Sebenarnya agak terharu dengar cara penduduk kampung meraikan kami. Yang penting lauk malam tu sangat sedap. Tak perasan makan daging kambing malam tu. Tak bau pun. Macam kat Aceh, tak perasan makan daging kambing. Ehee. Sampai je dekat kampung tu, baru dapat tengok anak2 penduduk kampung. Pagi tu tak jumpa sebab diorang ni pergi sekolah. Kelebihan malam tu, dapat berinteraksi dengan mereka dengan bahasa melayu slang kelantan. Kerap gak kena bahan dengan diorang sebab tak paham bahasa siam.
'kak buleh kecek siam?'
'Kak tok gheti kecek siam'
'hahaha kak tok gheti kecek siam'
Malam tu kami dijadualkan solat berjemaah dengan penduduk kampung di masjid. Sebelum tu kami sibuk ambik gambar budak2. Jadi budak2 tu keluar dari kelas, dan duduk beramai2 depan kelas. Sekali tak dapat control keadaan, memang bising. Dah la orang tengah solat. Kitrg pun tak tahu nak kawal macam mana. Suruh masuk kelas, diorang tak layan. Hump. Tunggu cikgu dia la nampaknya.
Ada yg tak fasih bahasa melayu, dan ditranslate oleh kawan2 dia. Ramai translator kat situ. Diorang tunjuk lirik lagu nasyid yg akan dinyanyikan, tp dalam bahasa siam. Konfem2 la tak faham.
Makannn!
Ada stage untuk persembahan. Cuak dah, karang kami yg spoil event.
kelas satu buat persembahan
all is well, 'bila nak habis ni u olss,'. Then baru la tetiba lagu tu ending.
Sumbangan dari pelbagai pihak termasuk Karangkraf
Selesai tujuan asal datang ke sini. Bus dah sampai. Anak2 penduduk kampung pun dah letih, esok pagi diorang ada sukaneka di sekolah, jadi masjlis malam tu berakhir dengan keadaan gembira. Kami pun letih, ramai dah exerciser dalam laut tadi kann.
Kak, nanti datang lagi yer.
owh tak lupa chelet yg cantik berhadapan pantai~~






No comments:
Post a Comment