*tak gapai bintang, tapi gapai belon pun jadi la hihi
Bila bercerita tentang minat dan keadaan "minat yg boleh dipupuk", ia adalah dua keadaan yg berbeza. Kalau minat, pasti ada kelebihan dan kekuatan dalam bidang tertentu. Tetapi kalau bab "minat boleh dipupuk" ia mungkin tak minat, tak tahu ada kelebihan atau tak dalam bidang tertentu, tetapi ada peluang untuk membina kelebihan dan kekuatan.
Dulu sy ingat sy je yg ada minat yg membosankan. Rasa nak kerja kat muzium, nak jadi curator. Tetapi apa yg sy buat dan belajar sekarang, memang jauh menyimpang. Cuma belajar sipi-sipi prihal maklumat di dalam muzium sahaja. Dan sy juga punya teman yg mempunyai angan-angan sama tetapi kami juga tidak kearah mahupun menjurus kepada apa yg kami suka dan minat, tetapi kami di dalam kategori 'redha' di dalam posisi "minat boleh dipupuk". Sebab tu dapat survive 6 tahun dalam fakulti ni. Dah sebati segala aura-aura dengan fakulti. Kalau bercerita macam mana sy ada dalam fakulti ini, sudah tentulah itu takdir dari tuhan dan juga umi yg ubah borang upu tu hehehe. Anyway, tak ada rasa menyesal pun berada dalam fakulti ini sejak dari awal hingga sekarang. =))
Tetapi berbeza dengan kawan sy yg kedua. Dia sedang menunggu peluang untuk mengejar apa yg kami bertiga suka. Dan dia sanggup untuk ambik degree kali kedua. Pernah terdengar ura-ura untuk menambah lagi satu bidang berkaitan muzium di fakulti kami. Tetapi tuan punya idea itu sudah bersara secara rasmi. Disebabkan keadaan ini, bidang berkaitan arkeologi dan muzium kebanyakannya ada di nun luar kawasan kita. Walaupun memanglah je biadng ini dalam negara, tapi lagi best waktu ni cari scholarship dan belajar di tempat orang. First time dengar orang yg betul-betul nak kejar minat yg serupa dengan sy, tapi sy tak pun mendekati apa yg sy minat.
Mungkin sy lupa yg sy bukan punya satu sahaja kekuatan dan kelebihan yg ada. Fleksible. Mungkin dengan seimbangkan bidang yg diminati dengan "minat yg boleh dipupuk", lagi banyak benda boleh belajar. Yang penting output yg kita hasilkan dan kesan kepada diri sendiri dengan apa yg kita kutip hasil dari 6 tahun bertungkus lumus nak survive.
Banyak lagi perkara yg sy kena kejar. Mungkin rumit tapi indah.
Minggu lepas ada talk, penceramah dari university Nanyang singapore. Bila ada soalan " please encourage us to love what we do now"
Jawapan simple yet sangat mendalam. Katanya, setiap perkara ada turun naiknya. Dan mungkin dalam setiap keadaan juga tidak jauh beza. Dia bagi contoh apa yg berlaku pada dia. First degree adalah dalam bidang engineering, tapi di sebabkan "minat boleh dipupuk" dia jatuh hati pada bidang librarianship yg juga satu profession. Jangan pandang pada gahnya nama. Tapi nilai pada diri sendiri dan kesannya pada kita. *Emm, ok la, tak bias..hehe.
* weekend yg padat. Harap dapat penuhkan memori ingatan dengan perkara-perkara indah.
No comments:
Post a Comment