Untuk anak cucu sy nanti. Sy bukan antara mereka yg gifted pandainya. Ada kala jatuh tersungkur. Dan ada waktu tinggi di atas. Tetapi sy nak kalian tahu, perjalanan hidup tak semudah yg digambarkan dalam novel, cerita melayu+ mat salleh, korea dan sebagainya. Namun apa yg penting, Allah nak tengok sejauh mana kita berusaha meniti dan mendaki jalan kehidupan. Hasilnya biar dia yg menentukannya.
Di setiap gambar, ada cerita yg berbeza yg pernah sy tempuhi. Tetapi di setiap tarikh graduasi, ia sangat bermakna bagi sy. Sy mampu memandang kebelakang dan bersyukur. Kerana masa lalu yg telah berjaya mengasuh sy hingga dapat bertahan menempuh hari2 yg mendatang.
Apa yg penting berbaik sangka padaNya. Dia tak pernah sisihkan dan membiarkan kita. Dia tahu kita sedih, lelah dan letih. Jangan putus asa berharap pertolongannya. Di kala kita gembira, jangan lupa untuk bersederhana. Bersedia untuk hari2 yg tak akan diduga. Ya kita bukan meminta untuk derita. Cuma dunia ini tidak pernah menunggu kita. Dunia ini hampir pada penghujungnya. Kita perlu bersedia.
Sy tak mahu anak cucu sy terkebelakang dan ketinggalan. Kita mukmin. Kita ada matlamat hidup. Ya Allah saksikan lah. Kami sedang berusaha mencari redhamu.

No comments:
Post a Comment