Dulu, sy pernah yakinkan mak cik sy, sy masih nak hulurkan bantuan walau apa pun yg pernah terjadi sebelum ini. Sy yakinkan mak cik sy, kalau dulu sy demam, dialah orang pertama datang jenguk sy.
Tapi penghujung cerita tak seperti yg dijangka. Hari terakhir kami, dipisahkan dengan kehadiran orang buta. Waktu itu, terasa bagaikan 5 tahun telah berakhir. Keadaan akan datang ini tidak akan seperti keadaan sebelumnya.
Terasa begitu tekad. Bila kenalan lain ashik bertanya. Sy beri jawapan selamat. Mungkin berdiam itu lebih baik. Kadang-kadang mengelak sebab sy tak nak flash back benda lama. Benda dah berlalu, tak usah dikenang.
Kadang-kadang rasa 'too late' nak ubah atau beri penjelasan. Kata mak cik puitis, mungkin Allah nak gantikan kawan yg lebih baik. Sy tak nak bermusuh atau putuskan silaturrahim. Cuma rasanya mungkin berdiam itu lebih baik.
Apa yg sy rasa mistake yg sy selalu buat adalah, berdiam bila ada masalah. Bajet masalah itu akan hilang dengan sendiri. Magis. Tapi kesannya teruk bila benda yg sama berulang kembali. Lama-lama rasanya macam fed up. Sekarang baru sy belajar dari kesilapan. Terlambat tapi tak nak ulang kesilapan sama.
Kadang-kadang rasa tak matang begini. Macam ni ke nak selesaikan masalah? Tak nampak pun usaha nak selesaikan masalah. Lari dari masalah adalah. Sy pun tak tahu apa nak buat dan apa patut sy rasa. Masing-masing punya kelemahan. Mula-mula rasa macam, 'redha sajalah'. Tapi redha sy tanpa usaha. Tak lengkap. Hidup ni, kalau usaha memang tak dapat.
Mungkin perlukan sedikit masa. Kadang-kadang terasa macam ada baiknya kita mulakan langkah baru.
teringat satu pengalaman...waktu tu nak melintas jalan..lampu isyarat menunjukkan kebenaran untuk melintas
laluan pejalan kaki..
waktu tu sy sedang melintas...
kereta berhenti...
then tiba-tiba kerongsang umi bagi jatuh...
sy sempat patah balik..
then motor2 dah bergerak...
sy masih di tengah jalan..
terpaku sebab lampu untuk kenderaan masih merah...
then cepat2 melintas balik...
jarak motor tu dengan sy...
seinci...
fuh Alhamdulillah~
still selamat..
kadang-kadang kita mempertaruhkan nyawa tanpa berfikir panjang...
untuk benda yang paling bermakna~
so sekiranya anda menyanyangi sesuatu/seseorang...
tunjukan rasa sayang anda setiap hari~
:D
29.11.2009

No comments:
Post a Comment