Nampak buku kuning hitam sebelah bantal Ma. Tengok pada nama penulis. Angkat kening. *Sigh* Banyak persoalan dalam Otak. Teringat pada pesta buku yg lalu. Beria pergi, walhal tak suka dengan kepadatan manusia dalam suatu tempat. Pasti akan datang penyakit biasa, pening-pening yg terasa nak rebah. Tapi terpasang satu niat yg nak ditunaikan. Mahu cari sesuatu.
Di pesta buku, sudah siap pesan, jangan lama-lama. Takut nanti akan menyusahkan orang lain. Mereka stuju. Terus ke booth. Terasa penatnya. Pening-pening dah datang. Mencari tempat untuk duduk. Menunggu mereka memilih. Rasa tak ada motif datang kemari. Buku di bilik masih banyak yg tak terbaca. Terpadang akan 4 perkataan. Owh sy sudah berada ditempat itu. Mata mula mencari. Kadang kala terasa nampak bayangan, tapi palsu.
Kerut-kerut dari. Lelaki gempal duduk disebelah. Geram, jeling. Tak perlu la duduk sampai nak buat orang lain rasa nak melambung. Menunggu. Penat. Letih. Termenung. Terasa ingin bertanya yg sedang buat kerja. Tapi tertarik dengan satu buku. Belek-belek. Sambil2 intai mereka. Jatuh cinta, keluarkan purse. Moga buku nipis ni dapat dihabiskan secepat mungkin. Senyum walaupun tahu, mustahil.
Bertanya. Hampa. Tidak pulang dengan jawapan.
Adakala, terasa sedih. Sangat sedih. Tak guna kenang benda lalu. Macam bercinta gayanya, berhutang jawapan yg ditunggu. Sudah dibuang. Disingkir dari memori barangkali. Mereka pasang hasrat. Sebelum semuanya menuju haluan masing-masing, jawapan harus disimpul mati. Pasti. #BobonMarah
No comments:
Post a Comment