Yes, I just graduated and Nawal is going to further her acca next month. Insyaallah. We've tried our best to be a good examples for our siblings and cousins. Cousins ramai terlajok. 46 kesemuanya. Ramai kan? You've mess with me, you actually mess with us. Beware hihi
Memandangkan sy tengah bercuti sambil2 pergi interview + mock teaching dan Nawal baru je settle urusan nak sambung belajar, literally kami pengganggur terhormat la. Goyang kaki kat rumah. Tapi without us, sy rasa family sy terpaksa held family meeting untuk bergilir2 uruskan appointment kimoterapi mak cik sy.
Mak cik sy di diagnose cancer dan dengan bahasa yg mudahnya perkembangan kesihatannya tak berapa bagus. Cuma apa yg dapat kami buat, gembirakan hati dia, layan keinginan dia, redha bila jadi mangsa buli, jadi bibik, supir, kesana kemari cari apa dia nak. Mak cik sy ni speacial. Dia tak sama dengan orang lain walaupun fizikal dan tingkah lakunya normal. Disebabkan dia istimewa, family sy yg besar ni masih ada tanggungjawab yg besar dalam menjaga dia. Sebab dia masih single aww.
Teringat waktu dapat berita sedih ni. Sy teman nawal makan. Waktu tu the eldest cucu2 perempuan semuanya di KL+Putrajaya. Terus tak lalu makan lepas dapat berita ni. Balik Cheras dan termenung. Masih tak percaya. Dan apabila semua urusan kami selesai, kami decided untuk balik Kelantan.
Disebabkan ada penganggur terhormat yg boleh diharap, kami telah memudahkan family members yg lain dari terpaksa ambil cuti dan bergilir2 tunggu dan uruskan mak cik sy. Nothing happen without reasons aite?
Kami tak beritahu detail tentang perkembangan kesihatan pd empunya badan. Nobody inform her. Waktu dia takut, dia refuse makan, memang obvious dia sedih. Bila kesan kimo itu beri tindak balas pd luka, kami tambah semangat untuk dia. Selera makan dia bertambah, lesu dia berkurang. Cakap dengan doktor pun bukan depan dia. Sehari selepas kimo yg ke3 dia tak terbaring pun compare dgn kimo sebelumnya. Kerana dia nak sembuh dan sihat seperti orang lain. Dia begitu bersemangat nak sembuh, nak kuat lawan penyakitnya. That's why kami diamkan perkembangan penyakit tu.
Teringat patients ward paliatif lain ashik puji mak cik sy. Sebab makanan banyak dan selera dia not bad. Sebenarnya sy yg lapar, jadi sy pergi beli apa yg sy suka+ untuk mak cik sy sekali. Kalau nasib mak cik2 lain baik, dapat juga nasi bungkus yg sy terlebih beli. Hehe
Tak mudah jd 'penunggu' wad itu. Bila patient lain yg lebih teruk situasinya mengadu sakit+gelisah, sy terus keluar wad, tinggal Nawal dan mak cik sy. Sy tak berapa kuat nak lihat semua tu. Pastu sesat. =.=
My bff. Senantiasa bersama sy waktu susah++ dan senang. Teringat nawal kena asma. Sy dan mak lang bam2 jadi peneman. Nasib baik Hukm dekat je. Lama sangat tunggu dia, sy dan mak lang lepak kefe+surau. Siap nyanyi sama2. Then dua2 tak sangka yg masing2 tak nerd. hehe
Bukan kami je kena berkorban, kehulur kehilir. Kanak2 rebina juga berkorban masa, tenaga, dan perasaan
Setiap kali ahli keluarga bertanya khabar, benda pertama yg sy cerita 'berat c.Da naik 5 kg' instead of 'doktor cakap dah confirm spread bla3 '. First time sy cuci luka, rasa betul2 nak pitam. My hand was shaking. Tapi disebabkan pakai mask, sy boleh kecikkan mata seboleh mungkin. Dah rasa nak terhuyung hayang.
Sy sentiasa beritahu mak cik sy, Allah sayang kita dengan cara membersihkan segala dosa kita hingga bila tiba di Masyar, kita melangkah tanpa dosa. Guess what, mak cik sy lagi tuff dari sy. Yes Alhamdulillah. Fighting!!




No comments:
Post a Comment