BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 7, 2010

Cinta seorang isteri


Tadi baru sahaja selesai baca buku Persembahan Cinta Isteri Hasan Al Banna.Truly aku tak banyak perkara tentang Hasan Al Banna. Buku ini penceritaannya dari anak-anak Hasan Al Banna. Permulaan buku itu membuatkan aku tidak sabar-sabar. Kata-kata pengarang berjela-jela membuatkan aku mengeluh geram. Dah la aku tak faham apa dia cakap. Duk bagi gambaran yang samar-samar. *Tak sabar sungguh*

Isteri Hasan Al Banna bernama Lathifah Ash Shuli. Beliau ni sangat tabah, solehah dan ibu serta isteri yang patut dikagumi dan dicontohi. Tak pernah tertinggi volume suaranya, membantu suami dalam dakwah. Menguruskan hal rumah tangga walaupun suami sibuk berdakwah.

Mereka dikurniakan 6 anak. Wafa puteri sulung, Ahmad Saiful Islam, Sana, Muhammad Hisyamuddin wafat ketika bayi,Roja dan Wafa juga wafat ketika bayi dan Istisyhad. Mereka diijabkabulkan dengan Waktu yang singkat. Kenal tu terus melamar. Fuyoo.. Best tu hehehe, dan berpindah ke rumah sewa yang kecil namun ibarat istana. Dan sewaktu Hasan Al Banna giat menyebarkan dakwah, rumah merek dijadikan tempat untuk bertemu ikwan muslimin.

Kesederhanaan mereka dalam kehidupan duniawi tetapi rezeki mereka cukup. Belia tak kesah barang-barang rumah didermakan kepada markas tempat suaminya berdakwah.Beliau wanita yang kuat. Mengidap penyakit jantung sewaktu hamil anak bongsu.

Waktu Hasan Al Banna meninggal dunia di tembak, Lathifah jatuh sakit, sehari dia bakal melahirkan anak. Keadaannya yang sedih dilihat parah. Tiada siapa dapat menziarahi rumah mereka sebab dikawal polis. Dan doktor menyuruh untuk menggugurkan bayi tu tapi dengan izin Allah bayi tu lahih juga.

Lathifah hidup bersama suaminya selama 18 tahun dah selepas syahid Hasan Al Banna dia menuruskan perjuangan membesarkan anaknya selama 36 tahun sebelum wafat.

Tabahnya dia dalam memahami keperluan suaminya dalam berdakwah dan terpaksa meninggalkan rumah berminggu-minggu dah sewaktu anaknya Muhammad Hisyamuddin meninggal, Hasan Al Banna sedang berdakwah. Hasan Al Banna pulang ke rumah dan melihat anaknya sakit teruk, namun digagahinya ke temujanjinya untuk berdakwah dan ketika berdakwah, beliau diberitakan tentang wafatnya anakandanya. Lalu diuruskan jenazahnya dengan tangannya sendiri.

Kalau la kita ditempat Lathifah, kuatkah kita ? Moga diberi kekuatan oleh Allah.

No comments: