Alhamdulillah.
For the happy moments.
Semalam, awal pagi lagi kami bersiap untuk ke masjid untuk solat raya.
Peringatan untuk Khutbah raya semalam
Jangan menindas orang yang lemah dari kita
Take note pada hati.
Jangan berlaku zalim pada orang lain. Teringat waktu intern di kota raya Kuala Lumpur. Area Pasar Seni. Sepanjang intern, aku belajar banyak benda. Aku dapat belajar bukan sahaja ilmu akademik yang perlu aku penuhi, tapi juga tentang kemanusiaan.
Hari-hari aku jumpa pengemis di sekitar pasar seni. Dekat jambatan KTM Kuala Lumpur, Dekat stesen LRT Pasar Seni dan tak kurang juga aku pernah jumpa orang khayal sebab hidu gam. Polis tangkap penjenayah dalam McD pun sempat alami.
Takut, sedih, bersyukur.
Ada orang kata bagi sedekah kat pengemis tu bukan satu cara untuk membantu mereka. Dia member pendapat bila melihat aku bagi sedekah pada pengemis. Katanya mereka itu entah-entah sendikit. Aku tersenyum.
Pertama, aku percaya pada janji tuhan tentang sedekah. Dengan sedekah, Allah akan banyakkan lagi rezeki kita dan juga pahala pun dapat kat dunia. Soal sendikit ke tak, yang penting niat. Kita sempat ke pergi selidik dia tu betul-betul sendikit. Lagipun dia tak minta untuk jadi pengemis. Kita niat untuk membantu mereka pun dah cukup. Memberi la sebanyak yang mungkin, kerana member lebih baik daripada menerima.
Waktu intern adalah waktu genting. Duit mengalir laju. Terasa bebenan hidup di kota. Tambahan dengan menaiki kenderaan awam yang agak tinggi kosnya. Tapi aku cuba berbelanja berhemah. Tak mahu susahkan keluarga. Tak mahu minta wang lebih. Mereka sudah banyak laburkan wang untuk aku.
------------------------------------------------------------------------------------
Itu cerita membantu mereka yang lemah. Walaupun kita tak berduit *sebab masih dalam tanggungan keluarga, tak ada alasan untuk kita tidak membantu. Bantulah dengan apa yang kita mampu.
Bila balik rumah, semua isi rumah senyum lebar. Masa untuk mengalas perut! Umi bagi sedikit juadah untuk jiran sebelah. Mungkin raya korban kali tidak meriah buat mereka. Moga juadah yang tak seberapa itu mengurangkan rasa sedih beraya tanpa ibu bapa. Tak apa, mereka pergi menunaikan rukun Islam.
Raya kali ini, tak de korban kat sini, umi dan abah aku wakilkan pihak lain untuk lakukan korban di kemboja. Dah nak masuk 5 tahun kami korban di kemboja. Walaupun tak pernah jejak kaki kesana. Jadi kami dirumah tengok suasana haji kat tv.
Mengisahkan seorang gadis yang cacat anggota badan, tidak ada keupayaan untuk berjalan dan dia berkerusi roda dari Turki. Gembiranya dia tiba di Mekah. Dia medepakan tangannya sewaktu ayahnya membantu dia menolak kerusi roda. Mengalir air matanya tika berdoa membuatkan aku pun tiba-tiba selsema.sob sob.
Katanya saya telah meninggalkan segala dosa saya di sini dangan harapan apabila pulang nanti saya ibarat bayi yang baru lahir tanpa dosa.
Sebelum berangkat pulang, dia menangis sedih sepanjang perjalanan. Teringat waktu aku nak pulang ke tanah air. Kata mutawir, ciri-ciri umrah yang diterima Allah adalah apabila dia hendak berangkat pulang, dia rasa sangat berat hati nak pergi.
Tapi. Waktu tu, aku tak rasa apa-apa. Aku agak risau. Kenapa aku tak rasa sedih pun. Atau Allah tak terima umrah aku?
Bila dalam kapal terbang. Aku lihat pemandangan Jeddah sebelum pulang. Rasa sebak. Bila kapal terbang berlepas, deras air mata mengiringi jalan pulang. Moga aku diizinkan kesini lagi.
Petang tu, kami pulang ke rumah nenda. Gembira! Sebab kami tak lambat kali ni, Hakim plak memandu dengan hati-hati. Bagus! Lama dah tak berbual panjang dengan sepupu sendiri terutamanya Nawal. Dulu masa masuk UiTM Machang, kami satu batch tapi lain-lain krusus. Walaupun dia tua setahun, tapi dia memang kakak dalam segala hal. Hehehe. Dulu kami selalu borak pasal final exam, sekarang kami borak pasal cita-cita. Dia pun nak sambung master, Insyaallah.
Tapi raya di Pasir Puteh lagi best. Nampak skit balik kampung. Tapi sejak berpindah dan duduk atas satu tanah dengan keluarga mak cik aku, lagi besar la zon keluarga kami. Bertapa kami cepat membesar. Sooner, mak cik aku yang bongsu akan diijab Kabul dengan ayah su to be.
Moga talian kekeluargaan ini tak akan putus sampai bila-bila. =))


No comments:
Post a Comment