BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 3, 2012

8.57

Entri sebelum pulang ke Kota Bharu. Dah satu sem tak balik. Wow. Even ada cuti mid term dan hari Gawai, tak ada kesempatan untuk pulang. Sudah dapat membayangkan sunyinya suasana rumah sekarang. Housemates pun tengah strunggle final exam. Akan berkumpul kembali 14hb, sebelum minggu akan datangnya, kami akan ikut arus kehidupan masing-masing. Ah, tak dapat lagi nak stress beli 7 cenderamata untuk korang. Dah jumpa housemates baru, mungkin suasana tak seperti dulu. Tapi apa yg penting adalah semester akhir ni, sy perlu tumpukan perhatian pada titik fokus. Final semester. Wah sekajap saja masa berlalu. Dah nak konvo kali ketiga.

Rindu nak masak dengan umi hujung minggu. Sarapan roti bakar lepas balik subuh masjid Telipot. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ibu bapa. Balik rumah, mesti kena makan vitamin. Minum gain weight pun tak berkesan. Hish! Terpaksa bersabar dengan rasa susu tu. Yang paling kurang kerajinan, ke pasar. Kan best kalau peti ais tu automatiknya akan terisi sendiri. Dan benda yg sudah hakis dari rutin kebiasaan adalah membaca. Dulu, orang panggil makan pun tak layan kalau dah start membaca. Sekarang kena bawa buku sentiasa. Bila dah buka buku, ralit. Sangat kagum dengan umi, sangat suka membaca dan share cerita-cerita yg dah dibaca. 

Then disebabkan umi share, time tu la sy akan share apa yg sy faham dari pembacaan. Walaupun kadang2 baca dua perenggan je dari isu itu. Then Hakim datang untuk argue. Hehe. Tapi sy tak campur kalau diorang cerita bab-bab isu hadis, ahli-ahli sufi yg lain, just dengar hehe. Tak berapa tahu dan membaca perihal itu. Mungkin tahu, tapi tak mendalam. 

Kadang-kadang bahan Hakim sebab baca PG. Benda yg lagi loya untuk dibaca selain akhbar dan berita TV.  Orang cakap debat tu tak boleh, haramm. Ahai, sila la cerna elok2 isu ni. Selalu cerita zaman debat ni kan. Sebab rasa rindu tu menggunung.



Home sweet home. 


Dear Little Starlight
Let it in.
No need to worry or be in fright.
Barriers begin to thin.
I am admiring your secret aspirations.
Faith786

No comments: