Kita tak lagi bahagia selagi orang disisi kita tak bahagia.Maknanya untuk bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakan mereka. Dan hanya setelah itu maka kita akan bahagia, insyaallah.
Sesungguhnya bahagia itu bukan 'benda'yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin diberikan akan bertambah terangnya. Kata cendiakiawan, Bila kita nyalakan lilin kita dan lilin orang lain, lilin kita tak akan padam, namun sinar itu menyinari dan menerangi keadaan yang gelap gumpita tersebut.
Jika orang yang hampir dengan kita seperti teman, suami, isteri dan sebgainya tak bahagia, maka jangan harap la kita akan dapat merasai kebahagiaan. Hakikatnya kita tak akan bahagia selagi orang yang hampir dengan kita tak bahagia.
Apakah langkah untuk bahagia?
1. Hargailah kehadirannya.
Hargailah mereka disisi kita, kerna dia kurniaan Allah kepada hambanya. Hormati dirinya, pendiriannya. Yang paling berharga bukan lah baju yang kita pakai, ipod yang kita guna, kereta yang kita naik, pangkat dan keturunan yang kita ada, kamera yang kita ada dan sebgainya, namunyang paling berharga itu adalah manusia. Itulah 'modal insan' yang sewajarnya kita hargai.
2.Prihatin kepada Perasaan mereka.
Kita harus sedar bahawa orang disekeliling kita itu menpunyai hati dan perasaan. Siapa kita lebih pentingkan? harta benda atau orang yang tersayang seperti ibu bapa. Handphone bukan main canggih lagi, nak talifon keluarga, jangan mimpilah. Call pun mintak duit. Kadang-kadang apa yang dikatakan orang yang kita sayang tu adalah perkara penting baginya, jadi kita kenalah ambik serius perkara tu. Tunjukkan keperihtinan kepada mereka yang kita peka kepada mereka. Kadang-kadang ada yang bertanya, bagaimana kita boleh menghargai pasangan kita? insyaalah, bila ada kemahuan, pasti ada jalan . Allah akan memberikan jalan kepada mereka yang ada tujuan yang baik. Kata mereka, kasih, cinta,sayang umpama air sungai, sentiasa tahu kearah mana ia mengalir. Maka jika ketemu insan yang kita yakin akan mereka, tetapkanlah arah tujuan kita. Kejinjang pelamin akhirnya. Itu adalah terbaik dari tiada tujuan dan hanya untuk suka-suka.
3. Pandangan Mata Hati.
Kalau dulu dari mata turun ke hati, Tetapi lepas lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. yang kita lihat bukan 'body' tapi budi. Dia telah bersama kita suka dan duka, berkorban untuk kita, menyanyangi kita kerana Allah. Daripada pandangan mata hati itulah, lahirnya sikap dan tindakan. Love is verb. Kata penyair,bila sudah cinta, ingin dipintal awan gemawan,untuk dijadikan kerongsang di dada isteri,ingin dijadikan rembulan untuk dijadikan lentera teman beradu, mentari sebgai sinar duka dan nistanya.
Hidup terlalu singkat. Hargai mereka disisi. Yang pergi tak akan kembali. Yang hilang mungkin akan tumbuh lagi, tetapi tidak semua perkara tumbuh semula. Hargailah kehidupan dengan sayang dan cinta dan kita tidak akan bahagia selagi orang yang kita cinta tak bahagia.
Teringat pada seorang teman, dia bersedih orang yang dia sayang pergi mencari kebahagiaan lain. Teringat jawapan Mimi dulu.
'Kalau kita sayangkan dia, kita relakan dia pergi. Mungkin dia lagi gembira dengan orang lain. Kita akan lebih sakit dan sedih bila melihat orang yang kita sayang tak gembira bersama kita, demi kebaikannya, mungkin dia berhak untuk terima kebahagiaan yang lain'


No comments:
Post a Comment