BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 12, 2012

Running toward destiny


oK, terasa bersemangat nak ke kelas. Walhal tak tahu mcm mana nak survive kelas 4 jam. Dan rasa bersemangat dalam segala-galanya. Semester ini perlu lebih kuat dan RAJIN. Ehe. Dah dapat token sebelum dan selepas belajar. Dah tertunai keinginan nak trevel walaupun niat asal sebelum sambung sarjana. Tak pe ini pun dah rasa sangat bersyukur. Tak lupa untuk kutip banyak-banyak pengajaran dari setiap tempat yg sy pergi. 




Memberi lebih baik dari menerima


Dunia ini adalah battlefield yg banyak onarnya. Tapi kalau tahu rasa cukup dan bersyukur, itu lagi bagus untuk menghargai setiap apa yg ada disekeliling. Dalam setiap rezeki, ia bukan milik kita total. Ia milik hamba Allah yg lain. Bersedekah, orang pinjam, duit hilang, bayar itu bayar ini. Duit tak pernah kekal. Jangan pernah gusar untuk memberi sebahagian harta yg kita ada. Dah ada pulangan yg dijanjikan untuk mereka yg suka bersedekah. Dulu orang kata kalau ke Indo, jangan bagi sedekah kepada peminta sedekah, nanti kena serbu. Di Medah sy tak bagi sedekah. Malah siap rasa curiga.


Tapi datang penyesalah yg amat. Abah hulurkan duit untuk peminta sedekah. Raut wajah mereka gembira. Tak ada pun pengemis yg lain datang serbu. Di Aceh, sy tak kisah berapa pun sy bagi kat pengemis. *padahal rambang dengan 00000 pada duit tu. Dan berharap at least dapat mengurangkan beban mereka. Di kedai makan, kami sentiasa didatangai peminta sedekah. Tak bagi mereka tak akan pergi. Jadi inilah masanya untuk bersedekah! Pada duit itu ada rezeki mereka. Kalau banyak masalah, banyak-banyak la sedekah.


Harap sy tak terlambat nak kejar nikmat indahnya belajar. Dah berharap dapat mengembirakan keluarga dengan usaha sy! Juga berharap dapat memberi semangat untuk adik-adik sy belajar bersungguh-sungguh. Kalau Allah tak makbulkan doa di dunia, tak apa. Pasti tak sia-sia di Akhirat.

Running toward destiny, Insyaallah~

 


No comments: