BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 23, 2013

Keempat: Insyaallah



Minggu depan, akan bermula satu perjalanan hidup yg panjang. Akan daftar menjadi salah seorang pelajar UIA hujung bulan ini. Sebenarnya sy betul2 tak sangka akan sambung belajar lagi. Bajet akan terus bekerja. Tetapi memandangkan sy sendiri pun tak bersedia untuk bekerja, jadi lebih baik sy sambung belajar. Dan ini merupakan impian abah dan umi. Usia masih muda, peluang banyak dan sy rasa mungkin ini yg terbaik.

Dulu, lepas habis master, sy solat istiqarah untuk membuat pilihan. Bukan untuk khawin tapi samada sambung belajar atau bekerja. Dan kebetulan sy mimpi masuk UIA. Dan kebetulan juga minggu depan akan daftar UIA. 

Sy betul2 rasa tak percaya akan sambung dalam masa terdekat. Proposal yg sy hantar hr tu rasanya biasa2 saja. Dan ada beberapa borang tak lengkap. Tapi masih tetap rasa bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk selesaikan salah satu impian yg tak pernah terlintas. 

Sebenarnya sy takut. Sebab dah rasa alam research ni waktu buat master dulu. Bebanan dia sangat mencabar. Sy takut perangai dan tingkah laku sy sendiri. Kejap2 ok, kejap2 ko. Hari ni rasa agak bersemangat sikit akan sambung belajar. Sy perlukan mental dan fizikal benar2 bersedia. Dan cuti yg lama ini sudah mencukupi untuk sy berehat. I guess. 

Juga agak takut pada sesuatu yg susah untuk digambarkan disini. Sy juga harap sy istiqamah dgn apa yg sy buat 7 bulan sebelum ni. Sebagai sumber kekuatan untuk sy. 





Sy mungkin akan keseorangan. Tapi tak apa. I'll make new friends, new life, new hope, new aim for my self and for my future. Allah dah tahu sy akan lalui semua benda ni. Sy tak perlu gundah dan gelisah. Tentang jodoh, ya sy percaya mungkin masanya sudah dekat. Sy saja kurang sabar. Jadi sila bersabar. 





Apa yg sy alami, tak sehebat dan seteruk dia. T.T . Kenapa sy kena lemah dan patah semangat? 

Fighting!

Sunday, August 18, 2013

Stage




Jumpa dlm iPad abah.. 

Sebelum naik pentas. Sy tekad. Sy nak tinggalkan semua benda yg buat sy sedih atas pentas tu. Sampai disitu sahaja. Lepas ni sy tak akan ingat apa2 dah. Format memories. =))