Semester ni, disebabkan kami perlantikan perkhidmatan kami lambat dibuat, dan awal ditamatkan perkhidmatan, supermama *supervisor yg sy berkhidmat dah banyak bagi kelonggaran untuk sy siapkan kerja masterji. Walaupun sy agak tintong bila minta tunjuk ajar untuk subject research proposal, tapi at least framework yg buat ramai orang resah gelisah, tak kena reject atau redo. Kena adjust skit2 saje. Dulu masa degree main bedal je. Tapi masterji, tak leh bedal2 dah. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun banyak kali, ralit buat kerja sehinggakan tak perasan dah subuh. Dan masa ni pun mata tak mau lelap.
Baru bajet sy akan bersenang lenang menikmati ramadhan, tapi mama dah minta sy kerja waktu cuti. RA yg bukan buat kerja RA sangat pun. Sebab mama banyak sangat projek dia yg tergendala, jadi sy lah tenaga kerjanya. Termasuklah indeks Al-quran yg tergendala tu. Tak berani nak tolak sebab sy banyak skip tugas sks sy dan banyak buat kerja sendiri. Hehe. Call umi, bajet macam umi tak bagi. Dan kesian tak ada orang nak tolong umi kat rumah. Umi gelak, 'jangan bimbang pasal umi'. Then 5 minit lepas tu abah plak call. Masing2 suruh kerja dengan mama. Sib baik tak book tiket balik. Leceh la puasa kat sini. Tak best. =(
Hah, dah kena gain weight banyak2 sebelum ramadhan. Confirm berat akan susut lagi. Ramadhan lepas memang scary. Berat turun mendadak. Tensi sebab fakulti mesti terasa boring bila semua orang duk bercuti. Nasib baik la ada housemates yg praktikal time ramadhan. Ada geng nak berbuka dan sahur.
Time boring..
Tapi kerja banyak..
Esok merdeka!
Alhamdulillah



No comments:
Post a Comment