Hari ni yg agak sia-sia. Macam biasa, akan berjalan ke
kuliyyah. Sampai kuliyyah dah rasa macam semput2 + letih. Exercise pagi dengan berjalan gituuw.
Terserempak dengan sv, Dr.Basri. Tengah cungap2 td hiking tangga sy tak mampu nk cakap
banyak dgn sv. Malu gak sbb tak datang jumpa minggu lepas. Sy bercuti minggu lepas. hihi
Sampai research lab. Tak jumpa kad matrik. Owh
no. Letih jalan sampai2 tak de card matric. Tak leh nak access pintu research
lab tu. Sedih. Duduk kt tangga. Geledah2 beg, purse tp tak de. Mood dah kacau
dah. Nak balik cari card matric tu. Singgah library jap baca paper. Padahal nak
aircond. Tapi dalam kepala sibuk fikir mana la card matric. Terpaksa la balik
jgk. Double letih. Sampai je bilik geledah semua tempat. Last2 jumpa dalam beg yg sy bawa pg swimming. Sedihnyaaa. Ahaa. Penat saje. Bencik la mcm ni. 2 hari lepas
tertinggal anak kunci kereta kt cafe. Dah start dah sindrom pelupa. Terus moody
hari ni. Dyan dan gelak2 dah. Stress ke
nur? Baru pg terapi ‘shopping’. Tengah kecewa lg dengan diri sendiri. Hari ni tak productive langsung. Humph!
Minggu lepas, family sy datang KL. Abah nak bercuti.
Kata abah dia kerja letih2 nak berehat kejap. Kassim selamat nak exam jd tak
dapat ikot. Pagi tu rush pg KLIA. Abah cakap kalau boleh pkul 9 dah ada kt
KLIA. Jauh kot Gombak-KLIA. Sy selalu back pain, jadi nak duduk bongkok je.
Fateha cakap, mcm ni la org tinggi, malas nak duduk tegak. Ahaa. Bkn malas la. Dah terbiasa huhe. Tengah drive
dapat call. Ayah Zam call. Assalamualaikum,
laju tehh, nak g mana tuh? Tak perasan pon kete dia. Sy rasa tak memotong mana2 kereta pon. Sekali tgk side
mirror, ayah zam ada kt belakang. Sy ikot had laju papan tanda je ahaa. Sampai2 je,
parent sy pn baru lps ambik luggage. Sy awal 20minit. Hee. Then kami terus heading ke
Johor. Dah lama tak pg johor. Last time sekolah2 dulu la. Time parent
outstation, ktrg adik beradik follow. Waze betul2 behave. Bagus2. Abah nak install waze jgk,
tp apple tak gune waze. Yang bestnya, masing2 buat ayat bahasa kelate, tiru waze. Tak jalan2 pusing JB pon. Sbb abah plan nak masuk singapura keesokkan tu. Seharian
abah duk usha pasal Singapore. Macam mana nak pergi, patut tak bawak kereta, bla bla bla.
Keesokkan harinya, ktrg masuk Singapore. Tak masuk
universal studio sbb tak booking. Saje jenjalan. Singapore mmg bersih la.
Matawang tinggi, Tp org Singapore polite je. Tp cost living kat sana mmg
tinggi. Pak cik taksi yg ke 3 kami naik tu umur 80 tahun kot. Kena drive teksi nak hidup. Buat
interview pasal harga kereta Singapore yg giler mahal. Tapi akan dilupuskan
selepas 10 tahun. Setiap kali tgk keta mahal, ala, kete kau kena lupus jfk nanti. Mmg rasional la kerajaan Singapore buat mcm tu, sbb diorgkan
pulau, karang banyak sgt kereta dah padat mcm Jakarta. Tapi rakyat Singapore
tak de kereta pon ok, diorg ada public transport yg bagus. Negara kt, dua2
kurang mantap. Harga kereta mahal, public transport pon kecewa. Sepanjang
berada di Singapore, sy selseme sepanjang hari. Balik hotel, sarung kaki yg
terdedah kat kasut tu dah kelabu. Udara Singapore kotor. Sneezing non stop.
Sampai rasa nak luka hidung.
Sy memang suka Singapore, mean bandar dia yg agak
teratur, rakyat yg ikot peraturan. Undang2 diorg ketat giler. Sekali buat
perangai, akan diblack list dari masuk Singapore. Cume nak hidup kat sana mmg
tak la. Kalo nak hidup kt sana ibarat kerja untuk survive dgn living cost yg
agak tinggi. Jalan2 sekitar bandar, pergi orchard, Geylang, last2 makan tengah
hari dekat Geylang. Makanan dia not bad la. Nak balik tu hujan, abah grab my
hand dan ktrg lari ke pondok bus sebelah. Umi dan dina pon redah hujan. Abah
ckp dah lama tak tengok umi lari. Hihi. Basah lencun kena hujan. Menambahkan lg
selsema. What a day.
Hari last kat Johor, abah nak jugak singgah Melaka tgk anak teruna. Nak
jugak. Tapi teringat cuaca Melaka yg hot. Umi lg la tak nak pergi. Nk g Jonker
Walk je. Last balik KL pg lowyat beli printer, Kaspersky, pendrive bla3. Ahaa. Org lain excited beli kereta, sy
excited beli printer.
Org cakap printer brother lg bagus kan. Salah ke sy eja. Ah biarlah. Tapi kawan abah ckp yg ni not bad. Cartridge dia pon kt luar dan siap ada bekas khas lg. Printer ni 3 in 1. Tak rumit la nak pasang untuk org yg baru nak ada printer. Hee
Balik dr lowyat, sy terus balik uia. Balik terus pancit. Dyan masih
setia jd surrogate rumate. Weekend lepas, kami pergi 'terapi' sama2 sbb suami dyan tak dapat
keluar. Jadi terpaksalah dia dating dengan sy je. Sy mmg dah lama nak pg daiso.
Tengok benda2 cute. Bukan tengok lahh. Tengok konon. Skrg tgh YES. Tahun depan
konfem harga barang naik. So untuk yg tak mampu dalam masa 3 tahun lg ni. Ktrg
cube memanfaatkan keadaan skrg. Haha. Poyo
Sengih lebar balik dari cuci mata dgn dyan. Kasut jelly bunny design sama cuma warna je lain. Ktrg jalan laju, ada satu design je yg akan ensure kasut tak tertinggal kt belakang. Hihi. Sempat usha seluar sbb tgh YES u ols.
opss. Meoww


















No comments:
Post a Comment