18 tahun lalu, sy membesar 3 tahun di Sabah.*nostalgia je cerita* Bila parent sy kena pergi observe students mereka, kami adik beradik selalu ikut. Kadang-kadang ke Tawau, Ranau, Tenom dan sebagainya. Abah akan sediakan satu buku kecil dan pen untuk sy dan adik sy catat dalam setiap perjalanan kami. Apa yg kami jumpa, apa yg kami makan, apa yg kami lihat.. semua ada dalam buku tu. Kadang-kadang kalau malas, sy lukis.
Seronok, walaupun sering muntah dalam setiap perjalanan. Tapi bila sy dah masuk darjah satu, sy tak dapat lagi ikut. Jadi selalu menumpang rumah kawan abah, pak cik Abu Bakar. Pak cik Bakar ni ada anak sebaya sy, Khaulah. Kami sekelas. Anak-anak pak cik Bakar ni independent. Mereka basuh kasut sendiri dan iron baju sendiri. Waktu tu, abah je yg selalu basuh kasut dan nila baju sy, jadi sy tak biasa buat sendiri. Dari situ sy berdikari.
Teringat 1st time iron baju sekolah sendiri. Iron tu berat betul. Terpaksa guna kedua-dua belah tangan nak iron baju. Papan iron tu nak sama tinggi dengan sy, dapat bayang tak? Hihi. Tapi sy tak pernah bersungut. Kalau bersungut pun tak dapat apa-apa. Sy tak mengadu pun kat abah. Tapi bila sy balik rumah, abah sy terkejut tengok sy iron baju sendiri. Teringat abah nak iron baju, jadi sy potong line abah. Masa nak iron tu, abah terkejut! 'meh2 abah buat'. Dan teringat kapur kasut sendiri kat laman rumah pak cik Bakar. Sy main hentam je, tapi bila tengok Khaulah kapur cantik, sy tiru dia kapur kasut. Sampai sekolah menengah kasut sy cantek je~ *ehe perasan
Bila parent sy outstation lebih seminggu, sy rindu tapi sy buat muka releks je. Satu hari pak cik Bakar balik dari outstation, tapi parent sy tak balik lagi. Petang tu, sy tengah tengok tv, pak cik Bakar baru balik, dia lalu depan sy dan tiba-tiba teddy bear pink jatuh depan sy. Cepat-cepat bagi balik kat pak cik Bakar. Pak cik Bakar kata teddy bear tu umi yg bagi. Apa lagi, tak pernah berenggang dengan teddy bear tu. Keutamaan sy adalah teddy bear tu. Satu hari, time tengah tengok tv lagi. sy dengar orang bagi salam, nampak umi depan pintu dukung dina dan hakim kat tepi. Terus berlari pergi dekat umi. Peluk sambil nanges. Sebab parent sy tak pernah tinggal sy lebih seminggu.
Adik beradik Khaulah yg selalu buat sy lupa apa yg sy tunggu. Petang-petang main kat laman. Dalam kelas, Khaulah tak leh lawan sy waktu tu hihi. Dalam kelas sy sibuk berlumba dengan budak no 1. Sebab sy selalu dapat no 2. Kalau budak no 1 tu kalah pun time buat latihan. Stress! Tapi hadiah budak no 2 selalu lagi cantek dari budak no 1. Hakikatnya budak no 1 tu selalu nak tukar hadiah dengan sy. Hihihi.
Sy jadi ketua kelas, tapi sy malas nak cakap 'semua bangun, selamat pagi cikgu'. Terpaksalah assisstance sy kena sebut benda tu. Hihi. Kerja sy main je. Kat rumah selalu gayut talifon dengan kawan. Kawan sy suka betul call. Sampai abah menyamar jadi polis, cakap kat kawan sy, dia salah nombor.Pastu tak gayut dah. Part paling best, sy kena hafal sifir. Cikgu dalam rumah yg paksa. Hihi. Umi cakap hafal sifir sambil baring. So sy baring dan tidur. Umi tak marah pun, weekend je kena hafal sifir. Sy hafal dah suruh hakim jawab, konon nak ajar, cara sy nak memorize time tu hihi.
Pernah cikgu panggil sy dan kawan sy. Kami diberi soalan lisan. Masa tu darjah satu. Kami disuruh mengeja perkataan bahasa Inggeris, lumba lari dan.....tu je yg sy ingat. Beberapa hari kemudian, nampak muka sy terpampang kat board sebelah pejabat. Bila balik rumah, cerita dekat umi. Esok tu umi datang ambik sy, dia pergi ke board tu, umi kata sy jadi pelajar contoh. Time tu tak paham lagi ape benda pelajar contoh. Bila umi explain, barulah sy faham.Tapi sy tak ada perasaan pun tentang itu.
Tapi bila balik kelantan, semua panorama berubah. Diuji untuk kuatkan hati dan juga redha dan bergantung sepenuhnya pada Allah dalam apa jua keadaan. Skip penceritaan selepas balik dari Sabah. Fuh, tak nak ingat kehidupan waktu tu. 3 tahun lepas, pernah berbual dengan umi tentang ujian itu. Rasanya kalau tak ada ujian itu, mungkin kami masih dalam scala tidak berubah, mungkin tiada peningkatan dalam amal ibadah, kesedaran menuntut ilmu atau mungkin kami dah jauh dari jalan yg sepatutnya kami buru. Umi kata 'Allah nak bagi banyak pahala kat kita sebab Allah nak kita sentiasa sabar'.
Tapi setakat ini tak pernah rasa keluh kesah tentang hal itu. Tak ada perasaan kot. Rasanya kehidupan sekarang selepas terbongkarnya apa yg tersirat, kami lebih baik begini. Hee, rasanya sy sedang mengulangi zaman kecik-kecik dulu. Dulu nak pergi mana-mana catat, sekarang semua ada dalam gambar, handycam.
Matahari akan muncul semula selepas ribut melanda. Dan mungkin dihadiahkan pelagi.
Kadang-kadang rasa jovial sy masa kecik tu berulang kembali. Mungkin 18 tahun lalu sy tak tahan kalau parent sy outstation lebih seminggu. Tapi sekarang, parent sy yg tak tahan nak jenguk anak-anak yg 'outstation'. Teringat masa dina kena duduk asrama. Abah buat ayat syahdu. 'Petang-petang abah kayuh basikal pergi asrama dina, tengok dina buat apa'. Tak sampai setahun duk asrama, dina dah 'berulang'.Hehe.
Sy yakin, kehidupan lepas ni lebih baik dari dahulu. Tapi satu benda saja sy malu bila umi start nak discuss pasal Kahwin. *blushing2* Sy rasa bila depan umi dan abah sy, sy masih budak kecik 18 tahun lalu. Event sy tengah buat master sekarang. Haish. Kadang-kadang rutin abah dengan anak-anak tak berubah. Sebab tu sy rasa sy masih lagi budak 18 tahun dahulu. Sebab umur sebelum 6 tahun tu sy tak berapa ingat dah. Walaupun umi sy dah tahu serba serbi tentang sy. Sy tetap rasa muda remaja awww.
Tak sangka sy tengah flash back zaman sy 18 tahun dahulu. Dan tak sangka sy dah besar dewasa. Hidup ini banyak perkara yg indah walaupun tersirat duka. Tapi siapalah sy tanpa kasih sayang tuhan yg esa. Yang melindungi, yg menjaga, yg mendidik, yg mengasihi lebih dari kasih sayang manusia. Tapi, bagaimana untuk membalasnya? Harap + berusaha untuk perbaiki diri, amal ibadah, hati dan hubungan sesama manusia. Sy ada kehidupan indah, Alhamdulillah, syukur. Semoga apa yg sy buat di dunia ini, sy tidak akan menyesal di akhirat. Sy sedang memburu sesuatu untuk kehidupan di akhirat. Harus kuat berusaha + berdoa.