusan air, roommate sy tak jadi pindah. Tapi dah rasa macam hambar skit. Tak pelah. Cuba berada di situasi dia pada saat2 itu.

_______________________________________________________



Kadang2 bila rasa down, rasa diketepikan, rasa dibandingkan, rasa kerdil, rasa dibuang, rasa kelat. Allah sajalah yg tahu rasa dihati. Allah yg memberi dan Allah yg berhak untuk ambik balik apa yg ada pada kita, agar kita tahu, semua benda disekeliling kita hanyalah sementara sahaja, Allah yg kekal. Kadang2 bila ada bau2 harapan, terasa nak elak untuk bertaut pada harapan itu. Rasa neutral itu kadang2 best. Perlu bijak dalam mengawal hati dan perasaan, agar tak terlalu lemah jika berada dalam situasi tertentu. Ya sy rindu dengan ex housemates. Adakala mereka datang, pick me up dah waktu tu lah masa berharga sy bersama mereka.

Teringat satu waktu yg sy tak tentu arah. Rasa jadi benda asing plak. Doa bersungguh2 untuk tenangkan hati yg resah. Even mak cik sy datang beraya pun, I can’t even speak to her. Rasa nak lock me up in the room. All I can do is pray harder. Then I choose to talk to c4. She usually succeeds to calm me down. Most of the time. Allah had sent her to calm me down. Alhamdulillah.  Bila semua dah settle, terasa kebal skit. Learn from the previous lesson. Kadang2 rasa kejam, not going to tolerate, rasa tak endah, buat2 tak dengar, percaya.

Juga bila terasa lonely dlm rumah sendiri, housemates yg riuh tp still terasa empty. Dalam hati, cukuplah ada Allah, yg memberi kegembiraan, kekuatan. Akhirnya sy ‘survive’ beberapa bulan sebelum berpindah dalam suasana baru.

Abah pernah cakap, kena ada rasa kebergantungan pada Allah. Kalau Allah tak izin, tak ada apa pun boleh kita buat. Kalau orang nak buat jahat sekalipun, kalau Allah tak izin, rancangan jahat tak akan berjaya.

‘With Allah wills remember?’




Friday, October 19, 2012

Wish you were here














I remember all those crazy things you said
You left them running through my head
You're always there, You're everywhere
But right now I wish you were here...

Ya Allah , I miss them so bad.