Minggu ni sy dan kanak-kanak berjimba. Mula2 patut jadi reunion gadis2 ehem2 pulau angsa. Ex housemates dulu. Tapi disebabkan diorg kebanyak kerja dan sambung belajar, diorg teramatlah penat sampai Ziqah dan Tykah je dapat join. So untuk replacement, diserahkan kepada sy sebab sy ramai kuncu2. Kalau weekend je tgk wayang dan shopping, apa kata kt buat kerja extreme skit. Haaa. Barulah budak universiti. Nak cite kat anak cucu pun tak de la boring sgt. Nenek dulu weekend je pg tgk wayang. Boringnya. I ols dulu, weekend tak weekend, tak pernah ada kt universiti mahupun kat rumah. Tourney sana sini. Baru best. Dulu la. Dulu kala. Ni dah PhD sapa nak layan masuk kelab? G swimming dgn umi dan Balqis je mampu. Cehh. Kesian alom x dapat ikot. Dia exam pkul 2. We ols nak main pkul 11. Nantilah kt cari track yg tak gila skit. Haha
We ols try main atv. Untuk yg lembik2 ni seyesli ni agak extreme. Naik motor pun tak reti. Masuk hutan pun sekali seumur hidup. Tu pun sebab ko kurikulum time dip dulu. Masa nak balik kelantan dulu, tunjuk kat abah gambar atv tu. Abah cakap eh ni game lasak ni. Mana boleh k.nur nak main. Eh ni bekas wirawati 8 tahun dulu. Ahahaha. Sekali bila naik atv, siap rempuh hutan rimba, barulah terasa perit skit.
Seyesli kelakar main ni. I ols dah rasa macam konfem2 jatuh ni. Sekali tak jatuh pon. Rasa nak jerit je time turun curam tu. Tp kontrol perasaan dgn jayanya. Curam plak berlumpur, dgn pokok, ranting. Sempit muat2 atv tu je. I never tot the track was in the jungle. Tgk running man main atv tepi pantai. I tot tanah rata la. Sekali kauu. aaaaaaa.
Dah la tak pernah naik motor. Mana la nak tau break dia kat mana. Bila nak turun curam tu, guard2 dia ckp tekan break. I tot break dia kat kaki. Tp guard dia tunjuk kt pemegang tu. Macam break basikal. Pergh tekan break 2 belah, atv tu tak turun curam tu. Takot gilerrr. Pastu penjaga tu ckp lepas skit break tu. Baru la bergerak atv tu nk turun curam. Berbaris ktrg nk turun cerun tu. I ols kat depan sekali. Bila pandang belakang, alaa comelnya sume naik atv. Dah la helmet dia berat. Entah macam mana tudung i ols tersangkut kt ranting lalu tertarik benang. Tinggi sangat ke sampai kene ranting.
Atv tu agak berat, nak pusing pemegang tu pun guna tenaga. Sampai curam no 2 tu, perghh yg ni ramai kemalangan. Tak jatuh pon, tp ramai langgar pokok la, langgar itu langgar ni. Nasib sy tak kena apa2. Sempat nampak dina langgar pokok. I was giggling then abg tu cepat2 tolong. Track tu totally lumpur. Kasut masing2 sume shantek2. Seluar pun dah jelita2. Lepas first round tu, ada 4 round lg. Still lg rasa takot. Eh tak de ke track jenjalan ha? haiyoo. Sempat tgk atv aimi mati enjin lepas keluar dr lubang buatan tu. Dalam tu penuh lumpur. Ni track kt luar dah. Then 3 round tu sy suruh dina jalan dulu. Sakit tangan tekan break tu. Mencabar dan berlumpur. Nasib tak hujan lagi time tu. Mula2 naik matahari tegak atas kepala. Terasa terbakar. Second track tu dah mendung. Lega kejap. Then tanda2 nak hujan mula kelihatan. Aii lagi la scary next curam tu. Tak sanggup dah.
Habis bergambar je, hujan turunn. Kalau tak dengan baju2 kena lumpur. Tapi it was fun. Plus scary. Alahh org yg excited tgk we ols posing dengan gembira tu, korg patut jgn excited sgtt. Sy pon meleset angan2 tgk track tu. Tapi atv tu mmg tak akan terbalik atau apa2 pn. Power la. I ols nak track jenjalannnn. Haishh. Balik uia, semua pengsan. Rasa mcm lepas mesin rumput guna mesin sebesar atv tu.
Budak2 ni sume dah sampai rumah sy, sy je tak kenal diorg. Satu skolah, satu universiti. Ok la tu. Tetiba jd kuncu2 I ols plak kan. Nasib sporting, nanti kt main game lg gila nak? Sekali try pon ok lahh.
elele muka excited tunggu turn. Lepas kitrg main, dah tak de org dah sebab hujan. Team IIUM! eh. Owh Uia dihatiku skrg. Hew2
Abang tu konon2 candid la. Candid hape mcm ni. Tapi nampak i ols tak pe lah.
Second round, ni track kt luar. Saja stop kejap. Disebabkan dina bawak beg sandang, so sume hp, purse, dgn dia. So dia sempat snap gambar tgh masuk lubang lumpur tu. Tapi jarak jauh sgt.Setiap check point ada org jaga. Jadi jgn risau. Korang langgar apa2 pon diorg alert punya. Kalau diorg tak alert jgn datang dah. Pg main tempat lain (tiru ayat menteri)
Zara =)) anyonyonyo. Omenyaa. Atv zara paling tinggi. Zara tak tersangkut tudung kt ranting ke eh?
Saje berhenti kejap. Alah padahal tak nak lalui dah cerun2 tuuu. Tp tu dah sangat penakut. Bajet kena overcome la perasaan tu. Dina sempat pandang belakang dan apa lg. Sengih laaa. Nampak tak helmet tu dah kebelakang.
Ni dah lepas dah track2 tu. Dah mendung sgt2. Tengah tunggu yg lain sampai. Tak de nak race2. Karang muka semua org ada lumpur. I ols takot dengan abang2 tu kena langgar je. Ni semua lesen kereta kebal ni.
abah: owh ni skuad konar leper nii. Abah ingat ktrg racing kot. Padahal hutan belakang tu kitrg redah. Puncak pulak mmg hutan simpan negeri selangor. Nasib bdk2 tak langgar pokok jati ke ape ke.
Seronok dah overcome 5 track. Nasib dah makan tengah hari sebelum main. Kalau tak, lagi banyak diorg langgar pokok dalam hutan tu
Yayy tak nak naik dahh
I ols muka lega dah habis sume track!
ni area kt, tp tak sangka diorg buat atv dlm hutan ni je kan. Tp I ols sgt enjoy. Saje share gambar kot group whasapp supaya sume gadis2 ehem2 pulau angsa tgk. Rugi tak datanggg
Dalam kereta, kitrg share apa yg diorg langgar. Macam mana perasaan lalu curam lumpur tu, dan macam2 lg. Seronok giler. Selalu, budak2 ni pergi mana2, ondaway balik mesti tidur dalam kereta. Sy je la drive. Tapi kali ni, I tot diorg tido jugak, tapi tak. Sakit perut gelak bila semua org express perasaan naik atv dalam hutan tu. At least, release skit tension huhe. Next time kt try game lagi giler.

















No comments:
Post a Comment