BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 27, 2012

At least...


Hutan terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terawih bersama housemates. Walaupun ada 3 orang je kat dalam rumah, kami seronok jalan kaki ke masjid untuk terawih, sahur dan berbuka puasa bersama2. Petang tadi, nampak api di sekitar pokok2 depan kawasan perumahan. Bomba pun ada. Berterbangan debu2 hitam. 

Ini baru api dunia, apa neraka? Takutnya. Di akhirat, amalan pertama dibuat perhitungan adalah solat. Solat lah. Susah tetapi bersabarlah. Syurga tersangat indah dan bukan diperoleh dengan mudah. Usahalah. Allah pasti tak akan sia2kan usaha kita.

Rasa gembira dapat bertarawih bertiga. At least kita tak ketinggalan. Tak apalah, yg lain tarawih dengan keluarga.  Lagi best. 1st tarawih, rasa macam solat dalam tadika. Ya Allah, bisingnya tak terkawal. Stress. Lama kelamaan, suasana surau dapat dikawal dan Mula2 rasa risau nak ke surau, kadang2 anjing berkeliaran. Besar pulak tu. Tp Alhamdulillah, kami tak patah semangat. Semoga semuanya tak sia2. Insyaallah. =)

Thursday, July 26, 2012

Koh Samui : Malam Kebudayaan


Sebenarnya agak terharu dengar cara penduduk kampung meraikan kami. Yang penting lauk malam tu sangat sedap. Tak perasan makan daging kambing malam tu. Tak bau pun. Macam kat Aceh, tak perasan makan daging kambing. Ehee. Sampai je dekat kampung tu, baru dapat tengok anak2 penduduk kampung. Pagi tu tak jumpa sebab diorang ni pergi sekolah. Kelebihan malam tu, dapat berinteraksi dengan mereka dengan bahasa melayu slang kelantan. Kerap gak kena bahan dengan diorang sebab tak paham bahasa siam. 

'kak buleh kecek siam?'

'Kak tok gheti kecek siam'

'hahaha kak tok gheti kecek siam'

Malam tu kami dijadualkan solat berjemaah dengan penduduk kampung di masjid. Sebelum tu kami sibuk ambik gambar budak2. Jadi budak2 tu keluar dari kelas, dan duduk beramai2 depan kelas. Sekali tak dapat control keadaan, memang bising. Dah la orang tengah solat. Kitrg pun tak tahu nak kawal macam mana. Suruh masuk kelas, diorang tak layan. Hump. Tunggu cikgu dia la nampaknya.



Ada yg tak fasih bahasa melayu, dan ditranslate oleh kawan2 dia. Ramai translator kat situ. Diorang tunjuk lirik lagu nasyid yg akan dinyanyikan, tp dalam bahasa siam. Konfem2 la tak faham. 







Makannn! 



 Ada stage untuk persembahan. Cuak dah, karang kami yg spoil event.


 kelas satu buat persembahan






  all is well, 'bila nak habis ni u olss,'. Then baru la tetiba lagu tu ending.




Sumbangan dari pelbagai pihak termasuk Karangkraf

Selesai tujuan asal datang ke sini. Bus dah sampai. Anak2 penduduk kampung pun dah letih, esok pagi diorang ada sukaneka di sekolah, jadi masjlis malam tu berakhir dengan keadaan gembira. Kami pun letih, ramai dah exerciser dalam laut tadi kann.

Kak, nanti datang lagi yer. 

*Tersenyum, Insyaallah, ada rezeki kami datang lagi.



owh tak lupa chelet yg cantik berhadapan pantai~~

Tuesday, July 24, 2012

Koh Samui : Day 2


Day 2: Perkampungan Islam Baan Hua Thanon, Koh Samui

Kewujudan Sekolah Islam Nurul Ihsan adalah hasil usaha jawatankuasa Masjid Nurul Ihsan dan penduduk kampung Muslim setempat yg mahu mengekalkan nilai murni Islam dan menyuburkan bahasa Melayu di kalangan generasi baru. Majoriti penduduk bekerja sebagai nelayan. 

Untuk mengelakkan schedule kami diubah, kami ikut tentatif program tanpa kompromi. Jalan2 perkara sampingan, yg penting misi program ini tercapai. Ingatkan penduduk kampung dah tahu kami akan datang pagi tu. Kelam kabut jugak penduduk kampung pagi tu. Hairan juga, bagaimana maklumat itu disampaikan. Akhirnya siap jugaklah sudut bacaan, bukan perpustakaan, sebab bahan bacaan tak banyak. Yang ada ni pun dah lebih muatan bus.

Di Aceh, kaum adam je yg pasang rak ni. Tapi pasang rak ni senang je, lagipun rak banyak, jadi kami bergotong-royong untuk bina sudut bacaan dan juga gotong-royong bersihkan kawasan sekolah dan masjid. Semua kerja jadi senang sebab semua orang tolong menolong. Tak ada budak lelaki, tak tahulah macam mana nak angkat barang2 tu.



Kami memantau kawasan. Cari jalan untuk laluan bus


 Perkampungan Islam Baan Hua Thanon, Koh Samui

 Hadiah 'merentas desa'.. setengah jam cabut benda ni











 Gotong-royong dalam masjid


 womon/ mon ... mon mon mon













 Tuan haji kreatif sangattt... Buat bee.. Tak sangka dalam hati ada lebah.hehe



 Bee tuan haji awesomelah.

 Quotes. Entah diorang paham ke tidak. Harap bermanfaat =)

Warga UiTM Kampus Puncak Perdana ke Koh Samui



K.Ila, nurse UiTM. K.Ila memang sentiasa dihati student puncak =))

Percaya atau tidak, kami breakfast dalam bus roti dan air kotak sahaja. Kami makan breakfast pukul 1 selepas selesai buat sudut bacaan dan gotong royong. Memang lapar bhai. Disebabkan Kami sampai restoran tu awal, restoran tu pun tak bukak lagi. Untuk jimatkan masa, kami settle kan program mengikut tentatif.Alhamdulillah semua berjalan lancar. Memang tak ada budak2 lah, semua pergi sekolah. Sekolah kebangsaan la kot kalau kat Malaysia, petang baru pergi sekolah agama. 

Lepas makan barulah kami jalan2 di Pulau Koh Samui. Memang cantik pantai dia. Cuaca tak panas, biasa saja. Bila terpandang cermin, muka dah merah, tanda nak sunburn. Dan paling kelakar, bila bus lalu depan rumah urut, semua orang dah bising2 gelak2. Tapi bukan musim pelancong kot. 

Program terakhir bersama penduduk Islam Baan Hua Thanon, Koh Samui, kami akan solat Isyak berjemaah dan dijamu makan malam, tak lupa persembahan anak2 penduduk kampung. Kami juga diminta untuk membuat persembahan. Haaa.. nasyid darurat. Dah la lupa lirik, pastu tak da ending. Anak2 penduduk kampung lagi best, tengah nasyid sempat lagi berebut mike. Lemah jantung dibuatnya. Tengah berbaris sempat lagi dia gaduh2. Sangat aktif! Suka. Lain kali boleh datang buat LDK plak. 



....bersambung...

Sunday, July 22, 2012

Colour


Your true friend is the one who participates in your efforts and for the sake of your gain, is prepared to suffer losses. –Ali RA

Cepatnya masa berlalu. Kita dah sampai stage baru. Haluan yg berbeza dan destinasi yg berbeza. Jeles juga mereka akan bekerja awal skit dari sy. Tak ada dah orang yg akan shake kepala si Star. Star dah jumpa tempat lepak baru. Bajet kita tak sampai nak sentuh dia.

Yes indeed, kita dah dewasa. Always be rational and relevance hihi. Jujur walaupun pahit. Rasanya kita dah gunakan semua masa yg kita ada untuk jaga silaturrahim ni. Walau bagaimana pun keadaan kita, teruskan untuk baiki diri sendiri menjadi yg lebih baik. Harap suatu hari nanti, bila kt dapat bersua nanti, kt pasti dah jadi orang yg lebih baik di kemudian hari. Thank you for all joy, experiences, lesson, appreciation, honest and laughter, whenever you need me, Insyaallah, I'll be there. Thank you Allah for giving them to me and colour up my world.

“Follow up a bad deed with a good deed, to waive it out.”