
Apa yang buat mereka istimewa. Salah satunya, mereka selalu rasa apa yg sy rasa. segenap waktu. Kebanyakkan waktu bersama mereka. Pernah sama2 rasa loser, pernah rasa taiko, pernah kena marah berjemaah, penat lelah dan rasa susah payah. Ya, bukan senang nak jaga hubungan tambah-tambah lagi persahabatan. Lagikan lidah tergigit. Itu lumrah. Kalau nak kumpul semua kawan-kawan, memang tak akan dapat layan semua sekali. Pasti ada yg terlepas pandang. Pasti ada yg berkecil hati. Semua kawan-kawan pernah buat kita gembira, rasa dihargai. Kadang-kadang tak mampu untuk mengembirakan semua orang. Tapi ada sesuatu yg istimewa yg dapat kita buat untuk mereka. Mendoakan kebaikan dan kebahagian mereka.
Doa orang yg ikhlas pasti tidak akan disia-siakan. Bila sy dapat tahu kawan sy mendoakan sy, bukan setakat hari jadi je, pasti akan rasa gembira. Hadiah yg tak nampak pada mata kasar, tp memberi impak pada hati.
Teringat waktu sedang dalam saringan, sy bakal buat penggulungan. Waktu tu penggulungan yg akan menentukan sapa menang sapa kalah. FA bisik kat sy 'k.nur gulung betul2, kalau tak siap k.nur'. Third speaker, warning TPM time tu. Panass je, tapi nak tergelak pun ada. FA memang nak masuk final time tu. Tambahan pulak sy tengah cuak. Tak confident enough. Rasa macam dia bagi bebanan berat waktu tu. Nasib baik menang. Dia buat muka pulak tu. Grrr.
Tak lagi bila diorang kena marah waktu senior tengah buat drama. Time tu semua team yg tengah training dah start merosot. Kami dikumpulkan untuk pam semangat jiwa raga untuk kental. Tengah kena marah ni, tetiba senior highlight nama FA and the geng. Sebagai hakak diorang, sentap la. Sebabnya diroang sempat lagi membahan sama sendiri + gelak2. Padahal diorang duk belakang sy je. Senior yg tengah drama ni bengang la. Akibatnya, lama la kena marah time tu. Sy buat muka bengang betul kat diorang.
We've been rational in most of situation. Masing-masing mulut lahar. We have to bear each laharaness. hoho. Sentap mak enon tu dah biasa. Sebab dah lama kami bersama, begini. Tapi mungkin belum dapat mengenali antara kami satu persatu. Kalau tak, kenapa si bobon tu pulak yg bajet macam orang ketiga yg mambawa diri seperti watak yg tak dapat memiliki hati sang kekasih. Sebab kita tak dapat puaskan hati semua orang. Taiko besar tu boleh bawa diri, merajuk dengan geng2 prebet ni je. Apatah lagi orang disekeliling. Kami dah cuba merisik sebab, tapi hampa. Tak dilayan.Kami lagi kental lah nampaknya.
Rasa tak merelakan waktu untuk berlalu pergi. tak tahulah sama ada sy bagi contoh yang baik pada budak2 ni ke tak. Tapi harap sangat walaupun siapa pun mereka nanti, kita semua akan sentiasa lebih baik dari sebelumnya. Dan juga berharap, Allah sentiasa memberi petunjuk untuk jadi yg lebih baik.
Akan merindu setiap perkara dalam rumah ni.
Anyone who seeks Allah will surely find him.
-Shaykh Abdul Qadir Jilani


No comments:
Post a Comment