Cuba fikir positif untuk esok. Esok survey untuk 200 responden. 75 responden minggu lepas pun dah pancit. Tapi tak nak mengalah. 4 moderator akan berkeliaran sekitar Meru. Dah macam bancian penduduk pulak. Teringat responden di PKNS, berbangsa Cina. 'i vote for you la if you the wakil rakyat'. Haish, mana boleh maa, student kena jadi katak di bawah tempurung. Grad dulu baru boleh keluar dari tempurung tu. Suka interview orang Cina dan India. Direct to the point. Setakat ni, survey ok la. Parent sy gelak je dengan apa yg sy buat. Dah tak ada korje la tu.
Sebenarnya collect information ni agak susah. Kena tebalkan muka bila nak approach orang. Walaupun ada pengalaman bercakap di khalayak ramai, tapi i still do have fear nak approach orang. Bukan fear la, malu, segan. Jadi Anny yg approach, so bila dia dah buka jalan, sy grab peluang tu. Ada orang ingat akan dapat token lepas interview. Padahal kami tak ada apa-apa pun. Gula-gula ada la hehe. Balik rumah, sakit seluruh badan. Driver lagi teruk. Ryna paling tuff. Kali ni tengok skill Do plak. Anggap je la tengah asah skill PR.
Setakat ni dalam interview, tak ada la plak kami cuba buat lawak ke, semua direct to the point. Sbb jumlah responden minggu lepas terasa banyak. Mungkin sebab 1st time. Housemates pun nak join. Assignments pun dah beranak pinak. Adeh. Mungkin ni last buat survey. Bila buat survey ni, kadang-kadang terfikir, apa je skill yg sy ada? Tak ada apa-apa.
Tengah cermin diri sendiri di depan masyarakat. Apa je sy tahu tentang isu semasa, orang kata mahasiswa sekarang tak tahu isu semasa. Nama PM pun ada yang tulis TAN SRI. Aduila..Kadang-kadang rasa kesal, maklumat yg diorang pegang tu zaman bila lagi? Dah la tak sahih. Tapi itu la mentaliti yg dicerminkan. Dengan survey ni la baru kita tahu, maklumat yg dihadam tu betul ke tak. Tapi sy tengah gigih berlakon bahawa sy tak berpihak pada mana-mana bahagian. Moga drama kami terus berkesan. Dan moga assignment tak terabai. Dan tak tamak haloba dah pasni. Harap kami selamat dari bahaya yg tak terduga. Maklumlah semua perempuan.

No comments:
Post a Comment