BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 5, 2012

Grown up


Cuti hari Gawai yg rasanya tak ada motif. Sy melihat dari aspek budak degree. Sebabkan ada cuti, study week mereka dipendekkan. Tengah concern ni. Hehe. Dan pengisian cuti memang haram jadah. Kesana kemari tak ada motif. The main plan had been cancel. Jadi memang carca merba la aktiviti sy. Mesae marah sebab lepas cuti baru bersungut banyak kerja, sedangkan time cuti berjimba pretending tak ada kerja.  Heh. Padan muka diri sendiri. Siap ikut Fateha Azwa pergi research tentang manuskrip. Sebab plan cuti  berubah, then lepas tu tak ada buat perubahan pun untuk mengisi masa dengan baik. Sepatutnya berada dirumah bersama-sama dina perangkap pencuri yg nak pecahkan rumah kali kedua. Tak apalah, mungkin ada hikmah cuti yg dah berubah dari rancangan. At least dapat lawan sifu dalam bersukan hee.

Di pusat manuskrip, sibuk mengeja jawi kuno dengan Fateha Azwa sampai terkeluar "to yo ta". Sebut dalam bahasa kelantan. Dalam manuskrip ada toyota ye. Tak leh baca jawi kuno dengan lancar, sebab kadang-kadang fizikal hurul tu tak lengkap. Sebab tu terkeluar ayat toyota. 

Lepas diorang research, sy hanya menunggu weekend saja. Weekend yg lalu je tak boleh diganggu. Sebab family gathering cara kami. Anak manja dah masuk universiti. Alhamdulillah syukur.

Sebelum tu, singgah jengok kak Arra. Dia nak jadi kakak dah. Banyak cakap, nampak ayu tapi sangat ganas. Abang dia sangat takut dengan Arra. Tahun depan ramailah cucu baru tok ma. 4 orang sekali. Tak payah berebut nak dukung Arra dah.  

 Arra tunjuk bakat. Geraam betei~ 



Main atas katil

 minta ayah buat susu. Kalau kita buat susu kat Arra, dia akan cari kerusi dia then tunggu.


3.6.2012

Tunggu family yg tak arrive lagi. Padahal flight pukul 6.30pagi tp landing pukul 8 pagi. Macam pergi Sabah je. KLIA jam katanya. Ingatkan jalan raya yg jam teruk. Ingatkan kenapa la semua orang tak on handphone. Rasa sangat gembira bila semua orang ada. Dapat coklat yg beli kat Langkawi. Yang ni last stock tak habis-habis lagi. 

Lepas check in, satu hari shooping dengan Dina. Umi tak berapa sihat, jadi take over cari barang-barang Dina yang tak beli lagi. Petang tu umi dah ok, sambung shopping lagi. Part best kalao jalan dengan umi.




4.6.2012

Sending intan permata ke IIUM PJ. Wah, so proud of you, even kawan abah suruh tukar kos, Dina tak nak, wat muka lagi. Dia memang minat akaun. So memang sia-sia la pujuk dia. Borak dengan umi, sementara abah dan pak cik zamri pergi makan dan Dina tengah daftar. Tiba-tiba along, sepupu kami yg daftar awal sehari datang menyapa. Nampak raut wajahnya berseri-seri.. Wah cepatnya masa. Rasanya kecik lagi korang ni. Juga terima kasih kepada pak cik zamri sebab sudi datang dan hantar Dina. Ehee


 Selesai daftar. Sengih sampai ke telinga.


Dah ramai geng sy kat sini. Along sepupu yg sama-sama membesar dengan Dina sejak kecil. Bezanya, Along anak sulung, independent skit. Dina anak bongsu, tp independent juga walapun shaking minta teman. hehe





 Ke Mahallah.




Hakim dari tadi sakat Dina. Bajet akan ada sesi air mata. Sebab dulu Dina 1st time masuk asrama, 6 kali sehari call umi. Hahaha. Padahal Hakim yang rasa sedih, tak ada orang dia nak sakat. Owh Dina tak homesick lagi ni. Tunggu dia masuk gombak, them we'll see. Tapi tak ada effect kot. Parent nak datang 2 minggu lagi. 

Seronok tengok umi dan abah gembira. Ganbatte Dina. We trust on your ability, credibility, jurusness, cuteness, bla bla bla. Akhirnya ibu bapa sy kembali berdua di rumah. Rasa nak balik segera. 



No comments: