Day 3
Hari ketiga sepatutnya kami ke Tanoh Abe untuk aktiviti amal bersama anak-anak yatim disana, tetapi ada perubahan jadual. Hari ketiga kami jalan-jalan dan hari ke empat barulah aktiviti amal itu akan dijalankan. Hari ketiga ni macam ekspedisi menjejak manuskrip pun ada. Kami ke muzium yg menyimpan manuskrip lama yg berusia puluhan tahun dan observe bagaimana orang zaman dahulu sudah pun mempunyai etika penulisan dan penjagaan manuskrip. Mereka menjaga bahan lama dengan hanya menggunakan beberapa herba. Kalau di tempat kita sudah moden. Nak pegang helaian kertas pun harus menggunakan glove.
Pagi tu selepas selesai breakfast, buku-buku yg dibeli telah sampai. Buku-buku ini akan didermakan kepada public library dan juga untuk sudut bacaan rumah anak-anak yatim. Di Indo, mereka panggil panti asuhan tapi ditempat kita rumah anak-anak yatim. Mula-mula ingat nama rumah anak yatim tu panti asuhan. Buku-buku itu juga hasil dari derma orang ramai sewaktu kami buat kutipan derma tempoh hari.
Kadang-kadang kami tergelak bila dengar dailek penduduk tempatan. Kadang-kadang dengar diorang cakap kelate, pastu bunyi kedah, pastu bunyi negori pastu bunyi melaka. Padahal itu dailek Aceh. Memang tak sama dengan dailek kita pun.

Cop buku sumbangan dari warga Uitm. Buku-buku ini semuanya telah di alih bahasa. Muka depan gah je bahasa inggeris. Kat dalam bahasa indo. Betapa mereka cintakan bahasa mereka. Kalau buku rujukan kita bahasa melayu, konfem cari buku bahasa inggeris kan. hehe
Kami naik bas yg kiut tu ke muzium. Dekat aje dengan hotel. Muzium tu kecik saja. Masuk muzium terus terjah manuskrip. Lepas je tengok manuskrip, kami dah merewang. Jumpa rumah ni. Rumah tradisional. Tapi rumah tradisional aceh lain sikit bentuknya. Mungkin ini sekadar pameran. Muzium ini atas inisiatif individu, if i'm not mistaken. Koleksinya tak la banyak sangat tapi mungkin ada nilai value tersendiri.
gambar family potrait. tihehe
Selepas ke muzium, kami ke pusat pengumpulan buku-buku. Disebabkan public library musnah teruk semasa tsunami, mereka masih mengumpulkan buku-buku untuk diletakkan di perpustakaan yg mungkin sedang dibina.
Sumbangan dari kami yg tak seberapa. Insyaallah dimanfaatkan sepenuhnya nanti
Kami dibawa ke tempat pertama dilanda tsunami. Dahulu, penempatan ini mempunyai penduduk yg padat. Dan bila tsunami melanda. Inilah keadaannya. Bus berhenti di tepi jalan, lalu kami turun ambil gambar sebagai kenangan. To be truth, agak scary juga, sebab di kawasan yg berair itu munkin dulunya rumah-rumah orang. Tapi sekarang macam tanah lapang tiada tuannya.
Sepanjang perjalanan, perasan juga tentang rumah-rumah yg kosong tiada penghuni. Penghuninya tiada lagi selepas tsunami. Jadi rumah yg besar-besar tu sudah pun diwakafkan untuk anak-anak yatim. Supaya bila mereka besar, mereka sudah ada rumah untuk teruskan hidup.
Kebayakan bangunan yg selamat adalah masjid. Kalau yg roboh pun roboh sebab gempa. Masjid ni macam mistik sikit. Ingatkan yg tengah bina, tapi penduduk berdekatan tak ada. Mungkin tinggalan tsunami.
Gambar blur. Titik fokus tu kat lengan Pn. Diyana. tak perasan.Stress!
Di dalam ada kubur yg tak terjejas sewaktu tsunami melanda. Jadi perempuan yg tak pakai kain tak dibenarkan masuk. Kubur ni dekat dengan pantai. Dulu pantai tu jauh dari daratan, selepas tsunami, pantai tu sangat dekat dengan kubur ini. Pantai dia cantik, pasir hitam halus. Waktu tu air tak pasang lagi.
Tempat seterusnya kami dibawa ke area bot nelayan yg landing atas rumah penduduk tempatan. Bus pulak masuk lorong-lorong sempit nak menuju ke tempat ni. Gerun rasanya. Tapi bila bus berhenti kat tempat ini, rasa macam tak percaya. Selalu tengok gambar je. Kuatnya arus hinggakan membawa kapal ini ke daratan. Cuba bayangkan derasnya arus 80km/jam.
*Semoga kita bukan golongan yg insaf selepas kerosakkan dan bencana berlaku tapi sebelum semua ini berlaku.
Dan tempat terakhir kami hari ini adalah kawasan pantai. Dah lupa dah nama pantai ini. Kawasan pantai yg sangat cantik, tapi sayang kebersihan tidak di titik beratkan. Duduk bersantai sambil tunggu jagung bakar.. Dan sambil makan-makan dan inut fruit tea. Hihi. Not bad la.
Ar-Rum ayat 41:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
Dan tempat terakhir kami hari ini adalah kawasan pantai. Dah lupa dah nama pantai ini. Kawasan pantai yg sangat cantik, tapi sayang kebersihan tidak di titik beratkan. Duduk bersantai sambil tunggu jagung bakar.. Dan sambil makan-makan dan inut fruit tea. Hihi. Not bad la.




No comments:
Post a Comment