BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 12, 2010

Love heal~


Dear bloggy,

Baru sudah masak dengan umi. Hari ni kami masak dan makam bersama-sama. Dina dengan loyar buruknye, membuatkan aku terfikir. Mungkin tu cara dia hilangkan tensionnya kot. Hari ni dah kurang rasa sakit badan. Alhamdulillah. Lepas dapat result ni aku masih tak percaya. Itu kuasa Allah, bersyukur ye ^^...

Aku teringat satu cerita waktu zaman aku diploma part 5. Waktu aku demam teruk tu. Aku start demam teruk selepas balik dari Pertandingan Debat Perdana Medec. Debat Usahawan kat Shah Alam. Sampai je kampus, aku terus demam. Aku tak nak cerita waktu aku tak dapat pergi research tu, tapi lepas tu. Lepas aku tak jadi pergi research, keesokkannya cuti sekolah. Aku cuti mid sem tak silap. Parent aku nak ke Kedah. Aku dan Dina ikot.

Dalam perjalanan ke Kedah aku tidur je. Bila berhenti makan, aku tak lalu nak makan. Abah oder roti bakar kat aku, tu pun aku makan secoit je. Then sampai rumah pak long. Mak long terkejut tengok aku yang kurus. Berat badan susut mendadak.Then aku terus tidur. Mak long masuk bilik, nampak aku sorang je tidur, then dia sentuh dahi aku. Dia pergi ambik panadol and kejutkan aku. ^^

My parent and Dina pergi Penang, tapi aku duk dengan family pak lon sebab aku tak sihat. Kerja aku kat sana, tidur, tengok tv sambil tidur, makan tak habis. Mana-mana port yang aku bleh landing, aku landing. Suatu hari pak long balik bawak buahdari kebun. Dia panggil aku. Aku duk depan dia tengok dia kupas kulit buah-buah tu. Ada jambu batu, ada mangga. Then pak long kata, 'makan buah-buah segar ni, baru cepat sembuh'. Aku pun makan. Sikit je aku makan then lesap. Landing kat mana entah. Time makan tengah hari, mak long dan pak long tunggu aku makan sampai habis. Konfem la tak habis.

One day aku makan habis, mak long tepuk tangan untuk aku sebab aku berjaya habiskan nasi. Time tu aku rasa nak mati tau. Perut aku tak nak terima makanan.Sesak nafas jap. Cucu pak long tak balik, anak-anak dia pun tak cuti, so aku la bermaharaja lela. Kecuali si Haris je ada. Tu pun jarang muncul dirumah.

Lepas balik dari Kedah aku dah sembuh dah. 2 minggu demam aku melarat, tapi pulih dengan kasih sayang keluarga jugak...

Moral for the story, kadang-kadang people heal with our kindness, cares and loves. No matter who you are. The important is your heart. People can't see it but they can feel it. ^^

No comments: