BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 31, 2012

Alhamdulillah





Semua yg ada pada kita, adalah pinjaman. Semuanya bersifat sementara. Tak ada yg kekal. Sesuatu yg kita sayang, orang yg kita kasih atau kebahagiaan dan keamanan yg kita cari. Yang akhirnya akan kembali kepada yg satu dan kemudiannya dihitung kebaikan di dunia tak dilupa dosa yg ada.


Teringat lagi dgn orang yg menegur sy. Jemaah masjid yg mungkin setia menunaikan solat 5 waktu disana. Dia terkejut kerana dia terserempak dengan sy seawal jam 6 pagi dan terserempak kali kedua bila sy pulang jam 6 hampir pukul 7 mlm. Sy pada mulanya hairan, rasanya tak pernah kenal orang disekeliling perumahan itu. Sebab hanya menumpang di rumah pak cik sepanjang praktikal. Rupanya dia cam sy sebab terserempak dengan sy bila dia nak pergi solat subuh, dan sy nak pergi kerja, dan bila sy pulang, dia nak pergi solat mahgrib. 


Sepanjang praktikal, sy akui, tidak mudah tika itu. Semuanya susah. Baru sy faham, bagaimana warga kota yg ingin survive. Sepanjang tempoh itu, sy kenal pelbagai orang. Pelbagai latar belakang dan kehidupan. Warga kota yg mencari rezeki yg halal untuk keluarga. Dan tak lupa warga asing yg cuba nasib di negara orang. hihi. Jika nak dibandingkan dengan keadaan sy dulu. Nak pergi mana-mana, abah yg hantarkan, semuanya mudah dan senang. Nak kemana saja, boleh drive sendiri. 


Tapi hairan, macam mana sy mampu survive dalam keadaan semuanya susah. Bayangkan, sy mampu bertahan dalam train yg padat. Kadang-kadang sy dah biasa tersepit dalam train. Sy tak kisah berjalan kaki yg agak jauh untuk sampai ke tempat kerja, hidup dengan berulang-alik dari satu kawasan yg jauh dengan hanya menggunakan public transport dan sanggup membantu teman yg kekurangan wang. Kadang-kadang sy takut duit tak cukup, tapi sy tak pernah mintak lebih, malah cukup walaupun belanja sy untuk dua orang. Walaupun kos hidup tinggi sy dapat bertahan, Alhamdulillah. 





Tapi kali ini, tidak sama seperti hari sebelumnya. Kalau dulu, mak cik dan pak cik sy datang ambik dan hantar kalau nak balik sha aramu, tapi sy cuba tak nak susahkan keluarga pak cik sy waktu praktikal tu, memandangkan dia baru ada keluarga baru, dan kalau boleh sy nak ringankan beban dia.



Bila balik dari kerja, sampai kawasan rumah, sy singgah ambik dua orang sepupu sy. Arra dan Ammar. Seorang kena dukung dan seorang lagi kena pimpin tangan tambahan dengan beg mereka. Sy cuba ringankan beban mak cik dan pak cik sy yg terpaksa balik lewat dengan menjadi baby sitter untuk dua orang sepupu ni. Sampai rumah dengan keadaan berpeluh-peluh. Arra dah nampak peluh kat kepala. Dalam train, kalau sy dapat sit, itu satu kejadian luar biasa. Tapi sy masih dapat bersabar walaupun terpaksa berjalan slow bila bawak 2 orang kanak-kanak rebina ni balik. Sy tak boleh jalan laju, sebab sy pimpin Ammar, dan kalau naik tangga, Ammar sibuk kira tangga, jadi sy terpaksa naik tangga slow-slow. Kadang-kadang, Ammar yg bawakan beg Arra. Bila dah sampai dirumah, sy kena bagi reward kat Ammar sebab tolong sy bawak barang. =))


Dulu sy nak pergi kerja, ada teman, tak lama lepas tu sy sendirian. Tak apalah, masing-masing ada pilihan hidup sendiri. Kadang-kadang sy pejam mata rapat-rapat bila teringat bus yg laju dan terasa mcm naik roller coaster. Sumpah tak akan naik dah bus tu. Kadang-kadang teringat mamat saiko yg menakutkan. Bila pergi kerja, sy tak ada geng sebab sy keluar awal sangat, tak nak naik train sardin pukul 7 pagi. Jadi sy pergi awal, 6.30pagi. Train KTM memang terserlah dengan kelambatan servis. Lambat train, lambat lagi si Rapid Kl. Sebab tu bila balik rumah, sy ada geng, kami tak naik bus, tapi naik teksi je. Tak kuasa tunggu kura-kura. 



Dalam susah payah sy seharian, kawan sy merancang nak pindah duduk dikawasan yg mudah nak dapat public transport. Tapi hakikatnya, sy rasa tak secure duduk dengan orang yg tak kenal. Kami pernah survey rumah, tapi sy susah nak berkenan dengan rumah itu selain rumah pak cik sy. Kadang-kadang sy pelik, apa yg membuatkan sy tabah? Bila baca buku pink yg nipis, sampai bab yg mana shortly Muhammad says:




"Ubatilah penyakit-penyakitmu dengan bersedekah"



Nota hati : sedekah itu adalah pintu yg agung dan juga salah satu pintu yg melapangkan dada. Sedekah itu juga pintu yg membuka hati nurani. Seseorang yg berbuat kebaikan akan dibalas oleh Allah swt dengan kelapangan dada, kesenangan hati, kebahagiaan hidup, cahaya dan keluasan hati nurani juga kemurahan rezeki di dunia. Alangkah ruginya jika kita tidak merebut pahala sedekah.





Di tempat kerja , sy terpaksa melalui stesen LRT P.Seni. Kat sini ramai sangat orang homeless dan peminta sedekah. Pernah suatu pagi, bila lalu di kawasan kedai dekat stesen LRT, sy mesti akan beli roti kegemaran. Bukan satu malah dua. Sebab sgt suka roti tu. Tapi sy terserempak dengan peminta sedekah yg buat signal lapar. Terbantut rasa gembira. Sy bagi roti tadi untuk dia buat breakfast. At least dia dapat makan. Ramainya homeless kat situ menyebabkan ada sukarelawan asing datang membantu. Mereka datang dengan membawa makanan. Macam-macam gaya peminta sedekah kat situ. Tapi sy tak sampai hati dengan hanya memerhatikan mereka. Ada si buta dengan tisunya dan ada yg sekadar meminta dengan anak kecil disisi. 



Mungkin, disebabkan sedekah, seseorang itu cekal menempuhi hari-hari sukar. Namun banyak yg dapat dipelajari sepanjang tempoh praktikal. Ideology mereka, gaya hidup, prinsip yg mereka pegang dan juga mata ini tak pernah lepas dari melihat dan mempelajari erti kehidupan. Wajah-wajah yg dapat ditafsir dengan pelbagai cerita itu yg mungkin tak dapat kita lihat dalam dunia kita. Rasa bersyukur sangat-sangat dengan nikmat yg ada.



Sepanjang tempoh itu, tipulah kalau sy tak rasa sedih sebab terpaksa bersusah payah pada mulanya. Walaupun sementara, tapi masih ingin meneruskan untuk merasai kesusahan itu, agar hati sy tahu dan terdidik dengan rasa susah, supaya sy sentiasa bersyukur. Agar hati sy jauh dari rasa sifat angkuh, sikap menunjuk-nunjuk, takbur dan riak. Kerna itu sy bertahan. Tapi tanpa sy sedar, sy tamat praktikal dengan keadaan seperti mana sy datang kerja buat kali pertama. Sy masih meneruskan perjalanan sbb sy tahu, perjalanan orang lain sangat sukar berbanding sy. Walaupun sy tak ada teman, sendirian, Allah gantikan dengan teman yg banyak beri sy tunjuk ajar. Bukan satu malah lebih dari dua.  



Ammar dan Arra penghilang penat dah lelah. Sebab itulah dalam ramai-ramai ahli keluarga, sy seorang saja dapat dukung+peluk+cium+buli mek Arra tu. Orang lain pengang pun Arra tak nak. Hihi




Sebaik-baik wanita adalah, yang apabila diberi sesuatu, dia bersyukur.
Dan bila tidak diberi apa-apa, dia bersabar, yang menyenangkan hatimu
bila kamu melihatnya, dan mentaatimu bila kamu menyuruhnya..




Sy tak nak ada rasa riak walaupun siapa sy akan datang. Mungkin lebih baik dan mungkin kurang dari itu. Cukuplah menjadi orang yg bersyukur dan hamba yg tidak mendustakan nikmat yg diberi. Bila kita sedih sebab diberi kesusahan, kita lupa banyak lagi nikmat yg Allah beri. Tiada charge untuk setiap nikmat. Hanya bersyukur saja. kalau harus dibayar setiap nikmat, mungkin banyak cacat cela dalam kehidupan kita yg jelas nampak dimata. Hidup bukan hanya untuk nafsu semata-mata. Kita sering lupa tentang kehidupan akhirat yg kekal. Dunia ini tak menjanjikan apa-apa pun kesenangan diakhirat nanti. Moga kita bukan antara golongan yg rugi.



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, January 24, 2012

Hanyut



Degupan jantung kencang. Terasa tangan dan kaki sejuk beku. Mata memerhati gelagat trio yg lain yg tidak asing dalam arena itu. Waktu berhimpun. Gelak tawa kedengaran, dewan meriah. Ada yg masih sibuk bercerita, ada yg diam membatu. Masanya tiba. Sasaran ditentukan. Kumpulan-kumpulan tadi berpecah. Bertebaran ke tempat yg ditentukan. 

Capai blazer, yg akan menghangatkan badan yg sudah sejuk beku. Di fikiran sibuk mengolah, mentafsir dan memahami usul yg diberi. Bertemu pihak lawan. Pemilihan usul dengan stratergi masing-masing.30 minit. Masa yg terlalu singkat. Bersedia, pena, kertas dan tak lupa kamus dewan. Speaker pertama membuka persoalan. Cuba bawa mereka hala tuju konsep. Buku tebal merah memastikan kami tidak tersalah arah. Idea ligat, pertahanan juga siap siaga. Konsep selesai, terus ke beban bukti dan penghujahan. Pihak lawan masuk dewan. Berdebar. Berkumpul. Menadah tangan untuk Ilahi, agar dipermudahkan urusan dan dilancarkan pertuturan. Dengan izin Allah.



Ambil posisi , gayanya bagaikan bertempur di medan perang. Walau masih bukan pahlawan sebenar, kami bertatih kearah itu. 7 minit peluang yg harus direbut. Asakkan persoalan. Gemuruh hilang. Yang ada hanya pertahanan dan asakkan melumpuhkan lawan. Kemenangan akan ditentukan, salah dan silap yg harus diperbaiki. Itulah adat setiap pertemuan.


Saat indah. Saat gembira. Think-tank dengan cara kami sendiri. Bila berguru, kami patuh, maki itu biasa. Malah diingati. Pernah keadaanya suram akibat diserang penyakit hasad. Namun tidak lama. Mujurlah. Pendeta hadir bersama harapan. Serta merta meriah dengan orang baru. Adat roda tidak akan sentiasa diatas. Kini segalanya seperti mimpi.



Buat pendeta yg setia. maaf kerana tidak lagi bersama. Keadaanya tidak kami sangka. Suasananya beda. Tiada pengangan. Tiada kekuatan. Terlalu lama kami menunggu. Terlalu banyak teka-teki. Sudah tiada lagi jalan pulang. Mungkin pilihan adalah berlalu pergi. Akur. Terima kasih atas memori. Indah sekali. Tidak akan dilupakan walaupun disangka hilang dari bayangan.  Terima kasih kerana membenci. Mengurangkan sakit hakikatnya pencar.


Semoga berjaya pasukan kita di gelanggan seterusnya.

Monday, January 23, 2012

a tried and tested friend


Kegemarannya, kesayangannya. Apa saja akan dibuat, dituruti untuk melihat kepuasan, kegembiraan. Galak. Leka mencari titik pertemuan. Hitung tolak. Yakin akan bayangan difikiran. Tak hirau perkara disebalik, alam sekeliling , mata dan hati yg memerhati. Tiada kaitan. 

Sibuk mengukur, menghias. Agar nampak cantik, indah. Ironinya memaksa. Ada padanan yg pentingkan citarasa tersendiri. Namun tak dapat melepasi garisan kawalan. Akhirnya tersungkur. Jatuh. Tersenyum melihat bunga dandelion didepan mata. Pura-pura meneliti pada bunga di jalanan. Sakitnya didiamkan saja.

Bisu lesu. Air mata kering. Imun dengan hati yg tuli. Padanan yg mengguris. Abandon. Bangkit. Berlalu pergi. Disapa kabus dingin mengigit. Pandangan kabur. Mata hilang tumpuan. Terus melangkah.

Disangka penghujung rupanya penamat.  Kawalan yg lumpuh tiada lagi pengawal. Angin beralih arah. Kencang. Takdir memisahkan segala. Apa yg ada keberadaan disitu dipanjangkan cerita, diolah sebagai perasa. Penceritaan lalu telah dibawa pergi oleh angin dan bayu. Kelam. Tiada cahaya. Esakkan dada kuat. Mata bergenang lagi. Perhitungan dulu penguat semangat....

Masih belum ada titik akhir. Dia berdiri di sudut sana, di pulau memantau. Menanti sinar. Tetapi rumah api itu sudah sepi tiada lagi. Lukisan pulau itu pelbagai versi, warna, corak tafsiran. Tiada satu yg hampir serupa. Pelukis tak akan berhenti melukis. 

Whistle blowing.

Menarik, memaksa si penunggu yg setia menanti ketibaan kapal pergi. Pulau itu tidak lagi dikungjungi. Kapal itu tidak lagi membawa apa yg dinanti. Cuba memahami, mendalami. Akur walaupun enggan. Berimaginasi. Mungkinkah parcel ada didasarnya. Masih percaya walaupun mustahil untuk parcel impian akan diperolehi. 


Piuter itu tak akan muncul kembali.

Saturday, January 21, 2012

Bersaudara itu indah




Kutipan derma untuk Aceh sedang giat dijalankan. Mungkin kali ketiga untuk diri sendiri. Dulu pernah kutip derma dekat balai Islam. Ada program. Macam budak kutip derma waktu solat hari raya. Macam tu la first time pengalaman kutip derma. Kata umi, sy jalan laju sangat. Malu!. Sy jalan laju sampai ada mak cik yang kena tarik tangan bila sy lalu depan dia. 

Bila sebut Aceh, mesti orang akan teringat gempa yang berlaku baru-baru ni. Walaupun tidak mencatatkan kehilangan nyawa, tapi di hati kami juga tercalit kerisauan. Tapi, kuatkan semangat, ada misi penting yang nak dilaksanakan. Bantuan haruslah berterusan. Selain dari present paper kat sana, banyak aktiviti amal akan dibuat. Kami lebih menfokuskan pada aktiviti ilmu. Tapi aktiviti sebenar masih di dalam perangcangan.

Aceh masih memerlukan sumbangan. Bukan hanya saudara kita di Palestin, tapi saudara kita kat Aceh tu dapat makan ke tidak. Kami dengar pelbagai cerita sedih disana. Oh Allah, kuatkan lah hati mereka.

Sy pada mulanya excited nak ke Aceh. Tapi makin bertambah semangat bila melihat wajah-wajah anak muda yg willing untuk menderma. Insyaallah, kami akan sampaikan berita sumbangan anda telah sampai kepada mereka nanti. Kasih sayang dan prihatin dari mereka yang jauh di Malaysia untuk saudara serumpun di Aceh. May Allah bless us . 

----------------

Beg sy masih ada satu plastic friskies. Terjumpa seekor anak kucing terbaring atas jalan. Terkejut. Dah mati ke anak kucing ni?   


Meow 

Terus anak kucing tu bangun. Kurus. Kesiannya. Pergi ke gerai berhampiran. Cari sesuatu yg boleh mengenyangkan anak kucing tu. Tapi tak ada. Sy pergi kedai runcit beli friskies. Letak friskies tu atas tangan. Anak kucing tu datang dekat. Tapi dia tak nampak friskies tu. Bagi kucing tu hidu friskies tu. Rasa gembira. Makan pun


Sy selalu rasa sedih bila tengok anak kucing terbiar. Malam tu sy lalu lagi kawasan yg sy jumpa ank kucing tu. Ternampak ada orang ambil anak kucing tu. Lega, akhirnya ada orang yang betul-betul prihatin. Friskies tu masih banyak dalam simpanan. Tak butuh mendengar suara anak kucing yg kelaparan.

Mcm anak kucing tadi, kotor, kurus, dan mungkin sakit. Tapi bila ada orang willing nak pelihara kucing tu, semuanya dah berubah.

----------

Alhamdulillah, masih bertuah diberi nikmat yang tidak putus-putus. Moga diakhirnya, sy bukan tergolong dalam golongan yg ingkar. 

Sunday, January 15, 2012

Tiada pangkal dan penghujung



Umumnya. Post dalam blog ini 75 peratus adalah random dan tidak ada spesifikasi tertentu. Banyak post tiada penceritaan awal, pernceritaan akhir dan kadang-kadang di pertengahan penceritaan. Kenapa? sebab dalam penceritaan ini, sy kurang mahir dalam menceritakan gambaran lain selain menjurus kepada penceritaan sebenar. Untuk elakkan membuka aib orang lain tanpa disedari jadi hanya sekadar bercerita tanpa orang lain dapat mengesan apakan peristiwa yg berkaitan. Sesetangah orang memberi gambaran dalam bentuk analogi. Tapi, memang tak mahir sangat dalam bab-bab analogi . =)




Kadang-kadang rasa post-post sebelum ini, tidak sempurna. Tiada pangkal dan penghujungnya. Tetapi perkara yang di highlight itulah sebenarnya key point yang nak diceritakan. 



Sama jugak dengan situasi analisa sesuatu perkara. Semua perkara perlu diteliti sebelum dijadikan beban bukti, pemberat dalam pembuktian. Kadang-kadang lebih terjerumus dalam analisa diri sendiri dengan sandaran pada firasat sendiri atau gesture. Dan adakala firasat ini betul dan jika ia salah, besar kesan dan akibatnya. Kadang-kadang dengan menganalisa sesuatu perkara, key point proses itu adalah untuk mengingati pihak tertentu.Kadang-kadang suatu peristiwa itu berlaku 'with no turning back'. Perjalanan mesti diteruskan. Carilah destinasi yang lain. Mungkin destinasi sebelum ini tidak sesuai dijadikan perhentian untuk kita.  


Peraturan jalan raya. Ada jalan yang tidak membenarkan 'u turn'. Jadi, tak perlu buat 'u-turn'. Teruskan perjalanan. Kalau 'u-turn' itu membuatkan pemandu sesat jalan, kenapa perlu ambik risiko?



Mungkin sesuai menjadi pemerhati saja. Dan sahabat yg mendoakan kebahagiaan teman yang lain.








Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih

Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah

Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia






Friday, January 13, 2012

Semester break



Tak lama lagi, housemates akan pulang ke rumah masing-masing, kecuali sy.  Dan agak bernasib baik kerana mereka balik sekejap je. Tapi tanpa mereka ber7, memang rumah ini sunyi, macam rumah sy kat Kota Bharu tu. Hehe. Dan sekarang banyak sangat masa terluang. Jadi sy harus merancang 'cuti' semester kali ini. Dan sangat berharap supervisor sy tak bagi kerja menaip lagi. Hadoi, berpinar mata, tp buat strategy dengan mengupah housemate tolong continue kerja menaip sy. Hehehe. Disebabkan semester break kali ni kemungkinan tak balik. Dan bernasib baik family sy yg datang KL. Dapat jumpa jugak walaupun bukan belajar di luar  negara pun.


Pertama : Cuti kali ini, kena fikirkan tajuk untuk research project. Kalau nak tunggu part 3, masak la nak pulun sepanjang final semester. Abah dah selalu pesan, fikirkan tajuk research project sekarang. Dah nampak bayangan library databases dah. Dan benda yang penting juga adalah membuat pilihan siapa supervisor research project akan datang. Walaupun supervisor dah cakap, buat la reseach project tu under dia. Tapi masih lagi blur. Tajuk pun tak terlintas, apatah lagi nak memilih supervisor.  Nampaknya kena selalu lepak di library. Tempat yg sangat kondusif untuk berangan. Eh!

Kedua : Selasa lepas, kami tolong supervisor shredding. Mak ai.. 5 beg plastik sampah diisi dengan kertas yg dah dishreding. Kertas kat rumah tu pun perlu di shreding jugak. Selalu di kolej, habis saja exam, akan berlaku proses 'shreding'. Jadi barang-barang akan kurang quantitinya berbanding semasa di pertengahan semester.Perlu untuk kemas semua benda untuk semester baru. Rumah sewa kami pun masih ok. Sewa pun masih ok. Semester kedua bagi sy dan semester terakhir kanak-kanak degree housemates. Nasib baik sy bukan yg paling tua dalam rumah itu. Masih muda dalam kalangan kami.

Ketiga : sy masih belajar tentang photography. Walaupun pak cik dh bagi tunjuk ajar + buku photography. Tapi kadang-kadang bedal ikut suka jugak. Disebabkan ada masa yg terluang, Insyaallah akan redah tempat-tempat yg akan beri idea untuk photo shoot. Cuma sekarang kekangan idea dan tak ada kawan yg free boleh jadi escort. Suka bawa orang yg lebih muda dari sy. Sebab mereka tak banyak cakap dan ragam. 

Keempat : Habiskan bacaan yg tergendala. Tahun lepas 3 buku dibaca separuh jalan, 2 buku dibaca langkau-langkau dan 2 lagi chapter 1 pun tak habis. Dan satu buku hanya tengok muka depan saje. Teruk betul. Banyak bahan bacaan, tapi satu pun tak habis dibaca. Nak cakap subjek master ni banyak buku teks, tak ada pun. Owh terlupa, sy ada banyak article kena khatam time tu. *alasan.* Cuti ni kena habiskan. Insyaallah. Sy suka membaca, tapi disebabkan en.internet ada. Kadang-kadang lupa sy ada hobi membaca.Pengaruh internet yg sangat kuat. Sebab tu sy remove semua application facebook dan sebagainya dalam handphone. Depan laptop pun dah berjam-jam dan mengubah rutin, tak kan jauh dari laptop pun nak online jugak. Hehe. 

Tapi yg penting, jangan lupa jaga keselamatan dan kesihatan. Perjalanan masih jauh. Teringat eksiden 2009. Anny cakap  - 'nur, ko buat drama ye cuti-cuti ni'.

Drama seram. Kagum tengok housemate kerja part time. Sekurang-kurangnya mereka dah rasa susah payah cari duit. Jauh beza dengan diri sendiri. Moga Allah permudahkan urusan mereka. Selamat bercuti dan selamat mengelabah check result exam. Hehe

Wednesday, January 11, 2012

We use to be





Alhamdulillah. Tak tergambar leganya perasaan apabila berita yang dikhabarkan itu tidak benar. Beberapa minggu yang lalu, sy diberitau tetang khabar en.assignment. 

'dah boleh ambik term paper dalam bilik prof.' 

Rasa beku sekejap. Individual assignment kali ini besar jumlah markahnya. Stress kejap bila orang lain bagitahu tentang markah pulak. Stress sebab diri sendiri yang tak sempat lagi tengok markah, tapi orang lain dah pantas tahu dari kita. Selalunya prof tak akan paparkan jumlah markah. Jumlah markah ada pada assignment yang dihantar. Jadi kalau dia tahu, sah dia sport check assignment sy. Stress takut markah sy rendah.

Dan bila ditanya 

'markah sy berapa?'. 

Pantas saja dia menjawab. Sah dia dah buka assignment sy. Huhu. Dan lagi stress bila markah sy kedua terendah. Mula la tak nak cakap dengan orang. Cuba menenangkan diri sendiri. Tak apalah, dah cuba yang terbaik. Nak buka Quran untuk hilang stress. Dan beberapa hari selepas itu sy dah okeh. Bila jumpa prof, sy lari. Malu. Sebab markah sy rendah. Lama-lama sy bertekad nak pergi ambil assignment sy. Orang lain dah lama ambik. Bila pergi bilik prof, assignment sy tak ada. Kata prof ada orang dah ambik. Stress.

Balik rumah dengan perasaan hampa. Siapa yang sangat rajin itu. Aduhai. Sy redha. Benda dah jadi. Keesokkannya, sy dapat assignment sy balik. *sigh, crap diorang dah tahu markah sy*. Sy buka muka surat paling last. Eh! Banyak pulak markah. Mak cik ni kata markah sy antara terendah. Luar dari jangkaan. Nampak tulisan prof 'very good'.  Pandang mak cik tu, *sy panggil kawan sy mak cik sebagai nama pengganti hehe*


'mak cik, cakap markah sy **, kenapa tak sama pun dengan apa yang prof tulis dengan apa yang  mak cik cakap?' Mak cik tu ape lagi, mesti la nak tahu berapa markah sy. Sy sorok. Tak nak bagi. 

'Markah mak cik berapa?' 

'markah **'. 

'yes! markah sy tinggi dari mak cik'. 

Cubaan saiko dia pulak. Haruslah dia berkeras nak tahu markah sy. Walaupun banyak beza, tapi information yg dia bagi pada sy tempoh lalu, adalah salah. Dan sangat jauh perbezaan dari markah sebenar.

Andi dah tegur sy supaya pergi check sendiri. Baru puas hati. Tapi sy degil, dan sy bajet maklumat itu betul. Rupanya salah. Rasa dah sengih ke telinga. Tapi sebelum itu sy dah cukup terbeban dengan rasa sedih sebab ingatkan dapat markah corot. Hadoi. Dan rasa lagi stress time tu bila mak cik Andi yang pergi library dan baca buku information management, walaupun kami dah merdeka. Ayoyo. 

Sy tenung markah sy. Sangat besar kesannya kalau maklumat yg diberi itu salah. Sy dah banyak kali down. Sy dah korbankan banyak masa dan tenaga ke library untuk cari bahan. Dan waktu tu abah sy tak sihat. Tapi sy dah redha. Hikmah sebalik redha tu besar rupanya. Walaupun dah banyak kali 'kes' seperti  ini terjadi pd sy. Tapi sy nyaris-nyaris bersangka buruk.

Same goes to lies. Sy bagi contoh, kalau kita ditipu penjual tetang sedapnya nasi ayam dia. Tapi rupanya kita ditipu. Nasi ayam tu dah tak boleh makan tapi masih dijual. Kesannya kita keracunan makanan. Tak dapat pergi kelas, tak dapat jawab test. Kena jumpa doktor dan sebagainya. Impak dia besar. Tapi cerita kat atas tak ada kena mengena dengan cerita dibawah. hehe Moralnya jujur itu penting kan. Tak payah tunding jauh. . Dengan diri sendiri kita jujur tak? Disebabkan dusta, 10 tahun berkawan pun akan menjadi orang asing dikemudiannya.Walaupun seremeh mana dusta itu, ia tetap besar pada yg lain. 

People change for one of two reasons: They have learned a lot, or they have been hurt too many times.

People do change. And a few of them are not turning back. Benda yang lepas tak perlu dikesali. Yang penting benda yang akan ditempuhi. 

There is a candle in your heart, ready to be kindled. There is a void in your soul, ready to be filled. You feel it, don't you?” ― Rumi

Yup! I feel it~





Wednesday, January 4, 2012

HNY 2012











Rasanya sempena tahun baru moleklah guna perkataan ganti nama yang lagi sopan sikit. Hehe. Dah peram post ni 4 hari dah. Alhamdulillah selesai akhirnya 2 assignment yang tertangguh. Mentang-mentang prof tunda tarikh hantar. Berjimba sakan. Tapi berjimba tahun baru kali ni berilmu skit. Lain dari biasa. Dulu lagi hebat. Sambut tahun baru kat rumah je. Tahun lepas sambut dengan Arra je. Hehe. Dalam program tahun baru, rasa macam duduk melihat gadis solehah pelbagai watak. Semua comel-comel. Budi bicara, tingkah laku, tutur kata. Indahnya.


Dua minggu lagi, isi rumah ni akan balik ke rumah masing-masing. Sy masih terikat dengan contract. Walaupun semalam dah mengadap boss, bagi signal kat farah dengan membesarkan anak mata, supaya big boss tak suruh filing surat. Surat mereka bukan sebarang surat. Dulu masa susun surat supervisor. Saja tutup mata buat tak nampak isi surat supaya tak terbaca takut terberitahu kepada orang lain. Lagipun sy memang avoid bercerita tentang 'kerja' di fakulti ni. Menjaga amanah orang dan juga ingin terus dipercayai.


Last assignment ni rasa malas tu kuat betul. Sempena tahun baru, sy jadikan tahun baru ini sebagai titik perubahan kearah kebaikan. Sebelum sambung master, sy memang nak travel, kenal budaya,agama dan cara hidup masyarakat lain. Tapi lepas habis praktikal, sy tak kemana malah kena buat persediaan nak sambung master. Tup tup dah semester satu. Lagipun waktu tu memang tak ada teman nak travel bersama. Dah biasa trevel 'redah' ni. Tapi kalau beramai-ramai kurang dari 5 orang lagi best. Dahulu selalu travel. 'debat +jalan-jalan'. Sekarang dah pencen, tak ada aktiviti tetap yang harus ditumpukan melainkan assignment dan kerja di fakulti.


Bila baru rancang nak balik, program misi ke Aceh pun baru nak bermula. Acara sebelum bertolak, mengutip derma. Dah lama tak kutip derma. Katanya kutipan derma akan dibuat ke semua fakulti. Ok lah, janji lepas 7hb. Kadang-kadang dengan aktiviti ini, rasa macam dapat menundukkan sifat angkuh pada diri. Dan group sy akan betul-betul berfungsi pada program kat Aceh nanti. Bagaimana bumi Aceh sekarang agaknya. Penduduk yang kebanyakkannya muslim. Mungkin lebih baik selepas ditimpa bencana. Tapi nak ke kita bangkit selepas kena bencana sedasyat itu? Kena musibah, baru nak beriman? Baru teringat solat? Minta dijauhkan.


Tahun baru ini, saya berazam untuk menjaga diri sendiri dengan lebih baik. Maksudnya mencegah diri sendiri dari dosa dan maksiat. Barubah tak perlu bila tahun baru sahaja. Tapi sekarang dah tahun baru jadi sekaranglah kan. Umur belum rasmi 24 tahun tapi bakal dirasmikan sooner. Dah dewasa dah. Sedang cuba untuk mengubah perkara yang menjadi kebiasaan. Tidur lambat, mula la set 7 alarms untuk solat subuh. Lepas subuh tidur balik sebab semalam tidur lambat. Jadi sy tukar strategy. Kadang-kadang ralit buat kerja, tengok jam, alamak dah pukul 1. Ok2 sikit lagi ni, then tengok jam dah pukul 2.30. Mana taknya 7-8 alarms. Sebelum tidur baca doa sambil merayu-rayu supaya aku bangun subuh esok. Alhamdulillah bangun.


Stratergi baru, sy cuba untuk tidur awal dan bangun awal. Terus solat, baca Quran sikit, Mathurat sikit dan baru buat kerja. Cuma sy memang jarang-jarang jogging pagi-pagi. Dari dulu lagi. Sebab tu badan tak kuat. Angkat berat sikit sakit urat. Sakit tapak kaki. Dah macam orang tua walhal uban pun belum ada. Pernah ditegur sebab terlalu sensitif. Cepat terasa. Dan suatu hari dalam kelas, lecturer bagi satu nasihat. 'perempuan kena kurangkan sikat cepat terasa, lelaki kena buang sikap menipu'. Terfikir, mungkin benar aku cepat terasa walhal tak nampak dengan mata kasar aku terasa. Selalunya aku susah terasa dan ada possibility untuk 'berdendam'. Sebenarnya bukan berdendam, merajuk kot. Hihi.


Kawan ni boleh dijadikan sebagai cermin kita. Dia tahu apa kebaikan dan apa yang patut diubah. Jadi bila ditegur, jadikan ia sebagai nasihat untuk perbaiki diri + bersangka baik. Dulu masa aktif debat. Kawan-kawan debat selalu cakap sy lahar. Sebenarnya waktu itu, sy menegur atau memberi pendapat direct to the point. Jadi orang berkenaan rasa sentap padahal riaksi sy biasa sahaja sebab apa yang sy nak sampaikan tu sampai . Tapi sy dah pencen. Tak melahar dah. Cuba sedaya upaya untuk bercakap dengan hikmah. Walaupun rasa macam kelakar. Sebab tak biasa dan selalu gurau dengan melaha. Tapi kali ni tekad untuk tidak 'menembak' orang.


Dan kadang kala terdetik dihati kita untuk berubah, rasa bersalah jika solat lambat, rasa bersalah tak baca quran, rasa resah tak tutup aurat. Walaupun bermula dengan rasa bersalah, usaha untuk meninggalkan segala perbuatan yang membuatkan kita resah. Moga tahun baru ini juga sebagai lagkah untuk perbaharui iman, akidah dan ibadah. Rasulullah selalu berdoa di dalam zikirnya.

“Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepadaMu
daripada kekufuran dan kefakiran”.


Moga tahun baru bersama azam baru, semangat baru untuk membina jati diri sebagai muslim dan sebagai persediaan akan datang iaitu akhirat yang tak akan nampak pada mata kasar. Macam zaman sekolah dulu. Serba baru bila dah buka sekolah. Dari atas sampai kebawah hingga ke dalam isi beg. Semua baru. Kenapa ibu bapa kita tiap-tiap tahun belikan yang baru? Untuk kita sentiasa bersemangat menempuh alam pendidikan kita. Supaya kita belajar untuk dunia dan juga bekalann di akhirat. Beruntunglah orang yang diberi rezeki yang melimpah ruah. Tetapi rakan-rakan sekolah yang susah dahulu, mereka tetap berjaya kerana usaha mereka yang ingin memperolehi kesenangan di hari kemudian. Segalanya terletak pada usaha. Normal kalau manusia kejap semangat dan kejap tak semangat. Sebab itu usaha adalah sebagai titik tolaknya. Kawan-kawan sy semua dah menuju kejayaan. Mereka dah sangat hampir pada cita-cita mereka.



Masanya untuk kita ucap selamat tinggal pada zaman jahiliyah. Moga Allah terus bimbing kita semua. Berubah sukar tapi nak istiqamah itu sangat sukar. Semoga sy terus istiqamah menuntut ilmu, mecari ilmu dan mengamalkan ilmu. Bila malas kena cari momentum semangat untuk sentiasa rajin. Jangan bertangguh. Selalu bila rasa selesa, dalam comfort zone, dah kononnya bersyukur. Cepat sangat rasa berpuas hati. Tapi apa pun, semester hadapan masih ada. Insyaallah. Masih belum terlambat perbaiki apa yang kurang untuk semester ini. Doakan.

Dah meleret dah. Post rojak kali ini random sahaja. Malam ni kena study. Semoga berjaya dalam peperiksaan. =))