Minggu yg letih sangat. Bukan sebab thesis. Sebab kecuaian menangani 5887. Macam pilot handle 370 plak gayanya. Semalam terlanggar kereta yg muncul dr belakang. Lepas drop Dina, tgk cermin belakang. Sy just berhenti di corner jalan je. Then dgn bahagianya undur, kete tu punya la banyak sensor. Even motor lalu kat depan boot tu pon sensor detect. Teeetttt. Kadang2 sy pun terkejut. Konfem motor td terkejut. Sy kat dalam ni sengeh je bila pembonceng tgk sy. Tepi2! Jarakkan dari kereta sy. Haha. Sensor belakang plak sy je la dengar dalam kereta. Entah macam mana nak undur, sumpah tak nampak kete tu. Kete tu rendah. Then bang! dengan selamatnya. Sensor tak sempat bunyi. Tak cekap betul sensor tu. Ahh stressnya teringat bunyi dentuman tu. Perempuan dan perempuan eksiden. Dalam mahallah. Dua2 gigil, dua2 nak cembeng. Dua2 panik. Dan dengan spontannya dia ajar sy nk undur kena tengok cermin sisi bukan cermin belakang. Dia kata dia nampak sy undur, dan dia tak sempat nak undur. Sy diam lagi. Cool, jgn emosi. Kalau dia nampak sy undur dan possibilities akan langgar dia, kenapa dia tak hon ? atau dia follow sy dekat. Sy hanya nampak kereta belakang sy yg berkedudukan belah kiri dan dia datang belah kanan. Selekoh kanan yg sy nak masuk. Sepatutnya dia jarak dgn sy, sebab sy tak jauh dr selekoh tu.
Keadaan kereta yg sy langgar.
Dengah perasaan macam2 sy call abah yg ada kat KL. Tak teruk pun kereta tu, kereta sy masih kebal. Alhamdulillah. Tapi budak tu panik dan ayah dia tak angkat phone. Dia lg la gelabah. Sy nak bagi duit, tp dia nak pg bengkel, tp dia tak tahu bengkel mana. Abah mmg dah cakap, kalau dua2 pun stail terkial2 sampai bengkel, nanti kena ambik kesempatan je. Abah suruh bagi duit, tp dia berdegil nak pergi bengkel. So conclusionnya, dia kena buat report la sebab abah nak insuran yg bayar. Tapi dia nak melenting bila sy suruh dia buat report polis. Sy pon dari td calm down, tiba2 nk tinggi suara jgk la. Kebetulan along ada, along plak yg explain kat dia.
Kt perempuan, dah la tak tau apa2. Bangkel pon tak tau kat mana. Nanti kalau tak buat report polis, bangkel tu ambik kesempatan pecahkan lampu ke apa ke. Kawan budak tu plak yg bersetuju. Betul jugak tu. Then dia berkeras nak pg bengkel, sy just suruh dia pg balai buat report la. Then apa2 polis akan cari sy je. Tapi sampai sekarang dia tak contact sy pon. Abah kata balik KL nanti, kalau dia still tak contact, tanya la khabar dia, then kalau dia tak buat apa, bagi la duit skit lg. Nasib along teman, Dina dah lesap dah. Kurang masam betul. Sy tak sempat mintak maaf. Kasim selamat plak. Kenapa nak mintak maaf, dia dah nampak k.nur undur, dia tak sempat nak undur ke apa ke dia pun salah jugak. Dia tak jarak dengan k.nur. Bla bla bla.. Bakal lawyer nak argue jgk. Umi lg melenting. hehe. Eh org nak undur kena tengok cermin sisi ke??
Nasib baik abah tak marah. Abah cakap, tak apa at least belajar, tak sekarang nanti pun kena belajar. Dulu eksiden sorang2, jadi tak melibatkan sapa2 pon. Last week, teksi cium belakang kereta. Kat traffic light. Tapi tak ada apa2. Abah tak bg turun kalau keadaan mcm tu. Kat mana2 pon. Tp.. kalau teruk, mcm mana? Hish entahlah. Nasib baik sy ada satu bangkel yg makanik tu dah kenal sy. Sebab 5887 tak nak keluar dr Mahallah Aminah hr ni. 5887 masih tak balik lg sekarang. Tak hilang dr radar sebab abah dh kenal makanik tu. Haha. Patutla hati tak tenang je. Huhe
Sy still tergiang2 bunyi dentuman tu. Dan teringat dentuman waktu eksiden 5 tahun lepas. 3 tahun nak recover dr trauma tu. Setahun lepas eksiden tu, bunyi2 crash tu masih dalam minda sy setiap kali nak drive.
Malam tu, classmates sy nak celebrate birthday awal. Kelas isnin haritu Bello sibuk suruh sy celebrate. Sy cakap tak nak! Sebab birthday sy time cuti mid term. So kenapa kena celebratee. Sy baru nak sorok, tp fb dah inform diorg dah. Alaa. Malam tu sy dah tak bersemangat. Nak tido je. Tapi diorg sgt bersungguh2 nak sewe kereta bila tahu sy eksiden ptg tu. Jadi sy join la. Rupanya Atiya sama birthday dgn kasim selamat. Aww. Mesti perangai kt serupa kan tiya! haha. Perasan. Thank u anyway!! Sy nak tertido dah time nak makan. Memang tak lalu la malam tu. Dah la puasa. Haha. Sokey, mungkin Allah nak kafarah dosa sy. Macam ni rupanya eksiden melibatkan org lain. Abah dr semalam suruh sy chill. Dia takut sy trauma or takut nak drive. Setakat ni sy okey je lepas monjoyah dengan umi semalam. Kami dengan bahagianya calm each other. Umi br habis present dgn lecturer yg scary dan sy br lepas eksiden.
Kalau umi cerita apa dia berangan ke, sy rasa kerdil. Asal sy tak pernah berangan mcm tu pon. Hebat betul angan2 masa depan umi. Haha. Bila rasa mcm plan umi tu wow, dan sy jeles jgk la maka...
Ah sudahlaa umii. tak nak kawan dgn umi lol
Kalau umi jeles plak..
ah sudahlaa nurr. tak nak kawan nur jugak
Owh plan bulan depan sy dan umi nak meraikan dengan kanak2. Tp still dalam perancangan. Sy mmg dah lama plan sejak sebelum masuk uia lg. Tp tak dapat pergi sebab tak ada geng. Insyaallah, kalau kami tak lari budget. Haha



No comments:
Post a Comment