BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 25, 2012

7.31



To give pleasure to a single heart by a single kind act is better than a thousand head-bowings in prayer. -Shaykh Sa’di


Kadangkala, bila rasa nak marah, dah start nak buka mulut. Cepat-cepat tenangkan diri sendiri. Sabar, sabar.. tak dapat apa pun kalau marah-marah ni. Umi cakap syaitan suka. Bila dah tak berada dalam kelompok yg dulu, sy lebih banyak diam, refuse to argue. Tapi sampai part2 tak hengat. Berlaku kejam juga. Diam lebih baik. Kadang-kadang saja je berkias benda lain. Tapi dari dulu lagi analogi sy memang tumpul berbanding third speaker yg 'sap', hambik kau. Kadang-kadang orang paham benda lain. Then rasa macam, abaikan lah. 

Teringat waktu di kampus cawangan. Kawan sy tu bab cakap berlapik, memang power. Sy tak. Memang direct to the point. Kadang-kadang rasa macam kawan sy ni sibuk nak mengipas je. Apa yg dia nak cakap, semua tak sampai sasaran. Last2 dengan dia sekali ikut hanyut. Terfikir juga, kenapa kita kena cakap berlapik tak mengira tempat. Kadang-kadang sy bergurau pun jujur sangat, buat orang sentap seminit. Roomate cakap sy mafia. Sebab sangat jujur+sinis+perli. 

Dah lama dah tinggal waktu ni semua. Tak melahar dah..kot. Dah lama tinggal tabiat zaman tengah membesar. hoho. Kadang-kadang bila tercabar. Diam tu lebih baik. Baca Quran, kalau tengah panas sangat, cari ais. Pastu lupa. Owh tengah marah ek tadi? Kadang-kadang rasa macam zaman muda remaja dulu sangat best. Bila dah lama tinggal zaman best tu, banyak benda sy belajar. Tak dapat apa pun kalau melahar dengan orang yg tak akan ada kesan pada dia. Dan tak akan terminate pun manusia yg kita tengah geram tu kalau nak marah-marah pun. Itu cuma hasutan dan tipu daya syaitoon. Syaiton akan berpesta la kalau kita dah bermusuh. Sebab itu kalau orang tengah marah, perkataan sabar la yg akan pertama sekali kita dengar. Kalau sabar ni sia-sia, tak akan ada tuntutan untuk bersabar dinyatakan dalam Al-Quran. Sabar adalah senjata untuk manusia menangani ujian. Orang yg bersabar adalah orang yg beruntung.   

“Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Ali-Imran:200)

No comments: