BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 27, 2012

Peranan penting

Terbaca satu pendapat. Kalau hari ini, diajak mengangkat senjata melawan musuh Allah, mampukah kita memenuhi permintaan itu?. Mungkin disebabkan situasi sy sekarang tidak berada di tempat konflik Tabing Barat Gaza.  Ada persoalan lagi, 'apa yg awak buat untuk membantu saudara kita yg tertindas. marilah join demonstrasi menuntut kebebasan mereka??' Sy diam lagi. Memang nak pergi, tetapi situasi sy tak semudah yg digambarkan. 



Kadang-kadang terfikir jugak, adakah ini satu-satunya jalan yg dapat kita buat untuk mendesak hentikan kekejaman terhadap saudara kita.Tapi sy percaya prihal boikot, namun bukan senang nak boikot ni dan tak semua antara kita yg betul-betul boikot. Sy pun sama. Dah kena bius dengan produk yahudi. Semester lepas, sy belajar tentang strategi perniagaan. Sy tahu syarikat makanan ni dari Amerika malah dikatakan ia juga milik yahudi, tapi bila tengok produk yg dihasilkan oleh syarikat tu, terdiam sekejap. Semua makanan itu ada disekeliling sy. Malah di setiap rumah pasti ada. Tak perlu blame orang yg pergi makan kat kedai Yahudi saja. Hakikatnya kita susah nak lari dari semua itu. 

Then terbaca tentang cerita demonstrasi dalam buku Beduk Diketuk "Tiada hari tanpa demonstrasi". Setuju dan rasa terpanggil dengan pendekatan itu. Dalam bab ni, penulis highlight satu perkara yg dah sebati dan sering kita dengar iaitu perkara yg menyakitkan yahudi, ia adalah:

"Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam solat Subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yg solat Jumaat." Malah ia diakui oleh cerdik pandai yg dari kelompok mereka sendiri. 

"Sebaik-baik demonstrasi ialah mendidik umat ini menunaikan solat Subuh secara berjemaah di surau dan Masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah kalau Allah tidak bantu kita. Lihat sejarah Badar atau Khandak, bagaimana Rasulullah SAW dan Sahabat akrab dengan Allah. Lihat pulat Salehuddin al-Ayubbi, lihat Muhammad al-Fateh, bagaimana tenguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yg lain. "
---


Kalau kat rumah, abah tak payah bising-bising nak ajak family pergi solat subuh di Masjid.  Kami dah terbiasa bangun subuh dan berjemaah di Masjid. Awal-awal dulu memang susah, tapi bila semua orang turut serta ambil peranan, perkara itu dah jadi rutin. 

Tapi bila disini, sy masih tak mampu nak ajak satu rumah solat jemaah. Sy cuba sikit-sikit. Sorang demi seorang. Tak nak paksa, tapi sy nak berlembut. Kadang-kadang sy melahar saja. Hehe. Nasib baik dalam rumah ni kebal bab-bab kena lahar. Tapi sy nak ajak mereka slow2. Sy nak dekati mereka. Sebabkan rasa sayang, sy tak nak mereka susah di Masyar. Sy kena kreatif! hihi. Kadang-kadang sy diam, tak tahu nak cakap macam mana. Tapi sy tak nak bersangka buruk. Dan sy akan rasa sangat gembira kalau mereka improve untuk jadi lebih baik.



Mungkin itulah peranan sy dalam 'bulatan gembira' ini. Harap sy tak gagal. Sy perlu berguru, tapi sy sedang berusaha kearah itu. Good luck kepada diri sendiri. =))

"jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui." [Ali Imran 3:29]

belajar untuk sedar bahawa yang Maha Mengetahui itu bukan kita.

No comments: