BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 27, 2012

8:18

Sekarang ni musim konvo UiTM. Jd dikesempatan roomate sy nak konvo rabu ni, kira ni ambik aura2 konvo untuk kali ke3. Model sy kali ni sangat sporting. Bangun pagi2 bersiap cantik2 untuk photoshoot. Sy pula kena jaga exam hakak2 dan abang2 PJJ. Disebabkan 3 minggu sy tak kerja disebabkan Dr.Z outstation, meeting dan cuti minggu lepas, terpaksalah jaga exam weekend. Nasib baik sekejap je. Dah hantar dina+jumpa umi dan abah yg baru sampai dr "istambul aku datang", rasa lega dan gembira dapat jumpa berkumpul. Tinggal anak teruna yg suka terperap kat rumah tu. Asal cuti je balik, bila balik rumah tak nak balik kampus dia pulak. ish2

Model sy ni sgt gembira dan excited nak photoshoot. Tengok lah riak wajah dia. Heee. Sampai dalam library pun nak photoshoot. Curi2 ambik gambar. Sy dah lama nak meniarap dalam library sambil baca buku. Tapi tak dapatlah. Orang lalu lalang. Tapi disebabkan weekend, tak ramai orang dekat library, itu yg seronok landing2 bagai.





Cantikkan?  Roomate cakap nak wedding photoshoot kat sini juga hahaha. Wah2, nampaknya PP memang bermakna untuk roomate la nampak gayanya. Teringat waktu konvo  diploma, sy enggan konvo, tp umi dan abah nak tengok dan hadir majlis konvokasyen tu. Orang pertama dalam keluarga berkonvo time tu.Hee

Puncak ni tak ada lah cantik mana. Tapi kami berjaya 'mencantik'kan gambar tu. Kalau tengok dengan mata kasar, lebih cantik kampus Machang. Hehehe



renang dan kolam! ehehe. Dina mula2 excited tentang kolam ni, lama2 dia tak excited dah. Kolam renang ni agak terbuka. Kalau nak berenang kena bangun pagi2, bajet orang tidur lagi.


Insyaallah, harapan menggunung untuk diri sendiri tamat pengajian tepat masanya. Walaupun kadang2 rasa mustahil. Kadang2 rasa tak percaya dah nak habis master dah. Betul la kata k.Jieha, bila sampai part yg sukar, rasa lemah longlai, blur, frust, kalau nak menangis pun, menangis lah. Itu fitrah untuk rasa selemah itu. Bila berhadapan dengan situasi macam ni, segera sedut2 aura2 positif supaya tak dicop sebagai 'orang yg bermasalah'.

Walaupun tak ada pengalaman berkerja macam yg lain, yg penting kena sentiasa jaga attitude. Bila berada dalam alam postgraduate, tak jaga attitude dan disiplin, memang tak boleh survive walau semudah mana pun master tu. Buktinya... tengok sekeliling. Nak sambung ni, perlu persediaan luar biasa. Pengorbanan yg tinggi mungkin akan membuatkan kita berhenti di tengah jalan. 


Sabtu lepas, sy tak de geng nak jaga exam. Kalau student degree rasanya sy agak berani nak control suasana ni, tp students yg ambik exam tu sama level dengan sy cuma mereka 'junior'   yg bekerja. Boring sih jaga exam. Hari sabtu, sy ada geng teman jaga exam. Nasib baik ada model, sy tinggal dewan kejap dan mengular sekitar fakulti hahaha. 

Sy sangat tak suka suasana nak exam. Suasana stress, suasana suram, suasana yg resah gelisah. Bila dah sambung masterji ni, lebih releks, tak payah hafal2 term teori satu buku tu. Yang penting tak ada final exam! tp test dia mak ai, banyaknya markah. Really hate memorizing. Sebab ia memenatkan dan membosankan! What a boring life.. ceh..




I really need organizer, untuk sy buat kerja2 sy ontime. Buku ni lama sangat dah sy simpan. Sbb syg, sy simpan buku ni sampai kertasnya dah bewarna kurning. Sy ada habit simpan buku2 yg comel kertasnya. Sanggup beli tapi tak guna. Sy nak guna pun pada perkara2 yg sangat bermakna. Dairi, oh tidak, mungkin menjurus pada trevelog sy. Walaupun tak berjalan jauh mana dan sekerap mana pun, tapi ini adalah permulaan! 



Abah bagi cekak rambut yg dia beli di Turki. Wow, cekak rambut. Pernah abah bagi rantai emas. Balik2 je bagi rantai. Kadang2 balik2 je bagi kain untuk dijahit. Abah ni suka 'shopping'. Gadget yg ada pada sy semua abah yg belikan termasuk hp. Alhamdulillah. Dulu zaman friendster, abah yg buatkan akaun kami adik beradik. Hehehe. Abah la orang yg suka susun segala perancangannya. Ada plan A, B, and even contingency. You have to listen to him, sebab dia orang yg banyak makan garam. Abah yg lembut hati. Treat him nicely. He's my abah! my hero!


Selalu buat liputan ketika mereka di sana. Hehehe. Tengok gambar lagi rasa jeles. Heee. Seronok melihat mereka gembira. Jalan2 berdua, macam muda2 dulu je. Harap dapat teladani mereka dan menjadi lebih baik untuk masa hadapan. 


Bakal menantu? owh tak, mereka terlalu muda hahaha. Sy tanya abah, diorang pandai berbahasa Inggeris, abah kata, diorang tak berbahasa inggeris, cuma abah buat body languages je dengan diorang. Hehehe. Dalam gambar ni diorang mcm paham2 je kan. Nak honeymoon kat sini lah hihihi.


Ya Allah, permudahkanlah urusan di dunia dan diakhirat ku nanti. 

Thursday, November 22, 2012

Reunion


Masih lagi tentang penceritaan cuti seminggu yg tidaklah seberapa indah. Nak bersenang2 kemudian, hendaklah melalui kesukaran terlebih dahulu. Dalam masa seminggu, inilah masanya nak settlekan semua assignments individu. FA and the geng pun nak tumpang stay kat rumah sy, untuk ambil jubah konvo. Tak lama lagi mereka rasmi bergelar graduan UiTM. Hee. Sebelum FA and the geng sampai, sy tekad, apa2 pun assingment sy kena siap 95%. Sebabnya bila dah tinggal kerja, susah nak back on track. Dalam masa seminggu tu jugak, I'm drowning in information. Tak sempat nak melayan Dina, or plan nak jenjalan. Nasib baik Dina bawa laptop, at least dia tak bosan. Settle je 95% assingments sy, kami keluar jalan2. Disebabkan letih stay up dan Dina juga tidur lambat, letih itu dipikul berlipat kali ganda. Mula la simptom sakit kaki menyerang. Dina dah tak tahan, terus beli selipar. Hehehe. 

Rancangan kami adalah untuk jumpa Inshirah. Inshirah dah balik rumah, jadi inilah masanya kami beli sedikit barang2 baby. Seronok tengok baju baby. Tambah2 baju gegurl. Dengan rabennya, dengan bunganya. Ape yg sy cari adalah headband baby. Baru la nampak gegurl Insyirah tu. Hee. Arra pun tak lama lagi akan dapat adik. Adik perempuan pleaseeee.. boleh mintak2 pulak kan.




Sy tetap setia dengan kasut, walaupun sakit kaki. Tu pun dah pakai flat shoe. Dina suka crocs dia je, tp crocs dia hilang, nak beli, warna tak de la, saiz tak de la. Last2 pakai selipar je. 


Inshirah baru nak masuk sebulan. Dah bam2 dah. Cepat besar ye saiyang!  



Cuba bangunkan si bam2 ni. Dia stretching je, tak celik pun.. =.= 


Bila tetamu sy datang, apa lagi, riuh rendah suasana rumah. Seronok!. Terasa macam kita nak duduk serumah je lagi. Terasa macam kita ke tourney je. Kebetulan, dalam rumah ni ada satu lagi bilik yg tidak berpenghuni, bila kami ramai2 lepak2, borak2 kat situ memang terasa macam pergi tournament sbb, bila pergi tournament kami akan diberi tempat penginapan bilik2 di kolej. Bilik2 yg ada kelengkapan seperti katil double decker  meja, almari tetapi telah dikosongkan sempena cuti semester. Sebab tu bila masuk reramai dalam bilik tu, terasa macam kami ini adalah peserta pertandingan. Hee

Malam tu, kami makan2 berjemaah, dan juga berbowling berjemaah2. Diorang bagi semangat kat Dina sampai strike sih. Hebat2 hehehe. Memang kecoh gelakkan orang je la time ni. I was so sleepy time ni. Sangat2 mengantuk, ada 5% lagi assignment sy tak siap. Harus siapkan juga malam tu. Kalau tidak. Padah la jawabnya. 



Geng2 Machang + Segamat.



Dah lama tak jumpa Alin. Makin cantik. Alhamdulillah, housemates sy semuanya dah bekerja. Tunggu turn sy pulak nanti. I miss u guys. Kadang2 bila dah pindah, sy dapat kurangkan simptom rindu pada mereka. Adakalah moving for good itu ada kewajarannya. 
=))

Sangat berharap suatu hari nanti kita akan dapat jumpa, isi masa lapang sama2 dan lebih bermanfaat. Walaupun kita jumpa sekejap saja, tak apa, itu dah cukup buat sy rasa sangat gembira.  



 Kembali dengan rutin harian.Moga dipermudahkan sehingga tamat pengajian! 


Alhamdulillah, settle semua individual assignments sy. Ahad ni kena jaga exams plak. Dan umi dan abah akan sampai esok! Heee, tak sabar~~

Tuesday, November 20, 2012

A day out with family

Cuti mid term dah berlalu, tp cuti kali ni memang cuti dengan assignments. Terpaksa bertungkus lumus bagai nak rak siapkan assignments. Sebab adik ada, nak luangkan sedikit masa keluar jalan2, tengah ada teman kan. Hee. Umi dan abah sedang me'reward'kan diri mereka jalan2 tempat orang. Rindu umi dan abah. Huee. Walaupun abah hari2 sms, update aktiviti mereka yg menambahkan lagi rasa cemburu hehe, tp terasa keberadaan mereka yg sangat jauh. Insyallah selamat sampai Jumaat ni. Nasib baik la Dina ni tak kebosanan sangat, dia pun dah belajar kat area sini2 jugak, jd dia dah pergi kesemua tempat2 yg biasa pergi. Tak pergi pun dia tak kesah. 

Tapi teruk juga kena pulun semua assingment, sebab nak siapkan cepat. Tak sempat pun nak photoshoot dengan geng2 berjubah hitam! Sempena tahun baru, hee usaha untuk perbaiki diri tidak akan pernah berhenti. Fighting!!. 




Letih teman orang cari baju sejuk, kami lepak tempat lain dan balik lebih awal hehehe. Disebabkan desired nak siapkan assignments tu berkobar2, sampai tak dapat tidur. Rasa nak peluk Dina pulak, risau bukan main.



Tahun ni ramai kawan-kawan kahwin. Terasa mereka kawin muda. Walhal umur sekarang bukan pre- dewasa dah. Haila2. Still terasa muda, macam mana ni? Teringat waktu diploma, sy dan 3 roomate lain pernah 'deal', siapa kahwin awal, dia akan dapat hadiah paling besar. Peti ais barangkali, dan siapa paling lambat, dia kena basuh kawah. Deal sambil gelak2. Akhirnya, giliran random yg kami pernah sebut, nampak gayanya mungkin menjadi realiti. Tahniah!! Semoga semuanya berjalan lancar hendaknya. Peti ais u olsss. Disebabkan  ketiga2 mereka sudah bekerja KECUALI sy, maka potensi menjadi ke4 tu potensinya sangat tinggi. Owh how I miss those days. 

Sejak dari dulu lagi, memang sy tak aim kahwin di usia muda. 



Pesan kat umi, nanti beli accessories, jgn beli yg macam mak cik2, nk funky2 punya hihihi. Nak pakai sampai penuh tangan. X)




Abah beli kek coklat dan aiskrim. Sedap sih makan macam tu. Sejak dua menjak ni, memang nak makan kek je. 


Kolej Jasmin. Sy betul2 ingin perubahan suasana suatu hari nanti andai ditakdirkan untuk sambung belajar itu adalah perancangan paling hampir. Terasa nak sambung terus, tp kadang2 rasa betul2 pancit nak habiskan master ni. Tapi ini masanya waktu suasana belajar ni tengah hot! 

Maaf, random update.  

Thursday, November 8, 2012

8.55


Alhamdulillah, rumah baru sy setakat ini baik2 saja. Roomate sy juga Insyaallah baik2 saja. Walaupun rumah ni kecik berbanding dulu, tp sy ada ruang sendiri untuk uruskan aktitivi2 harian. Minggu ni supervisor sy outstation, ohoi tak yah pergi kerja. Disebabkan dapur kami lengkap dengan barang2, seronok la nak masak. Lagipun barang tak crowded kat dapur tu.  Hee. Juga sangat bersyukur dengan saat2 gembira bersama keluarga. Abah yg sgt gembira  dan nak trevel dengan umi minggu depan, umi yg tak pernah putus2 membekalkan kami ilmu untuk dunia dan akhirat. Juga sangat gembira dengan kehadiran 2 sepupu kami, Nur Insyirah dan Nur Maryam. Alhamdulillah mereka sihat dan sangat comel. 


Nur Insyirah si sepet, cepat besar ye, nanti boleh buka mata luas2. Bila maksu letak Insyirah di ruang tamu, semua sepupu datang kerumun. Nak dukung Insyirah kecik lagi, hanya mampu tengok. Tapi Insyirah ni good girl, tak merengek pun, ashik tido, tak sedar dia dah berpindah dari satu tangan ke satu tangan lain. Hee. Nur Maryam lahir lambat skit. Tak tengok lagi baby. Mesti jumpa nanti Nur Maryam dah boleh merangkak dah. Macam Irsyad dulu, jumpa masa baru lahir, kali kedua jumpa dah boleh merangkak. Cepat betul masa berlalu. 

Sekarang ni fenomena gajet. Semua sepupu sibuk main gajet. Diorang tak de kerja lain main gajet je. Tp ok la, sebab sepupu sy ramai kalau tak diorang main lari2 dalam rumah, lagi la serabut. Riuh rendah rumah tok ma. Bila Amy nak datang beraya di rumah sy, dia rajin. Jadi umi pun suka. Sy plak kalau balik rumah, sy malas nak keluar. Tapi sebab Amy datang, sy bawa dia cari apa dia nak. Hehe. Pernah satu hari, kereta mati depan traffic light. Jam teruk. Kami diam je dalam kereta. Crv marah lagi kot. Hahaha. Asal je sy drive, terus je dia buat perangai. Rupanya masalah bateri. Nasib baik abah sampai cepat. Then bagi chance Dina drive. Mak ai, nak terkeluar jantung. Mungkin sebab sisi kereta tu agak besar, dia susah nak bajet space. Dah la corner tak berapa lepas, kita yg kat sebelah kena tolong pusing stereng tu. Mungkin ni la perasaan abah bila sy mula2 drive dulu hee.

Sejak dari sekolah dulu, sy hanya bawa kawan pulang kerumah sekali sahaja. Lepas tu tak pernah bawa dah. Sebab sy tak berapa suka bawak kawan balik. Sy jeles umi layan istimewa kawan sy tu. Bagi sy, hanya kami je patut dilayan sebegitu hahaha. Tapi bila dah besar, dah tak jeles dah. Parent sy lagi mengalu2kan kawan2 sy. Nak kenal kawan2 sy. Kadang sy malas ajak orang datang rumah sebab sy suka terperap dalam rumah. Sy hanya ke pasar dan ke tempat2 yg sy nak cari barang2 sy saja. Sy malas nak drive. 



______________________________________________________________




"If you desire Allah to be persistent in granting you the thing you love, be persistent in doing the things He loves."- KhadimulQuran





Rasa bersyukur sebab umi tak pernah putus2 mengingatkan kami tentang dunia akhir zaman yg banyak tipu daya. Kadang2 rasa tak cukup dengan apa yg dibuat, tp perlu istiqamah. Juga rasa bersyukur dengan kudrat umi yg Allah beri untuk sentiasa mengingatkan kami yg sering alpha. Bila terfikir, selamatkah diri ini dengan fitnah dajjal nanti? Ya Allah takutnya. Bila rasa tak mampu nak buat amalan2 untuk akhirat secara berterusan, umi kata berdoa. Allah yg mampu menggerakkan hati, dan gerakkan fizikal untuk buat semua tu. Juga rasa berterima kasih sebab senantiasa ada teman yg sering mendoakan untuk jadi lebih baik. Doa dikirim tanda pesanan ikhlas untuk diri sendiri. Mendoakan yg terbaik untuk orang lain sememangnya terasa kelapangan dihati. 

Teringat conversation Dina, Orang yg lebih baik akan dapat orang yg lebih baik. Sy nak jadi orang yg lebih baik juga! sebab orang disekeliling sy jauh lebih baik dari sy.