Saturday, June 19, 2010
Tak semestinya mentari itu manfaat untuk kita
Ada la seorang hamba allah ni, aku rasa dia budak puncak dan seangkatan dengan batch si akif ni. Dia sedih sebab banyak benda dia suka tapi dia tak dapat. Katanya bukan pasal budak perempuan la. Tetiba jah aku menjadi seorang kakak yang mesteri memberi pendapat. Aku tahu budak batch or geng akif ni geng-geng budak bijak ^^. Aku observe people dari jauh lah. Seronok tengok gelagat adik2 sebaya mereka.
Tentang masalah budak yang aku pun tak tahu nama dia. Kadang-kadang apa yang kita rasa baik untuk kita, mungkin tak baik di mata yang maha pencipta. Dia lebih mengetahui. Jangan buruk sangka padanya. Jikalau kita rasa kita paling malang. Ingat lah, ramai lagi yang malang. Kita dah bertuah dapat blajar, dari orang yang tak dapat masuk universiti. Peluang datang sekali.
Kalau pasal result, itu lumrah naik turun dalam exam tu. Sekurang-kurangnya kita tabah menghadapi rintangan tu. Dari dimanjakan dengan nikmat lebih baik kita belajar dan menjadi tabah bila ujian menimpa. Semua orang menerima ujian. Kita je tak tahu apa yang dia hadapi.
Kalau lah tiada kegelapan, tiada kesedihan, tiada kekejaman,tiada penindasan, sudah tentu kita semua akan bahagia. Namun sudah menjadi ketentuan bahawa dunia adalah tempat yang disediakan untuk kita bukan untuk bersenang lenang. Dunia tempat kita bersusah payah. Nak makan pun kena masak. Penat masak baru bleh makan. Nak makan kena kunyah dulu, kalau tak koma tercekik. Jadi jangan lah patah semangat.
Kita sedih sekarang, pastinya ada pelangi yang indah untuk kita. Stay strong~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment