Aku nak konvo dah. Hari ahad ni konvo. Tapi tak jemput sapa-sapa pun untuk sertai konvo ni. Maksud aku teman-teman. Sebab aku tak nak mereka rasa penat, panas dan segala kesusahan lain. Walaupun ini adalah hari yang sangat istimewa, tapi aku tak nak orang datang dengan perasaan menyesal ikot.
Konvo UiTM pulak tu. Kata orang, konvo memanglah ramai orang. Tapi pernah tak korang rasa, bila keluar dewan selepas konvo, nak jalan pun tak boleh, sesaknya lagi teruk dari pasar malam Jalan TAR tu? Nak ambik gambar pun tak de ruang. Waktu ni konvo dekat Dewan Sri Budiman lagi. Sekarang ada dewan baru. Lagi besar dewan, lagi ramai manusia dapat diisi untuk hari konvo itu.
Nak ambik jubah haritu pun berbaris sampai hujung dewan sana. Aku ingat kan aku sorang saja yang merasa kesesakan semalam. Rupanya ramai lagi mengeluh panjangnya barisan nak ambil jubah, walaupun dewan besar berhadapan padang yang luas.
Konvo terdahulu, tak ada la teruk macam ni. Dapat pun tak sampai 30 minit. Tapi kali ni 3 jam. Lepas ambik jubah, kami ke McD, sebab kat sana boleh refill air. Anny, Doe, Shai refill sampai 3 kali tau. Dah la lepas pukul 2 tu hujan lebat sangat. Kuat kesabaran kami menunggu, berbaris sampai 3 jam.
Maaf tak dapat ajak mereka selain umi dan abah untuk konvo ni. Insyaallah konvo master nanti aku ajak ramai-ramai. Maklumlah, Yang Dipertuan Agong bagi scroll, hari pertama konvo plak tu. Tak ramai orang. Hehe. Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. =))
No comments:
Post a Comment