BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 28, 2010

Non muslim jadi peguam syariah?


Well. isu panas~ Orang bukan islam nak jadi peguam syariah.  Isu ni masih belum mendapat kelulusan dari hakim tetapi persoalannya layakkah mereka menjadi peguam syariah walaupun beragama selain dari islam. Seronok debat ni. hehehe. Pandangan aku mengenai isu ni, ia harus diselusuri dengan lebih mendalam. Tetapi wajar atau tidak juga melihat kepada pengamalan, kefahaman dan kelayakan dari sudut pengiktirafan institusi pengajian harus dititik beratkan. Ramai berpendapat, mungkin ia dapat membuka mata orang Islam, mungkin dia layak, mungkin dia akan masuk islam?.


1. Melihat status kelayakkan, adakah peguam yang memohon untuk menjadi peguam syariah itu layak sedangkan dia hanya ada DIPLOMA undang-undang dalam bidang perundangan syariah. Bukannya ijazah perundangan ke. Jauh perbezaan dan banyak lagi harus dia fahami.

2. Bidang undang-undang syariah ini memerlukan pendalaman dari sudut Al-Quran dah hadis serta bahasa arab. Pastinya peguam yang memohon masih tidak layak. Hanya pandai bahasa inggeris atau pengatahuan dalam perundangan sivil juga masih belum boleh melayakkan mereka menjadi peguam syariah.


3. Kalau setakat nak membela nasih orang bukan islam dalam perundangan islam, adakah peguam syariah yang kita ada di sudah tak layak? Sedangkan perundangan syariah ini bukan setakat isu pertukaran agama. Kalau itu niatnya masih belum layak menjadi peguam syariah.

4. Persoalan MUNGKIN dia akan masuk Islam. Sedangkan pengkaji Al-quran yang tidak Islam tu pun tak tergerak hati nak masuk Islam walhal mereka tahu kebenaran, apatah lagi orang yang bukan islam cetek ilmu tentang agama Islam. Bukan semudah itu. Hanya sangkaan kita.

Contohnya, si Ali ni Dr. Pakar mata. Katakan kita sakit gigi, dan Dr. Ali ni blajar pergigian melalui pembacaan sahaja. Katakan aku nak pakai braces, tak sanggup aku suruh Dr.Ali yang pakaikan braces kat aku wlaupun Dr. Ali ini seorang Doktor.

Dan terang lagi nyata sesiapa nak jadi peguam syariah mestilah Islam. Bukan agama selain darinya. Setakat satu Malaysia tak dapat melayakkan mereka jadi peguam Syariah.


*Hanya sekadar pendapat seorang budak yang muncul entah dari mana xp*

No comments: