BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 31, 2011

Hadiah yang tidak dapat dilihat

Dalam dewan di sidang 14 hari konvokesyen, tergerak hati aku nak check hp. Manalah tau, ada siapa-siapa mencari. Dapat 2 sms dari bff aku. Baca sms tu, bergenang air mata. Ya Allah rindunya.




Kadang-kadang kita selalu sibuk memikirkan hadiah apa yang nak diberikan pada teman istimewa, teman sehidup dan semati ni. Aku rasa, hadiah yang sangat istimewa ialah, apabila Allah memakbulkan doa seorang teman. Apabila teman kita mendoakan kebaikan pada kita tanpa kita ketahui, dan apabila Allah memberi kita sesuatu yang buat kita gembira, hasil dari doa seorang teman, mesti kita akan terharu atas doa tersebut.

Tetapi doa ini, pasti tidak akan nampak pada mata kasar kan. Hanya hati yang diberi Allah dapat menghargai erti persahabatan tu.

Aku sangat suka nak dengar c4 berbicara. Rasa macam itu adalah dari hati dia yang ikhlas.


Salam.
Bertapa hari ini menjadi detik paling istimewa dalam hidupmu **. Moga majlis konvokesyen khas untuk meraikan segala penat lelah + gagahnya hatimu ini, bakal menjadi bintang terindah dalam hidupmu. (= Teruskan langkah2 indahmu, ur such an inspiration. Nurul shifa sangat hepi hepi hepi + syukur gembira di hari bahagia mu ini! Sayang kamu kerana Allah. Selamanyaaa.

K.mil, she is just too hard for me to forget. Too hard to lose. Too hard to hate. Too hard to leave. As she's sticking around somewhere inside part of me pinkgot (; ur 'beautipul' in every steps u are <3.


Bila kita sayang seseorang itu, kadang kala tak dapat nak diucapkan bagaimana kita sayang sangat kat mereka. Air mata adalah tindakan yang obvious menunjukkan bahawa sayang sangat hingga tak dapat nak dijelaskan. Moga Allah merahmati jalinan yang kita bina.


No comments: