BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 26, 2013

12.43


Alhamdulillah, dah selesai research paper,  secara literal la. Walaupun supervisor tangguhkan dulu binding hard cover, takut ada apa2 yg nak di edit2 dikemudian hari. Tapi kadang2 rasa dah tak larat nak edit2 nih. Tapi kalau quality research paper ni bagus, insyaallah bermanfaat pada orang lain. Dan untuk persediaan kemudian hari.
Dah jatuh hati pada research2 nih.Terasa nak apply jadi researcher. Tapi tak nak jadi researcher dalam lab. Social science researcher pun okey. Tapi setakat ni, nak jadi RA keinginan tu masih lacking. Mungkin sy kena cari pengalaman lain diluar sana. Terlalu banyak sy nak buat. Itu dan ini. Tp sy terikat dengan research paper yg tak binding2 lagi nih… Ahaiii…

___________________________________________________________________

4 tahun yg lalu, ya mungkin terlalu lama. Sy rindukan suasana di masjid Nabawi. Rindu untuk memberi salam kepada Kekasih Allah. Assalamualaikum ya Habibullah, dan juga memberi salam kepada 2 sahabat nabi.   Juga terasa sangat bersyukur diberi kesempatan solat dan berdoa di Raudhah. Waktu tu terlalu ramai manusia. Semuanya berebut2 nak masuk taman syurga. Nak berdoa, nak minta keampunan, dan memohon hajat masing2. Meletakkan harapan yg tinggi untuk doa mereka dikabulkan.

Walaupun sy bukan berada disana sekarang. Terasa nak kesana lagi. Rindu suasana dingin dan subuh di masjid Nabawi. Juga teringat jemaah dari china yg melambai2 Kaabah dengan linangan air mata. Satu perasaan yg tak dapat ditahan bila nak berangkat pulang. Bila lagi sy akan dijemput kesana? Juga menyimpan impian untuk solat dua rakaat di Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti.

Salam maulidur rasul. Ehee. Walaupun agak lambat. Mari tunjukkan rasa sayang pada Rasulullah dengan mengamalkan sunnah.






No comments: